Followers

Thursday, September 8, 2011

Nilai hantaran zaman sekarang

Assalamualaikum dan selamat petang...

hai..siap dh kerja2 kalian..? Aku punya takde la siap tapi bersentuh jugak la coding2 tuh..heheeh
hari ni dok kepoh la kt FB pasal nilai hantaran kan..saja aku nk share kat sini..meh tengok nilai2 hantaran mengikut status pelajaran..


HASIL KAJIAN Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Malaysia:-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000

nahh..hamekk koo..STPM/Diploma pon dah lebih sepuluh ribu..atoi..macam mana nk kawin nih..?confirm kau adam takot nk masuk meminang..kalau gini memang ramai yg jadi anak dara tua la nampaknya..Apa2 pon kaum adam perlu lah bekerja keras mengumpul duit utk buat hantaran ni dan kaum hawa pulak jangan la melebih2 dalam soal ini. Kita kahwin ikut kemampuan masing2 la..tak perlu la nk berlagak menunjuk bagai.Bukan nilai hantaran yg dapat menentukan kebahagiaan sesebuah rumah tangga tu..ingat tu [pesanan utk aku jua =)].
Duit yg ada tu boleh la digunakan utk kehidupan selepas kahwin.Banyak lagi tanggungjawab selepas kahwin. Kalau sebelum kahwin dah berhabis-habisan, nanti lepas kahwin sape nk tanggung..? Takkan nk mintak duit mak ayah.takkan nak pinjam AhLong [nk mati ko]. So, berpada2 la dalam apa jua perkara...

Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya…..
Sabda Rasulullah SAW
خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس
Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

” ابركهن اقلهن مهرا “Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )

so, kesimpulannya kt sini, berpada la dalam meletakkan nilai hantaran tu. Nilai kebahagian bukan terletak kepada nilai sesuatu hantaran.
weee~~ macam ustazah lak aku memberi pesanan begini..but sharing is caring kan..

nota kaki : tgh pk nk letak nilai hantaran utk aku [gatai nokk..blaja pon x abis ag..hehe..berangan2]

9 comments:

  1. hahahaha...saya juge ade entry yg same

    http://irm4blues.blogspot.com/2011/09/harga-bidaan-untuk-kahwinhahaha.html

    ReplyDelete
  2. ish.. mahalnye.. dibuat plak boifren tu xkaya mana. memang carik awek lain la. haha

    ReplyDelete
  3. irma : hehe..dah heboh sgt pasal ni...tu yg buat entry nih..=)

    ReplyDelete
  4. athirah : =) berharap angan2 menjadi kenyataa..hehe

    ReplyDelete
  5. cik sakdi : itu laa..dah la x kaya..nk tunggu bf himpun duet, lambat la pompuan tu leh kawen..hehe

    ReplyDelete
  6. kakkoi : tu laa..bila nk show of sgt, derita sang anak esp lelaki la kn...

    ReplyDelete
  7. Hmm kalau dpt taw sape yg mencipta harga2 neh.. post laa yer.. teringin gak nk mengenal siapakah gerangan hamba Allah tersebut..

    ReplyDelete