haa..semalam aku dh ceritakan istimewanya epal hijau.hari ni nk ceritakan kelebihan epal merah pulak.Since ada yg komen nk tau pasal epal merah ni, so aku buat kan entry khas "kelebihan epal merah".
ok. jom baca..
kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena.
"Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
"Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.
"Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat)," jelasnya sambil memberitahu epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah.
"Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA).
"Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon," ujarnya..
- kajian mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak makan epal.
- Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.
- Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.
- Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.
- Serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan kekenyangan dan mencegah anda daripada makan berlebihan
sumber : kosmo
image : google
nota kaki : beli epal merah n hijau lah pas ni..dua2 sedap...=)
suka doyan lagi camner nih huhu..ada khasiat tak doyan?
ReplyDeletetapi anak anak memang feberet epal..
pinky momma : doyan?weeeee...sy jugak sgt suka doyan! hehehe..musti ada..nnt sy cari khasiat doyan lak...insyaAllah =)
ReplyDeletekasi anak2 makan epal tiap hari lah gitu..kan..=)
terima kasih baru minta da dpt..huhu..=)
ReplyDeletebyk kelebihan epal merah yea tp nik suka epal hijau lagi :)
ReplyDeletelebih suka epal hijau..hihi..:)
ReplyDeleteafiq : sama la...ramai yg suka epal ijau dari epal merah =)
ReplyDeletedua2 bagus bah👍👍
ReplyDelete