Followers

Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday : Silence & Smile


Assalamualaikum..



Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday : Sale

Assalamualaikum..

Holla peeps,


nota hati : sale sale sale...=)

Wednesday, January 16, 2013

Kehilangan selama-lamanya . . .opah tercinta . .

Assalamualaikum..

Hye peeps..

Selamat malam semua..

Aku masih mencari-cari kekuatan utk menulis entry ini. Entah dimana utk aku mulakan. Sedih dan sgt sedih dan perlu tabah hadapi semua ni..

Entry ini agak panjang dan aku menulis hanya sebagai luahan hati seorang cucu terhadap pemergian nenda tercinta.....

Tahun 2013 menjadi tahun yg sentiasa akan diingati kerana pemergian arwah opah yg tersayang ke rahmatullah. Dan dia adalah satu2 opah/nenek yg aku dan kami adik beradik punya. Kesedihan masih menyelubungi diri tapi apakan daya, yg hidup harus teruskan hidup dan moga arwah opah ditempatkan di kalangan org yg beriman.amin..

Hujung tahun 2012 aku kakak,adik dan mak bercuti ke Hatyai. Seharusnya singgah di kampung dulu. Setelah pulang dari bercuti kami hanya duduk di rumah (rumah mak) dan tak pergi melawat arwah opah. Entah kenapa seolah2 kami terlupa yg ada opah di kampung. Buat pengetahuan semua, arwah opah hanya tinggal sendirian di rumahnya. Cuma kami adik beradik selalu melawat arwah di kampungnya. Banyak kali dah diajak utk tinggal bersama -sama emak tp arwah enggan. Dia memang tak suka utk menyusahkan sesiapa termasuk emak, menantunya. Sehingga lah mak dapat call dari arwah yg dia demam. Dia sendiri yg call mak, bagitau demam dan dah 3 hari demam. Aku hanya update cerita dari emak dan adik yg berada di kampung.Puas dipujuk utk ke klinik, akhirnya mengalah dgn adikku. cucu bongsu kan.. Pandai la pujuk. Doktor cuma mengatakan arwah demam panas dan bagi ubat demam. Dan emak membuat keputusan utk suruh opah tinggal dengannya di rumah kami. 

Mulai hari tu opah tinggal dgn mak. Mujur ada adik dan abg di kampung. Dapat jugak la tengok2 kan arwah. Kesihatannya tidak begitu memberangsangkan. Hanya mampu terbaring lesu dikatil Makan bersuap. Mandi pon emak yg mandikan. Sedih. T_T.  Alhamdulillah, yg bagusnya sehingga akhir hayatnya arwah tak nyanyuk. Dia ingat semuanya.Semua ok. Cerita zaman dulu kala pon ingat. Masih mampu bercerita/berborak walaupon dalam keadaan terbaring macam tu. Tapi semua tu hanya sementara. Aku yg sentiasa update cerita opah dr adik dan mak. Dan adik aku menjadi org tengah utk opah. Opah dah start nak jumpa anak cucu dia. Satu persatu disebutnya. Dan mereka di kampung cuba penuhi permintaanya.

Dalam minggu tu jugak aku balik ke kampung jenguk opah. Risau tak berkesempatan T__T. Aku balik dgn abg sulung dan anak2 nya sekali. masa tu adik aku kata opah dah tenat. Pukul 1 pagi kami bergegas ke kampung.Alhamdulillah, masih sempat berjumpa opah. Sempat melihat dia tapi jujurnya, memang tak sampai hati tengok dia macam tu. Sedihnya. Kurus kering dan tak bermaya. Arghh...sedihnya. Aku EL Monday tu. Tak mampu nk balik KL lagi. Kerja tetap kerja kan. Aku balik Monday tu jugak dan aku mmg berniat dan tergerak hati nk balik kampung next weeknya. Tapi entah kenapa aku teragak2 nak balik pagi Sabtu tu. Call mak, mak kata opah nampak sihat dan ceria. Lega rasa hati. Tapi tangan still bbm dgn adik utk update. Dan petang Sabtu tu jugak adik aku dah nangis2 call suruh balik kampung jugak. Opah tenat. Fikiran aku melayang. Kalau boleh dia nak aku sempat jumpa opah sebab opah nak jumpa aku. Nak mintak maaf katanya. Aku suruh adik aku cakap yg opah takde salah dgn aku. Sedih....huhu..Aku dah balik last week tu. At least opah memang dah jumpa aku kan..hohoho..Rushing balik kampung. Yes, aku kena naik bas. Kakak ipar aku call cakap tak muat kereta kalau aku nak tumpang. Then aku decide la nak naik bas kan. Tapi tiba2 pulang encik tunang nak hantar aku ke kampung. Memang serabut tapi dah dia nak hantar aku ikutkan jer. 

Lebih kurang pukul 5 petang baru gerak. Masih bbm dgn adik aku. Dia call cakap semua org dah menangis2..Masa tu opah dah masuk hospital. Mak abang pak cik makcik semua dah menangis. Aku tak tau nak kata apa. Memang sedih dan on the way balik jumpa opah. Tak lama tu adik aku dah stop bbm update pasal opah. Aku rasa tak sedap hati je. Tapi aku biarkan je rasa hati tu. Tapi hati kecik ni macam dapat mengagak apa yg berlaku di hospital. . . Dan memang tepat naluri aku. Adik aku call, bagi tahu opah dah takde.Dah meninggal.Tergamam.Kelu. Kami dah halfway sampai hospital. Baru kt Ipoh. Tapi tak sempat jugak. Al Fatihah...

Sampai di hospital, opah dah diselubungi kain putih. Sudah siap sedia utk bawa pulang ke kampung. Kami jugak balik ke rumah dulu then baru pergi rumah opah. Arwah dikebumikan tengah hari esoknya. Dapat jugak mandikan jenazah arwah walaupun sekejap. Time kafan..Time paling sedih. Aku cium opah. Tak mampu nak tahan air mata. Cepat2 lap.. Suasana sedih kt situ. Sungguh terasa kehilangannya. Aku ikut sampai ke kubur.Dibaca kan talkin. Sampai selesai semuanya. Ya Allah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman....

 arwah opah (tudung putih) - selepas majlis merisik aku

 senyumannya opah . . .

semasa majlis bertunang . Gambar terakhir ketika arwah opah masih sihat. Sedihnya sebab opah tak sempat tengok aku kawen =( 
Hanya sempat tengok cucunya bertunang....


notahati:sedih dan rindu bila teringatkan arwah =(




Monday, January 14, 2013

2012 Year In Review . . .

Assalamualaikum...

Hollaaa peeps...

See the title? 2012? Oh noooo..Masih belom terlambat kan nk buat review utk 2012? Dan masih belom terlambat kan nk ucapkan selamat tahun baru 2013? Masih belom terlambatkan (Angguk kepala cepat)..teehee...

First of all, Selamat Tahun Baru 2013. Semoga azam tahun lepas dah tercapai...Ahaa...yg tak tercapai tu macam biasa la ye...carry forward...ngee..

Alhamdulillah, berakhir sudah tahun 2012. Banyak suka dan duga sepanjang tahun. Dan banyak perkara penting yg berlaku pada diri aku tahun lepas.

First of all, awal tahun 2012, bulan Januari - Mac aku attended Java Training. So, selama 2 bulan 1/2 la aku menghadap training tu. Itu pon tak lama aku mengganggur dirumah lepas abis belajar (Dec 2011).

Habisnya training tu.. aku menganggur selama sebulan..Kira bulan April tu la aku jadi penganggur tegar yg sedang meneroka tanah2 tanaman anggur aku..haa...karut2..sila jgn caye..Ke hulu ke hilir aku cari keje. Banyak jugak la interview yg pergi. Yg tempat training arranged kan pon dah banyak aku pegi tapi takde satu pon sangkut. sedih...wuuuu..sedih sangat. Janji macam2 kan...confirm dapat keje..opss..aku tak sabar ke time tu? oh..tidak..memang patut la kan rasa macam tu. Sebab ramai kawan lain yg dah dapat keje.Last but not least, dalam masa yg sama aku cari keja sendiri. tru job street la kan. apa lagi. banyak jgk la dpt interview dan phone interview. Dan aku dipanggil utk walk in interview. Alhamdulillah...dan dalam masa yg sama aku nekad that's the last interview aku pergi.penat beb menaruh harapan.. So aku pon sungguh2 la study malam sebelum interview. Jiwa kacau. Dan esoknya, pergi la dgn bawak harapan setinggi gunung..teehee...Selang 2, 3 hari lepas tu aku dapat call dari company tu..Yes, dorg nk hire aku..kamaen hepi aku...Alhamdulillah, rezeki aku berkat doa ibu jgk =) >> sampai sekarang aku disitu

After 3 months, aku dah confirm disitu. Lagi satu berita gembira. Behave gila masa dalam probation. Maklum lah..masih mentah kan... Masih baru gitu..

Raya Aidilifitri raya yg bermakna buat aku.Family encik BF (ketika itu) datang berhari raya ke rumah aku...hepi2....raya bukan sekadar raya tapi datang membawa hajat. oyeahh...aku dirisik ^___^ . Masa raya ke 6 ; 24/8/2012 . Nervous? As usual. Aku ni peNervous org nye..haha...Alhamdulillah, diriku di risik oleh si dia..


encik tunang n me - wajah selepas dirisik.hahaha..hepi lettewww ^_^

Bulan September pulak, aku sepatutnya ada trip ke Kota Kinabalu dgn kawan2 universiti a.k.a housemate + roomate + classmate+ coursemate . Tapi terpaksa cancel trip tu. Sebabnya, macam semua tak boleh pergi. Yg 2 org tu ada exam SPA kalau tak silap. Aku? ahaha...tgh kopak time tu..memang takde wangnyaaa...wwuwuwuwuw...sedih lagi T__T

Bulan Oktober pulak, aku ada konvokesyen. Yeayy..dah grad. Dah jadi siswazah.hepi2...Susah jugak nk plan ke Utara Sintok nun jauh di sana sebab aku jauh nun di sini. Tapi alhamdulillah, berjaya jugak plan semuanya dgn jayanya, Thanks kpd sape yg terlibat..eh sape lagi..family aku la kan..teehee..

my mom n me - lepas amik ijazah...panas tauu..hepi2 

me n my family - sebahagian kecik jer nih..gmbr studio

Bulan November pulak, hari pra bersejarah aku. 11 Nov 2012 rombongan pinangan dari keluarga encik tunang (ketika ini ) pon tiba. Eh bukan datang dgn tiba2 la..Dah plan la semua kan..=) . Dan gembira lagi dan syukur ke hadrat Illahi, aku telah dipinang si dia dan insyaAllah tahun ni akan melangsungkan majlis perkahwinan, InsyaAllah ^__^ . Cop..kenapa hari pra bersejarah ? Sebab hari bersejarah tunggu time nikah nanti la kan..hehe...ok, karut2..

me n encik tunang ^_^

Disember pulak...Oh ya..Disember pulak trip aku ke Hatyai! Last minute plan jugak nih..First time aku pegi obersi..haha..jakun gila.. Ok, entry ke hatyai belom buat lagi.ntah bila dapat buat . my bad -__-" .
Disember jugak, opah sakit..sedih =(


Teaser. . . Hatyai!!

Begitu lah suka duka kehidupan. Ada pahit , manis, tawar kelat. Asam garam kehidupan la katakan. Rentetan suka duka hidup aku. Moga tahun 2013 lebih bersinar dalam kehidupanku dan keluargaku. Sentiasa berdoa yg terbaik utk semua..

p/s : entry ni agak panjang. tu pon dah pendek kan..kalau tulis by month mau patah jari...haha..tak kelakar.bye

nota hati : semoga kita tabah hadapi semua ujianNya . . .