Followers

Friday, September 30, 2011

Tahap Kemalasan Yang Melampau!

Assalamualaikum...
Selamat Petang....

oh yeay...Friday! esok cuti ! seronoknya...syiokknyaaa...
yehaaaa...mau balik kampung jap lagi...

Tapi kan...hari ni serius malas...ini bukan cubaan..Ini adalah kenyataan..Aku begitu malas nk bekerja hari ni..tak tau la kenapa..mungkin disebabkan esok cuti kot...ermmm......apa nk jadi la dengan aku nih...Malas malas malas je kerjanya.kerja tak siap2 pon lagi..Adoi..negatif sungguh sikap aku yg satu nih..bila nk buang xtau..sighh =_='

I think i need vacation! hahah..gila gediks kan..Actually, pelbagai benda dalam fikiran ni..tak terluah ja...Nak luahkan kt my mom ja...tunggu masa ja nih..emmm....

Esok nk kemana eh..?Since my friend nk balik kampung aku ni, aku kena fikir nak bawa dia p jalan2 mana...No idea actually. em...Myb bawak jalan2 Kuala Kangsar pun cukup no..Tak pon bawak p Tasik Raban..Haa, uols tahu tak Tasik Raban kt mana..? erkkk..kalau jadi ke sana I snap pic banyak2 eyh...erm...tak pon p Taiping, since my sister there..Em...semuanya tak tau lagi..Last2 dok umah tolong mak masak tak pon buat kek.my hobby...hahaha...

Apa2 pon tunggu esok je la..Planning macam mana..kena create IF Else ni...



bukit larut, taiping..

tasik raban - lenggong

istana kenangan @ istana kuning - kuala kangsar
[yg ni cam wajib g je kan..hehe]

notakaki : yeay..x sabar nak balik kampung..rindu rindu rindu org kampung ~~  kampung2 jiran pon rindu jugak.teehee ^_^

Jom join Bloglist Ini Blog Bui

Assalamualaikum..

Dan bloglist lagi......


sebab kenapa join...
  • nk kawan2 ngn bui bui...=)
  • nanti bui buleh datang blog sy selalu.peace~~
sesiapa yg nk join sila lah klik header hijau tue eh...

tarikh tutup : hari Jumaat 30.9.2011 jam 11:59 malam
 

SEGMEN SIMPLE : NAK JOIN BLOGLIST NASZ BULAN OKTOBER 2011

Assalamualaikum...

Bloglist lagi..layanzzz


sebab join bloglist ni :
err...apa ye...? ok ok..supaya blog sy berada dalam bloglist Mohd Naser laa...kikiki
senang la dia nk terjah blog sy bila2 pon...kira tak miss la entry sy yg x seberapa nihh..hihihi =)

Tarikh Tutup : 30hb September 2011 (Pukul 11.59 malam).
fuhhh..nasib sempat....teehee

Jom Join Bloglist Lighta Shadowee

Assalamualaikum...
Since I dah dijemput oleh Lighta Shadowee dan ditagged oleh fana, I join bloglist nih...


tagged :

ok done! more info, sila terjah blog Lighta Shadowee dgn klik je header or link diatas..sekian, terima kasih

notakaki: jom ramai2 meriahkan bloglist dia...=)

Penangan Nasi Lemak Teh Tarik

Assalamualaikum....
Salam Jumaat utk semua..
Nampaknya agak lama aku tidak menaip entry ini...Sekarang mood masih samar2...tapi disebabkan aku mengantuk tahap gaban nih, jadi aku menulis la entry ini...gara-gara mengantuk punya pasal..ngee~~ [berharap tak mengantuk dah pas nih]..

Pagi tadi aku tak sempat nak breakfast kt rumah, jadi, berakfast kt office je la..Ada pulak nasi lemak kt cafe..Apa lagi, aku soru la..lawan pulak dengan teh tarik...perghhh...memang kena sangat la kan..Itu la bubur nasi..Dah lama aku tunggu menu kau, tapi sampai sekarang takde pon....Teringin nak makan bubur nasi kt cafe tu..Aku suka..

So, penangan Nasi Lemak Teh Tarik telah membuatkan tahap mengantuk aku sangat tinggi mempengaruhi tahap mood aku utk bekerja ditambah pula hari ni hari Jumaat bersamaan semangat berkobar nak balik kampung dan berdebar2 tunggu elaun masuk...harap masuk la kau elaun eh..aku mahu gumbira2 ini...teehee..
Suasana pagi yg dingin juga boleh menambahkan tahap mengantuk aku kt dalam bilik nih (@_@)



- nasi lemak - [macam xtau kan..hehe]


-teh tarik -

Petang ni aku akan pulang ke kampung bersama housemate a.k.a. Kak Tirah..Ni first time dia nak drive jauh..hopefully,semuanya akan berjalan dengan lancar.Bila lagi nk cari pengalaman drive jauh2 kan..? Kalau kita tak memulakan sesuatu itu, sampai bila2 pon tiada permulaan..[eh, ape aku ngarut nh...errr..]..

Officemate aka roomate aku pon MC hari ni..So, tiada teman bergosip di IM communicator nih...Kak Tirah pulak busy dengan coding dia.Aku? Busy jugak, busy layan mengantuk..hehee...Mood tak sampai lagi..Mana taknya, asik error jer...erm..coding oh coding...plz be nice with me ya....=)..

Wahh..terasa banyak mau ku curah2 kn pelbagai cerita kt dalam nih..tapi satu persatu eh coz mood masih suam2 kuku..sedang warm up..hehee..

ok la..nk sambung makan kerja..Mencari mood hari jumaat pulak...
adios
image : aunt google

notakaki : rindu utk menaip disini =)

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday II: Jawatan Kosong

*klik image utk tumbesaran

 
p/s : renung -renungkan dan selamat beramal =)

Wordless Wednesday

Tuesday, September 27, 2011

Motivasi~

Assalamualaikum...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”

Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Moral Of the story:

1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.

2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini.

Monday, September 26, 2011

Mood Blogging Hilang

Assalamualaikum...
Selamat petang semua...

Ha..tengok tajuk entry tu...mood blogging dah hilang...!!! how come...? ! seriously, i dont have any mood to write new entry.. Sedangkan terlalu banyak benda utk di tulis.banyak kejadian yg berlaku.semua xdan nk update coz xde mood...em...ni semua berlaku sejak demam minggu lepas...i hope x berlarutan la semua ni...coz i love blogging actually...=)

fuffffffffff...moo0000oooo000oooDDD plz come to me...plz plz plz..

Saturday, September 24, 2011

Contest : Pencarian Bloglist Blog Fahuna

Assalamualaikum..

Again...di tagged oleh blogger PCL..sy join bloglist ni =)


Syarat-syaratnya

1-Follow blog penganjur.[klik link]
2-Buat satu entry tentang contest ini.
3-Letakkan banner di dalam entry anda.
4-Anda boleh tag beberapa rakan bloggers anda (ini 'optional' , tak buat pun tak apa)
5-Kemudian , letakkan link entry anda di kotak komen di bawah.
6-Tempoh contest ini bermula 20 September - 27 Oktober 2011
*mungkin akan berubah mengikut keadaan*


DONE

tagged 

p/s : tQ ye pCL.tagged sy..hihi=)

Friday, September 23, 2011

SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS

Assalamualaikum...

Again..aku telah ditagged utk join segmen ni.Ok, xpe...kita join je selagi buleh kan..selagi mampu..hehehe


syarat-syaratnya...jenguk SINI atau pon klik saja header kt atas nih.

TARIKH TUTUP:

25 SEPTEMBER 2011 (boleh di panjangkan sehingga 30 Sept tau)

tagged


Tuesday, September 20, 2011

2nd GIVEAWAY -- DOMOLICIOUS

Assalamualaikum...


Ok, kali ni sy telah ditagged oleh rakan utk masuk giveaway ini...



syarat-syaratnya adalah 
1.wajib dan harus follow blog nie.. sebab senang nanti update pape kan pasal GA nie.. DONE!

2. entry kena wat tajuk " 2nd GIVEAWAY -- DOMOLICIOUS " DONE!

3. letak banner kat atas & link kan banner tu trus ke blog nie.. macam slalu join GA2 lain la yer :) DONE!

4. tagged 2 orang rakan blogger anda...DONE!
tag : ribena
     hana

5. tinggalkan link entry di sini.. senang tu di lawati oleh pihak owner blog. DONE!

6. click iklan dekat kotak atas " jangan lupa click tu yer " :) DONE!

TEMPOH GA berlangsung adalah pada...

4/9/2011 - 4/10/2011

PASTIKAN SEMUA SYARAT DI PENUHI... IF X.. KENA REJECT.. HEHE

ok...done semua...sesiapa yg nak join klik banner domo yg comey tu eh..sekian

Daftar Lesen Memandu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat pagi semua....


Rasanya sudah lama x update blog nie...emm..hari ni nk tulis pasal apa ya...? emm..i have a lot of thing to write here but satu pon tak nak keluar..bila dah banyak sangat idea macam ni lah...last2 satu pon tarak..hehehe...


ok la...Firstly, meh i nk story about register driving license...hahaha...u know what..I belom ada lesen memandu lagi tau..baru nk amik sekarang nih...i have a reason why i'm not register yet...


Semalam, aku dgn kawan2 aku pergi la ke kedai lesen memandu kt kulim ni.Utk apa lagi.daftar lesen memandu la kan...Ok, register done.Class start this Sunday for theory class. 3 hours only and have 13 hours left. Kena pulun bulan 10 ni coz they target 2 nov for test JPJ..arghhh..gerun sebentar. I know nothing about driving a car! ha ha ha ha...nervous sebenarnya ni..




ok.my reason sbb baru nk amik lesen memandu ni adalah, jeng jeng jeng....:
  1. of course la no money no talk..ingat nk amik lesen ni free ka..? beratus2 jugak nk kena spend tau..that's y I x amik lagi.Mana nk cari duit. I kan belajar lagi.Now, dah praktikal, simpan duet sendiri utk register license nih...My mom prinsip; nak apa2 guna duit sendiri.Mak takde duit (@_@)..so, style dia memang macam tu.suruh anak dia usaha sendiri.Ok, fine..betol la apa yg dia buat tu.Lagi pon bila guna duit sendiri kepuasan tu lain macam sikit...hehehe. certain tuh, lepas je SPM mak ayah dah sponsor duit utk lesen anak dia..Im jelous ok..tapi ikot kemampuan masing2 la kan..so, itu first reason
  2.  "Nanti kalau amik awal2, lupa..Tengok kakak kamu tu.dah kena belajar lain sebab amik awal ". haaa..itu adalah dialog my mom..errrr...my mom fikir macam tu pulak sebab dah tengok anak dia yg sorang tu kena blaja lagi sbb dah lupa.Mana tak lupa.Amik lesen awal2, then keretanya tak ada.So, nk praktik kt mana? nak tunggu kereta sendiri memang lambat la kan...Tapi bagi aku memang ada kebenarannya.tapi nak amik awal2 x salah cuma harus dipraktikkan supaya tidak lupa!
  3. ketiga apa eh..rasa macam banyak je...tak de dah..hehe..em...yg ketiga sebab aku dah nk habis belajar.So, better amik sekarang.Tak lama lagi dah nk kerja dan most of the application form, will ask about driving license..errr...aku ada lesen motor je kot...hehehe. So,bila dah nk kerja nih, semangat dia lain sikit.Semangat nk beli kereta pulak yg meluap2..hahahah..sabar ya dek non..hg baru ja register kelas memandu....=D
Itu je la reason takat ni..Tak berapa nk ingat dah..hehe..So, utk bulan 10 ni i'll be very2 da busy person looo..Tak buleh balik kampung dah time weekend.Kena pulun utk capai target..sob sob sob....dislike disitu =(
apa2 pon, wish me luck eh...chaiyok2...=)

nota kaki: sy sgt nervous n too excited nk belajar memandu....peace~~

Saturday, September 17, 2011

Khasiat Peria

Assalamualaikum

Khasiat peria? errr...peria?? Sedap ke..? bukan ke peria tu pahit..? rupanya pulak menggerutu..Ada ke org nak makan..? Aku..? tak berapa nak makan la..kalau ada option sayur lain, amik yg lain. Kalau tak, tak amik la..hehe

Tapi apa kata kita tengok khasiat peria pulak.mana tau lepas tau khasiat dia, kita pulun makan..hehee

peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.
Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi  konstituen-phyto  unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.

Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.

Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.



Tip mengenai peria: Pilih peria yang belum masak dan masih keras
• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.
• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.
• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.
• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.
• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.


p/s : wah..mmg banyak khasiat peria ni.Ok, lepas ni kena tambah peria dalam menu.hehe..oh ye, kak ipar i penah buat peria goreng..not bad. kurang rasa pahit tu..=)

nota kaki : g pasar beli peria la esok..hehe

source : sajionline
image : google

Wanita2u 2nd Giveaway

Assalamualaikum...

Ini adalah Sticky Post.
Scroll ke bawah utk new entry..=)

petang ni nk masuk GA lagi.sudah dijemput oleh Wanita2u utk masuk GA nih..So, i menjoinkan diri la..hehe
hadiahnya adalah...jeng jeng jeng....eh..tak surprise la kn...tu..dh ada gambar kt atas..hehe..ok ok..ni hadiahnya LIMITED EDITION LUNA BLEU CABANA BOY BODY MIST (TOP SCENT) & 2 HADIAH MISTERI..
wow! macam best je kan...untung la sy kalau dapat hadiah nih...doa2 kan sy dapat hadiah ni ye..^_^

Sila klik gambar tersebut kalau mau penjelasan lanjut..

Apa yang anda perlu/boleh buat simple sahaja iaitu: (Ni syarat-syaratnya)
  1. Blogger 
  • Jadi follower blog Wanita2u. Skip jika anda sudah jadi follower.
  • Buat simple post mengenai giveaway ini dengan kata-kata anda sendiriAnda boleh menambah atau menggunakan banner di atas dan salin syarat-syaratnya.
  • Anda perlu letakkan url post ini ke dalam blog post anda.
  • Buat sticky post mengenai giveaway ini sehingga 17 September 2011.
     2.  Facebook
  • Like page Wanita2uSkip jika anda sudah like.
  • Like post ini (seperti gambar di sebelah).
  • Share ke wall Facebook anda mengenai giveaway ini & tag Wanita2u. 
     3.Twitter
  • Follow kakfash on twitter. Skip jika anda sudah follow.
  • Retweet post ini (seperti gambar di sebelah) dengan klik tweet button di bawah dengan menyebut "RT @kakfash". 
nota kaki : fuhhh..kasi la hadiah tu tuk sy...ngeeee~~

Friday, September 16, 2011

Khasiat Ubi Kentang

Assalamualaikum...Kali ni kita berkongsi tentang khasiat ubi kentang pulak ye...

Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C  yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.


haa..kan banyak khasiat tu.ubi kentang juga selalu digunakan dalam masakan seperti gulai2, sayur2 dan direbus pon sedap.bakar jua sedap oo...masa time BBQ dulu ada buat ubi kentang bakar.My friend yg ajar..sedap jugak.. Caranya, basuh ubi kentang tu bersih2 then, kelar-kelar (kelar sikit je supaya black pepper leh diserap)kan kentang tu..then taburkan black pepper (banyak mana ikut suka la). Then, balut dengan aluminium foil..last sekali, bakar..
dah siap, boleh makan dengan butter or planta or marjerin..Cuba lah!

opsss..tiba2 aku bagi resepi plak dah kt sini.excited bila teringat kentang bakar tu.sangat sedap. ..cuba jgn tak cuba..peace~~ =)

nota kaki : nk buat lagi...tp bila pulak nk berBBQ nih...? errr (@_@)
source : sajionline
image : google

Thursday, September 15, 2011

Kelebihan epal merah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

haa..semalam aku dh ceritakan istimewanya epal hijau.hari  ni nk ceritakan kelebihan epal merah pulak.Since ada yg komen nk tau pasal epal merah ni, so aku buat kan entry khas "kelebihan epal merah".

ok. jom baca..

kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena.

"Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

"Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.

"Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat)," jelasnya sambil memberitahu epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah.

"Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA).

"Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon," ujarnya..

  • kajian mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak makan epal.
  • Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.
  • Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.
  • Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.
  • Serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan kekenyangan dan mencegah anda daripada makan berlebihan
p/s : tak kira la epal merah ke epal hijau ke, masing2 ada kelebihan. so, pas ni kita makan sebiji epal sehari.utk kesihatan dan diet yg sihat jugak.peace~~

sumber : kosmo
image : google

nota kaki : beli epal merah n hijau lah pas ni..dua2 sedap...=)

Wednesday, September 14, 2011

Kotak Bulat ajak tukar link

Assalamualaikum...


Kali ni nk join segmen Kotak Bulat ajak tukar link...






Sebab nk join..? Menambahkan kenalan dan eratkan silaturahim..cewaaahh....hehe..boleh tukar pendapat kan..Bila blog ni dimasukkan dalam bloglist, boleh la kotak bulat selalu jenguk blog sy yg tak seberapa nih...^_^ dan sy pon selalu la dapat jenguk blog kotak bulat...peace~~


tutup pada 15/9/2011 - 11.59 malam

p/s : Ada sesiapa nak join..? klik header di atas ye.tQ...

Istimewanya epal hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

nota kaki : ps ni nk makan epal hijau hari2 tapi selalu minggu pertama je rajin follow..hehhe

credit to : sajionline
image : google

Wordless Wednesday : Ray Of Hope


image : google

Tuesday, September 13, 2011

Akibat tidak Alert.....

Assalamualaikum...selamat malam..

Mengapa tajuk entry malam ni macam tu ye..? Oh, entry ini boleh dijadikan pengajaran buat semua pihak dan aku sendiri..hehehe..peringatan OK...

Akibat tidak alert dengan emel office, aku terMISS satu emel tidak penting iaitu invitation dari mentor aku utk ketemu nya...Selalunya aku alert coz bila emel masuk jer terus aku buka dan baca.Petang tadi tu, aku tak berada di meja.So, aku tak alert la dengan email tu.Tak perasan pon...huk huk hukkkk...

Ketika kejadian, aku sedang bersantai2 di cafe office. Makan2, sembang2..sambil melapangkan fikiran..cewaaahh..macam kerja berat je gayanya..pada hal tak ada keja sangat pon..hehe..Selepas bersantai2, aku dan kawan2 pulang ke meja masing2..dan on je PC aku terus taip huruf "F" and "Q" kt url..means, F for facebook n Q for qesahqaseh my lovely blog nih..Outlook..? tidak cek pon..huhu..

Selang beberapa minit setelah merewang2, aku dapat IM dari my mentor.wah,cam cuak jap kan..dia tny aku free dak..aku cakap la..now? free2...then dia tny lagi...Do u get my invitation? erk...aku pon apa lagi..terus cek emel..oh no..ada kot...dia nk jumpa aku pukul 4.00pm-4.30pm. So, lepas tu aku says..Sorry2, i didn't notice it...I come now...dap dup dap dup jantung aku time tuh...abis la aku..Dan dengan sepantas kilat aku pon terus ke meja dia..Dah pukul 4.25 pm time tu.Rasa bersalah menyelubungi diri...=_='. Jumpa2 terus mintak maaf lah...peaceee~~ mentor sy baik..Nasib tak marah..

Perbincangan terus dimulakan tanpa banyak bicara lagi..All about my project.how to upload my project to the server.Erm..kalau ada masa aku sambung entry utk projek aku nih...hehehe...Utk malam ini, setakat ini saja lah.Mata ku sudah lali.Tulisan pon dah nampak besar kecik besar kecik nih...=)

b4 that, moral of the story be alert wherever you are..jangan nak merewang sangat la kan..hahahaha..mengambil kesempatan dalam kesempitan aku nih...=P

nota kaki : ps ni tak buat dah..alert sentiasa 

Cheese cake!!

Assalamualaikum...

hai hai..weeee..lama sudah tak update blog ni..Biasa la mood sekarang ni turun naik macam Mr Nuff. Dia pon turun naik aku pon sama la...hehehe..

Ok ok ok..aku nk cerita kan aktiviti aku weekend hari tu. Last week aku balik kampung dan memang niat dihati mahu buat kek. Yg paling meluap2 plus berkobar2 adalah aku nak buat cheese cake.Mula la aktiviti aku kt ofis ni mencari resepi cheese cake [mengular jer..hehe]. Resepi2 telah dikutip di print dan dibawa pulang ke kampung..hehe

Oh yeaa...most of the recipe use 2 of cream cheese.And some recipe use 1kg of cheese! perghh..terbeliak mata mak lihat non....getting fat n money getting thin..ahakss...So, just take the simple recipe ya..Cari punya cari, cream cheese finish already.Em...luckily, i copy the recipe using slice cheese.Alaaa..cheese yg makan dengan roti tu..sekeping sekeping tu..I bought it. So, i have to do the slice cheese cake.Never mind, yg penting itu adalah cheese cake!..teheee...

Aktiviti dimalam hari dimulakan.Almost 10 pm.Im really tired plus lazy but my mom said, just do it.I asked her, can i bake the cake after subuh..? hahaha..Ofkos la dia tak percaya aku boleh buat. Bukan apa.Takut tak sempat coz esoknya dah nak balik kulim.Nak kemas baju lagi.nak itu ini lagi.So, just do it that night..My mom teman sekejap jer la..

Dengan rasa kasih dan sayang aku buat kek tu.Teruja jugak. Actually this is not my first time baked the cheese cake. This is 3rd time I thought, but with different recipe. Yg teruja tu sebab kasi jadi meringue.hahaha...like it! like snow u!...[jakun sungguh aku kan.hahaha]..Ok ok..After baking the cake, i went to sleep looo..really sleepy..

So, the next day, i cut the cake..Yummy! I like.The cake, moist and soft. Wah..menjadi kek aku nih.[perasan jup].Cuma bahagian atas tu terlebih color brown lak..bukan hangit tau tapi almost laa..hahahaa..Cuak jgk la kan..sayang jer kek aku ni kalo hangit.mak kata, ok la tu.tak hangit lah.Lega ceq rasa...peace~~

Dah bagi sikit sorang rasa, aku pon bungkus utk dibawa pulang ke rumah sewa aku, bagi adik aku sikit utk bwk balik rumah sewa dia, dan bagi kt someone.ahakss...oh ya, kek yg i bungkus utk adik bawak balik tuh, dah abis! dia bangun2 tdo terus abiskan.Katanya sedap then kalo bawak balik nanti tak cukup.Budak2 rumah sewa dia pon suka.cesss..macam tu pon ada ka..? haihh..sabor je la ngn my sis tuh...

alamak...panjang lagi entry aku.ni akibat dah lama tak update la ni..hahaha. moh kite tgk gambo cheese cake aku nih...gambo tak cantik coz of my canggih henfon ya..hahah

 this my slice cheese cake.recipe from myresepi


keadaan kek yg telah dipotong..hehe..gebus tak..?

bungkusan2 yg telah siap dibungkus dan utk diberikan kepada yg berkenaan
[abaikan semak samun atas meja tuh..hehe]

haa..ini lah hasil tangan aku.FYI, aku bawak p ofis.Abis licin. Tak sempat nak bagi bos la =_='. sikit je bendanya.kesian bos aku.erkk.insyaAllah weekend ni aku nk buat lagi.Bagi bos pulak..Bos kita baik tau...peace~~

nota kaki : habis gemok la aku dok makan cheese cake selalu...

Friday, September 9, 2011

Teringin Nak Makan Lemang laa...

Assalamualaikum dan salam syawal ke 11..


selamat petang jumaat penghulu segala hari..perghhh..baru punya kesempatan nak update blog ini. Hari ini agak busy OK..Aku membuat kerja2 aku dulu.Tak dan nak taip entry baru. Macam ni la kalau dikala busy.Itu pon sempat aku g blogwalking n komen2 kt blog org...hehehehe...[kira busy sikit la..]

Ok la....macam mana kehidupan kalian2 sekalian..? Diharap semuanya bagus2 sekali..Ada yg dah puasa 6..? Yg belom tu masih punya waktu utk berpuasa ni.Boleh la diambil kesempatan yg hanya datang setahun sekali ini utk topup amalan kita yg sikit ni..macam biasa la..pesanan penaja ini adalah utk tuan blog ini jugak..=)
Aku baru dapat 2hari. Sambung next week la..Itu pon kalau dan..insyaAllah..

Ok..tengok tajuk tuh..Macam org mengidam dah gayanya..haihh..raya dh ke 11 hari nih..Tiba2 aku teringin nk makan lemang. Macam mana tu..? Mana nk cari..? Mana nk cekau weh..? Aku nk lemang yg masih dalam buluh tuh..hehehe..demand sikit. Itu la..masa raya hari tu tak pulun makan lemang..erm..time tu terlalu banyak makanan utk dimakan. So, aku tak dapat la nk ngadap lemang dengan penuh semangat waja..sob sob sob...now, teringin pulak..[jawab sendiri soalan tuh..huhhuu].

Hari ni aku balik kampung dan esok ada jemputan rumah terbuka dekat dgn rumah aku.Hopefully, ada lah lemang dan rendang opah tok, tak pon rendang yg basah2 sikit.Yg ada kuah2 sikit.Aku lebih suka yg macam tu.Taste dia...ermm..lazat..Kalau tak ada, rendang or serunding biasa pon tak apa la.Janji dapat makan lemang dan rendang.Mau demand teruk lak aku nih..kan..? err...

 ha, nak lemang macam aku pegang nih..agak2 ada lagi x..? err..teringin sangat nih -_-'

hadoi..ok la..nk siap2 balik dah ni..terus balik kampung. harap selamat sampai...jumpa lagi..adios

nota kaki : balik kampung lagi aku nih..next week balik lg..weee..syiokk..ngeeee~~


Thursday, September 8, 2011

Nilai hantaran zaman sekarang

Assalamualaikum dan selamat petang...

hai..siap dh kerja2 kalian..? Aku punya takde la siap tapi bersentuh jugak la coding2 tuh..heheeh
hari ni dok kepoh la kt FB pasal nilai hantaran kan..saja aku nk share kat sini..meh tengok nilai2 hantaran mengikut status pelajaran..


HASIL KAJIAN Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Malaysia:-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000

nahh..hamekk koo..STPM/Diploma pon dah lebih sepuluh ribu..atoi..macam mana nk kawin nih..?confirm kau adam takot nk masuk meminang..kalau gini memang ramai yg jadi anak dara tua la nampaknya..Apa2 pon kaum adam perlu lah bekerja keras mengumpul duit utk buat hantaran ni dan kaum hawa pulak jangan la melebih2 dalam soal ini. Kita kahwin ikut kemampuan masing2 la..tak perlu la nk berlagak menunjuk bagai.Bukan nilai hantaran yg dapat menentukan kebahagiaan sesebuah rumah tangga tu..ingat tu [pesanan utk aku jua =)].
Duit yg ada tu boleh la digunakan utk kehidupan selepas kahwin.Banyak lagi tanggungjawab selepas kahwin. Kalau sebelum kahwin dah berhabis-habisan, nanti lepas kahwin sape nk tanggung..? Takkan nk mintak duit mak ayah.takkan nak pinjam AhLong [nk mati ko]. So, berpada2 la dalam apa jua perkara...

Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya…..
Sabda Rasulullah SAW
خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس
Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

” ابركهن اقلهن مهرا “Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )

so, kesimpulannya kt sini, berpada la dalam meletakkan nilai hantaran tu. Nilai kebahagian bukan terletak kepada nilai sesuatu hantaran.
weee~~ macam ustazah lak aku memberi pesanan begini..but sharing is caring kan..

nota kaki : tgh pk nk letak nilai hantaran utk aku [gatai nokk..blaja pon x abis ag..hehe..berangan2]

Yeayyy..kerja sudah memanggil

Assalamualaikum semua...
hai hai hai..Hari ni nak cerita pasal apa ya..Jenuh nak cari idea nih..Asyik blogwalking n baca blog org..hehehe..serupa takde keje je kan..

haa..ini nk cakap.semalam aku dh tunjuk kt mentor aku punya projek.Alhamdulillah, dia kata ok tapi aku kena tambah sikit function dia..Em..aku buat rileks je la.aku ni bukan buleh kalut2..jp g terus sakit kepala.Cuba adapt dengan environment keje ni.Tak lama lagi dah nk keje in real environment..

so, keje2 sudah memanggil.Aku akan pulang ke pangkuan programming lagi.Hope dapat siap cepat la kan..
Tapi mood utk keje tu tak datang2 lagi.Entah mana dia pergi aku pon tak tau.Sat g try cari mood tu balik..hehe

ok la..cukup setakat ini aku merapu pasal keje aku.aku nk merapu pasal lain pulak..adios

nota kaki : alhamdulillah, siap jgk projek aku..=)

Doa yang Mustajab : Waktu dan Amalannya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Doa yang Mustajab : Waktu dan Amalannya iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, September 7, 2011

Midnight At Kuala Kangsar

Assalamualaikum..
hye alls..hari ni aku nk bercerita tentang midnight at Kuala Kangsar..entry raya pon aku tak tulis lagi dah lompat jauh ke entry ni..hehee..utk entry raya macam tak ada idea je nk buat. gambar tak banyak mana pon...sob sob sob...eh..sudah2..meh baca cerita-ceritaku [tu pon kalau korg mau baca..up to u ok...ngeee]..


Alkisahnya terjadi pada raya ke 5 bersamaan hari Sabtu malam.Sebelum maghrib aku baru je sampai ke rumah sebab pergi beraya ke rumah kawan baik aku.Siap bawak mak okeh..Badan time tu sgt penat dan kepala sudah sakit. My cousin datang kerumah aku that night utk online. Then, selepas mandi solat semua, tiba2 dia cakap kt aku "Kak nor, kak syima ajak g lepak2 kt kuala". Aku jawab la.."Kt kuala jem ni..bnyk org nk berpusu2 balik"..Then, dia pon sampaikan msg aku tadi kt syima cousin aku yg sorg lagi..Em..dalam fikiran aku dok pasang agenda dah nih..."Yana, jom la g kuala..Akak belanja nih"..oh, dengar belanja, laju je la dia..Aku ajak adik aku sama. Dia pon macam tak nak sebab  baru balik jugak.Then, aku umpan dgn 1 ayat jer..terus dia setuju nk folo..weeee~~..terkena dah 2org..in the same time, aku ajak kawan FB aku sama..Itu pon sama, kalau belanja nk la.ceit..semua mintak belanja. Then, the last 1, aku msg ajak dia keluar jgk.Alaaa..saje je nk test.tengok2 dia setuju..Ok.beres."Mak, org nk g kuale jp.depa ajak lepak.." kata aku kt mak..Mak aku tak de la marah.anaknye ni dh beso panjang pon..[tp tak tinggi2 la kn..].


so, perjanjian termetrai utk kesekian kalinya.Aku n cousins aku keluar la.Around 9pm la..dah lewat kot..Sampai je kuala kangsar macam teruja pulak..sebab ada replika rumah kampung berserta lemang kawah bagai. cantik tuh..tu yg excited nk amik gambo.
nasib keluar jgk..tak jem pon..ramai yg dah balik agaknye..Tapi aku n yana ni dah lapo tahap apa tak tau.Tunggu la dia datang then cari la kedai makan..ya ampun...kedai makan kt kuala ni banyak yg tutup dan penuh! damn! laparrrr...pusing punya pusing jumpa la kedai ni.alahai..dah la lapar..nk amik order pon lambat.dah tu minuman sampai pon lambat.makanan?huh..lagi la lambat.membebel aku dek kelaparan sgt..


aku, syima n my sis order kuew teaw kungfu, yana tomyam, mamat nasi paprik, dia fun fries n budak tu air suam [suh blanja tp mintak air suam.sabo je la.].Elok je makanan aku sampai kt meja, aku jadi blur..ni ke kuew teaw kungfu..? aih..np lain sgt nih..beza sgt2 nih..i try to eat it.but i can't accept it! serious! bukan seperti yg aku expect or macam kt kedai2 lain..haihhh...malang sungguh nasib aku. i force my ank tekak to accept it.Memang tak boleh.so, makan sikit jer...lapar nih...si syima pulun abis aku tgk.lapo sgt kot..hehe...


then sembang2 la kt meja makan tu dgn dia n semua la..Lepas sembang2 kami pon beransur pulang dari kedai tersebut memandangkan owner kedai tu dah tarik pintu..hahaha..sampai macam tu sekali kan..tapi ada je meja sebelah kami tu dok rilex2 sembang ag..


We all ke tempat yg ada replika rumah tu.ala..senang cerita, dekat dgn Jam Besar Kuala Kangsar. tangkap2 gambo kt situ..aku? oh..aku g jalan2 sat ngn dia.teheeee...^_^.. bila lagi kan..esoknya mau pulang kulim sudah. Ini la masanya...opsss..no no no..yg ni tak boleh story lagi..bahaya..


so, lepas tangkap2 gambar kami pon balik la..sampai rumah around 2am. Ha, kunci rumah tak bawak.kan dh kena tdo luar...Nasib mak bangun jgk.Kalau tak, memang tdo luar la jawabnya...


ok..jom la layan pic pulak..mesti mati kutu kalau korg nk baca entry panjang2 macam ni..ini bukan paksaan ok..


lets cekidot!


my sis aka umi n i
[nak kena tangan aku gk amik gmbo, baru jadi..]



my cousin aka yana n i
[aunt blkng tu nk pose jgk weh..kome nih]


pose terbaik >> my cousin ; yana, mamat n i



my cousin; yana, me, mamat n syima
 
it's me
[nk pose sini gk..^_^]
them..poyos je pose macam tuh
[1 Malaysia]
mamat dgn bangganya mempersembahkan..jam beso kuale..hehe
[kt blkng tu jam besonye]
ini la replika rumah tu..cantik sgt..aku tak sempat pose sini..coz g jalan2 ngn dia..

bajet model la pose gitu kan..

 model kacau dodol..hihii

 ni 1 lagi model ayu tinggap rumah...peacee

ni paling paling bajet model hott..kunun.


me n budak kampung~~
[loqlaq sket budak nih..hiihih]

ok..dahhh..done! itu saja dari aku..thanx to my cousin coz bawak kami jalan2 kt kuale malam2..kalau idak, x dapat la nk pergi.sape yg nk bawak? hehe..
love u all syima yana mamat umi n...dia? err..no komen..ahaks
ok la..adios

nota kaki : mst korg curious kt sape dia? next time la story mory..kawan jerkk...^_^
gambar dia takde la pulok..huuhu

Necklaces & bracelets giveaway

Assalamualaikum...yeaayy..mau join GA lagi...Suka dengan hadiah dia..weee..mau mau mau...


sy pilih hadiah ni...[ewah..cam menang kan]
N05
N01
B08

dan org yg ditag adalah :
hana

tarikh tutup : 10/10/2011. 10 malam.

done!
nota kaki : giveaway this to me..eheheh =)

Aqasha Dapat Anak Sulung Lelaki

Assalamualaikum...

Penyanyi dan pelakon, Firdee Aqasha Rosli (29) atau dikenali sebagai Aqasha telah mengumumkan melalui akaun twitternya mengenai kelahiran anak pertamanya bersama Noor Baizura Mohd Sabru (28).

Bayi lelaki ini diberi nama Alehandra Ahmad Bin Firdee Aqasha dan dilahirkan sekitar pukul 6:14 petang semalam.



Tuesday, September 6, 2011

Ego yang tidak berkesudahan

Assalamualaikum 
hye...Short entry sebelum balik.Actually tak tau nak tulis apa.All my picture in my laptop.Lupa pulak nk copy.Kalau tak, sure banyak entry hari ni..hehee

Ego...? ego again..? Selalu je aku cakap pasal ego kan..iye laa..manusia memang tak lari dari sifat ego ni. Ada yg boleh dikawal dan ada yg tak boleh dikawal hingga membuatkan seseorang tu menyesal dikemudian hari. Semua orang ada ego, tapi please control your ego [pesanan ini utk aku jua]. Aku ego, sebab orang tu ego dengan aku..hahaha..aci tak cakap macam tuh..? erkk..ntah la..terpulang la..Yang aku tahu, aku memang ego dan ego aku masih diparas normal..weeeee...pandai2 lak aku ukur ego aku kan..ehehe..

Ego yang tidak berkesudahan.Lepas satu, satu..bila nak sudahnya..? bagaikan berepisod pulak. itulah drama kehidupan..ececeee....

udah aku mengarut petang2 gini..ok la..out dulu...PC ni pon dh jemu ngadap aku..ngeh ngeh ngeehh..

nota kaki : egokah aku..? agak ego la jgk..leh nek scoot ego..kui kui kui