Followers

Friday, September 16, 2011

Khasiat Ubi Kentang

Assalamualaikum...Kali ni kita berkongsi tentang khasiat ubi kentang pulak ye...

Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C  yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.


haa..kan banyak khasiat tu.ubi kentang juga selalu digunakan dalam masakan seperti gulai2, sayur2 dan direbus pon sedap.bakar jua sedap oo...masa time BBQ dulu ada buat ubi kentang bakar.My friend yg ajar..sedap jugak.. Caranya, basuh ubi kentang tu bersih2 then, kelar-kelar (kelar sikit je supaya black pepper leh diserap)kan kentang tu..then taburkan black pepper (banyak mana ikut suka la). Then, balut dengan aluminium foil..last sekali, bakar..
dah siap, boleh makan dengan butter or planta or marjerin..Cuba lah!

opsss..tiba2 aku bagi resepi plak dah kt sini.excited bila teringat kentang bakar tu.sangat sedap. ..cuba jgn tak cuba..peace~~ =)

nota kaki : nk buat lagi...tp bila pulak nk berBBQ nih...? errr (@_@)
source : sajionline
image : google

8 comments:

  1. saya tak makan ubi kentang letak dalam kari ke kurma ke dalam apa-apa masakan jela, tapi saya makan french fries =.='

    ReplyDelete
  2. saya makan ubi kentang..hahah
    banyak btl khasiat die...
    thanks 4 the info..:)

    ReplyDelete
  3. asyikin : hehe..french fries pon kentang jugak..its ok..=)

    ReplyDelete
  4. nadzirah : ye..? haa..pas ni makan byk2 ye..pelbagaikn resepi..hehe...welcome2 =)

    ReplyDelete
  5. afiq : jom beli kentang banyak2...wt stok..hehe

    ReplyDelete
  6. hana : me too..i loike kentang yg u ajar tuh..hehe

    ReplyDelete