Followers

Wednesday, December 28, 2011

Segmen : Up Traffik Akhir Tahun!


Assalamualaikum..
Segmen ni juga sy telah ditag..So, join jgk..Kasi up traffic la kn..moh join ramai2..heheh





Cara untuk sertai segmen ini :
1.Follow this blog.
2.Buat Entri :
-Tajuk entri "Segmen : Up Traffik Akhir Tahun!".
-Letak Banner dalam entri dan link kan ke sini.
-Tag 2 Orang Rakan dan Pasti kan mereka tahu!.
-Publishkan entri tersebut.
-Tarikh Tutup 30/12/2011!
3.Letak LINK ENTRI di bahagian komen ini.
contoh :
-http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2011/12/segmen-up-traffik-sempena-akhir-tahun.html (BETUL!)
-http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/ (SALAH!)

tag : hawa
          shida

Saya Sertai Bloglist Miss Nadya

Assalamualaikum..

Hollaaaa...Selamat Petang Rabu rakan sekalian.Haaa..sy telah ditag oleh fana utk join bloglist miss nadya nih..So, sy pon join jugak la..Sapa2 yg rasa nk join sila klik banner dibawah ni ye...




Syarat-syaratnya:

1) Buat satu entry dan letak tajuk ''Saya Sertai Bloglist Miss Nadya'' - Done -
2) Linkkan ke entry nie... - Done - 
3) Kalau sudi jadi lah follower Nadya...-Already done-
4) Copy banner atas tu dan letak dekat entry Saya Sertai Bloglist Miss Nadya - Done -
5) Tag 2 orang kawan-kawan korang...Pastikan dorang tahu...- Done -
6) Letak link entry korang kt bawah nie...- Done -
7) Korang nak letak blog nad dalam bloglist korang pon boleh lagi nad suka..:) -Already Done -

tag : Athirah



Kata Tak Pandai Masak....

Assalamualaikum ..
Selamat Malam....

Luahan hati aku : Susahnya nak maintain update entry tiap hari. Terasa masa sangat pantas berlari2 meninggalkan dunia yg semakin tua nih..ermmm..Aku rasa baru je habis praktikal.Ouh..Now, dah lebih 2 minggu aku menamatkan zaman belajar aku..Tak terkejar utk update blog nih -.- .

Oh ya..hope ini adalah entry ringkas dari aku lah..hehe..ahaa..Apakah tajuk entry aku ni..? Semacam je kan..Apa yg kata tak pandai masak tu..? hahaha...It's me looo..Memang aku yg cakap macam tu.Nak tau sila rujuk entry SINI .

Memang aku tak pandai masak tp tak bermakna aku tak tau langsung..As I said before, just simple one.See, today, I was cooking for my niece and nephew..hehe..Aku tinggal bertiga je kt rumah ni. So, nak tak nak, perut perlu diisi dan aku tak terfikir pun utk makan kt luar even tau kedai makan dekat dan can go anytime.

Aku masak Ayam Masak Merah hari nih.Alaa...basic2 tau la but to make sure the ingredients I called my mom.haha..And my nephew said,ermmm..Sedapnya..ahaha..budak2 tak pandai menipu kan.aduh..terharu seminit..ngeh ngeh ngeh. My sister in-law said, not bad..Sedap.Buleh kawen dah...ngeee~~

So, in conclusion my cooking today is success. Satu permulaan yg baik kan..Apa pon practice make perfect.. From now on, I need to practice to become better in cooking..=)


image : google..Tak sempat nk snap pic tadi..=)


notahati:keep learning for cooking...

Saturday, December 24, 2011

GiveAway by darkbatman.com


Assalamualaikum . . . 

Hi alls,

Selamat Hari Sabtu dan berhujung minggu.Sekian lama menyepi dari GA dan sebarang contest, kini sy kembali lagi..ahaa..Setelah ber"blogwalking", terjumpa satu GA by darkbatman.com. Terasa macam nak join la pulakkan.Untung2 boleh menang kan. Hadiah macam banyak jer..So, one of them should be mine..hahahaha [ketawajahat]. Jom la ramai2 join GA dari abg kacak lagi segak bergaya nih..[bodeklebihlapulakkan]. Ok la, btw, sesiapa yg nak join tu macam biasa la..sila klik banner abg kacak dibawah nih.Wish me luck and gud luck to all of you yg join GA nih..


tag : 


Wednesday, December 21, 2011

Siapa handal memasak? Lelaki atau Perempuan?

Assalamualaikum & Selamat Malam...

hye peeps..

Syok pulak rancangan TV malam ni.Berdebat pasal "Siapa handal memasak?Lelaki atau Perempuan?" ... Ouhhh..hangat betol isu ni kat TV ni..Host Fahrin Ahmad yg handsome and Ida yg comel tu serta 3 org lelaki jemputan utk membahaskan isu nih.Haishh..Ini tidak adil. hanya seorg perempuan disitu. Siapa nk back up dia..? Semua lelaki disitu hingaqqqq....Kesian kaum hawa..huhuhu

Fahrin Ahmad - amboi dia..asik nk backup laki jer tau..geram rasanya..nasib baik la handsome kan..hehe

Siapa handal memasak? Lelaki atau Perempuan? Haa..macam takda jawapan yg tepat je kt sini.Mostly memang Chef-chef kt hotel adalah lelaki.Eh, mana pergi perempuan semua..? Ahaa.mereka semua memasak dirumah laa..See, emak kita la kan..Siapa lagi...hehehe

Personally, bab memasak ni aku memang agak lemah.Sebab aku memang tak pandai memasak.Sekian.Tapi itu dulu la..Sekarang ni andai terpaksa mungkin boleh la kot nk memasak tapi just simple one lah.Nak yg complicated mau aku bawak buku resepi ke dapur.teehee...tapi tak salahkan. Itu jugak salah satu cara belajar memasakkan..=) . Org kata memasak ni senang. Main campak2 jer..Bagi aku pulak, semua bahan nk kena ada baru aku boleh masak.Kalau tiba2 ada bahan yg takde, mesti otak jam sekejap.blur.panic-.-
hahaha..itu adalah tingkah laku semulajadi bg org yg tak pandai memasak macam aku.agaknya laaa..hohoho

Banyak survey yg aku sendiri buat la kan.Org perempuan ni akan pandai memasak bila dah kawin..eh, betol ke..? Mana taknya, lepas kawin nak tak nak kena belajar masakkan. Nak bagi suami dan anak2 makan.Takkan la hari2 nak makan kt kedai kan.Tokey balak pon boleh jual lori.huhu. Opsss..tolong jangan salahkan aku.Ini survey sendiri ok..Dan juga atas effort si isteri jugak utk belajar memasak. Kalau takde effort, memang tak pandai masak sampai ke sudah la..

Di zaman sekarang, lelaki dan perempuan perlu atau harus tau memasak. Ok.Kenapa aku cakap macam tu..? Mostly zaman sekarang ni laki perempuan kerja.Ada kerjaya masing2. So, si suami perlu tau memasak jugak, sbb myb apabila isteri tak dapat nk memasak masa dia busy si suami pon boleh tolong masak kan.. Kata sayang bini kan..hehe..Give and take kan..haishhh..cara cakap macam la aku ni dah kawen -.-


cooking is must for wife especially

Opss...bocor sudah rahsia aku yg tak pandai memasak nih..Kepada my future mother in law jangan uji sy dengan masak memasak ye..sy sangat lah lemah..Aci tak cakap gini..hihihi =P

Alamak..adakah aku sudah out of topic? Tercerita bab aku la pulak.Ampun..

So, kesimpulannya kt sini apa eh...? Lelaki atau perempuan yg handal memasak..? err..Lelaki handal memasak dan glamor menjadi chef just because they choose cooking as their career and like to commercial it. Women tend to cook for their family and also their interest in cooking and not to commercial it. My opinion and my conclusion.teehee..




delicious dishes


Sekian, terima kasih.merepek meraban di malam hari.

notahati : cari calon suami yg pandai memasak.ngeh ngeh ngeh =)

image : pinjam pakcik google


Monday, December 19, 2011

Sayangi ibu anda selagi masih ada..

Assalamualaikum & Selamat Malam Semua..

hye peeps and readers...

Story yg baru je berlaku tadi..emm..terkejut dengan insiden yg beberapa second berlaku depan mata. Masa tu aku, adik n abg aku kt dapur. Aku ada buatkan air teh dan dari awal aku pelawa mak aku minum. mula2 dia taknak minum and at last dia minum jugak.Tiba2 mak tersedak dengan teruk. Firstly ingat biasa jer. Normal la tu tersedak tapi tadi tengok lain macam jer.Mak sampai tak sedar diri.collapse kt meja makan.Nasib masa tu tengah duduk. Kami semua sangat panic dan kalut. Aku tepuk2 belakang mak aku, abg pulak peluk mak cuba utk sedarkan mak. Mula2 mak tak bergerak. Tak lama pas tu mak tersedar jugak.Aku tengok badan mak macam kejang.Macam hampir nak stroke.ouh.Im really scared =(  Bila mak sedar, abg sapukan air dekat ubun2 mak.Biar mak bertenang dulu...Alhamdulillah, mak boleh bernafas dengan normal semula. Kami semua terdiam kaku selepas tu...Hanya Allah yg tau perasaan aku ketika itu. Kelu lidah ku..Yg aku tau aku sangat2 sayangkan mak..

jasa mak memang tak dapat untuk aku balas. Aku masih belum sempat utk beri wang hasil kerja aku coz aku baru je habis belajar and tengah cari kerja. Masih belom sempat utk aku berbakti pada mak yg dah melahirkan dan membesarkan aku serta memberi didikan agama dan pelajaran secukupnya. Semuanya masih belom sempat utk aku melakukan apa-apa..

Ya Allah, semoga Allah berikan kesihatan yg baik pada mak dan kami sekeluarga. Semoga dipanjangkan umur mak dan kami sekeluarga. Semoga Allah rahmati kami dan kita semua..




my mom n me >> May Allah bless 

p/s : Sayangi lah ibu bapa anda selagi mereka masih hidup. Terlalu banyak jasa mereka kepada kita semua. Mungkin ada yg merasa ibubapa mengongkong hidup kita, tapi percaya lah, mereka buat semua itu kerna mereka juga sangat2 sayangkan kita dan taknak kita terjerumus ke landasan yg salah..

notahati:aku sangat sayangkan mak dan keluarga aku..

Jalan-Jalan i-City

Assalamualaikum..
hye peeps..sihat? hope semua sihat ye..

Alahai..kenapa malas benar nk update blog nih..? sedangkan punya masa yg sangat maksimum. Oh no..why ya..? Lack of idea may be..Depends on mood jugak.ye dak..kalau ada mood, semangat nk update blog sangat lah berkobar2...

Ok,continue my jalan2 in Kuala Lumpur. Macam la tak biasa ke KL.Pada hal selalu jer..Selalu dok rumah abg n kakak je pas tu g shopping complex. Ini g jalan2 with yg tersayang...ngeee~~

Jalan-jalan i-City Shah Alam..Ahaa...baru nk update ke..? Story dah nak basi la.As I mentioned just now, no mood no entry lah. Siapa yg pernah pergi i-City..? Sila angkat kening..teehee..

Actually, aku pergi i-City ni last week. Semua org asik dok sebut2 i-City nih ha..best sangat ke..? nak la jugak tau kan..So, pergi la aku ke sana diwaktu malam, of course! Siang ada apa.?Lampu pon tak pasang lagi. Excited jugak la nk kesana. Heboh diperkatakan i-City itu sangat syok.

Jalan agak jam kt sana dan tersangat la ramai umat manusia yg jakun macam aku jugak.Jakun nak tengok lampu warna-warni lagi cantik berkilau. Serius, agak sesak dan sesiapa yg ada ank kecik tu, perlu pegang dengan kuat dan hati-hati. Silap-silap boleh hilang. Terfikir sejenak..apahal la ramai semacam je hari tu..Lupa la pulak, aku pergi time weekend and school holidays. Ofcourse la so crowded -.- . Tak suka crowded sangat, lemas aku dibuatnya. Nak amik pic pon susah sebab dah terlalu ramai kan -.-


oleh itu mari lah layan pic ni..


dibawah cahaya lampu oren berkilau


bangau oh bangau.ramai gak nk bergambar kt sini.


krismas tree? myb..cantik sangat.putih suci


zoom sikit


merak oh merak.sini pon ramai dok bergambar tak terkecuali aku.haha..emm..tak dapat snap with si merak yg full. ramai org -.- 


juntaian / untaian lampu-lampu


lampu-lampu yg berkerlipan dari pohon2 pokok..=)


interprem sikit =) 


oh..i'm not ready. why snap my pic..? err


muka bangga bersama lampu-lampu yg cantik dan berkilauan itu.

ok, abis dah story at i-City..Actually time ni dah penat sangat. Al maklum lah dah sehari suntuk berjalan. Nak2 jalan kt situ becak.need to be careful. Abis lah kasut I yg putih tu nanti. Eh, mst pelik kan..kenapa gambar aku sorg je dalam ni..? err...dah pergi berdua, so I was the model and he was a photographer..teehee..maaf, sy tak pandai tangkap gambar...ngeee~~ =p

notahati : thanx bring me here..love it even I was exhausted. =)




Thursday, December 15, 2011

Jalan-Jalan di Look Out Point

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

hye peeps..

macam lama je tak buat entry panjang2 kan.Memandangkan aku tersangat la mempunyai masa terluang, so, nk taip panjang2 la..

Ok ok, malas nk merepek meraban.Straight to the point. Last week aku ke KL ke rumah abg ku. Jalan-jalan la setelah abis praktikal kan.Jalan-jalan cari makan, jalan-jalan makan angin, jalan-jalan cari kerja..opss..ada kerja kosong tak..? aha...iklan sebentar..=)

Korang semua ada tak tempat idaman yg terasa nk pergi la selain luar negara..? haa..macam aku my dreaming place adalah Korea or Paris. Nak realisasikan yg itu sangat la tak pasti bila kan..so, berangan dulu pon tak pe kan..bukan kena bayar pon..

Actually aku dah lama berangan nk ke suatu tempat yg tinggi, yg boleh nampak seluruh pemandangan..tak kisah la kt mana pon. kalau kt Perak kena nampak seluruh Perak la kan.Tak kan boleh nampak Penang kot..teehee..=P.

Then, 1 day aku punya dreaming ni menjadi kenyataan. Sungguh aku tak sangka kan..Tanpa diduga aku boleh berada di tempat yg aku angankan sebelum ni. Aku kini berada berada di tempat yg tinggi dan nampak seluruh pemandangan Kuala Lumpur. Bukan Penang or Perak ye..coz aku makan angin di KL.Cuma aku bayangkan tempat tu aku boleh menjerit sekuat hati. Biar dunia tau apa yg aku rasa sekarang nih..Biar dia tau yg aku sedang gembira. sedang sedih.kongsi bersama dunia...huh....kalau time tension memang best utk menjeritkan..

ohoo...kan dah panjang berjela..ok, aku pergi sini la...Look Out Point at Jalan Ampang Hulu Langat. Atoi..macam jakun la pulakkan.oh, aku memang jakun ok.excited sangat dapat pergi situ. Aku pergi waktu siang. Tempat ni lebih menarik waktu malam. Pergi sana pon just tangkap gambar. View memang cantik la..Kt atas tu ada restoran. Kami takade la makan kan..Sebab niat bukan nk makan. tengok pada restoran tu macam boleh tahan je harga dia. Eh, jom la layan gambar pulak..



at car park in front of Look Out Point Western Food Restaurant


Look Out Point Western Food 


bergambar dgn helang.eh, ni bukan Langkawi ok..sila jgn salah faham..hehe

 

to go upstairs to view the panorama


Haven Restaurant


Di Puncak!! yeayy..sampai jugak akhirnya. Belakang tu view KL.Boleh nampak semua.Malam lagi cantik.
Bawah tempat aku berdiri ni ada restaurant ok.boleh la menikmati makan malam yg sgt romantik disini.

ok, last but not least, Im really happy coz dapat jejakkan kaki ke sini. dengan rasa tak sangka dan tak percaya. Seperti memahami apa yg aku mahu..huhu...
I hope I can reach here again at night with a romantic candle light dinner while viewing the panorama.ouhh..so sweet...^_^

A bit info for Look Out Point (LOP)
  • Look Out Point Western Food - dah kata western, so western food la kt sini. paling famaous special steak -  so, LOP Western Food ni ideal for no-frills, good-old meal while enjoying the view
  • Gasoline Cafe - modern lifestyle - TomYam Seafood Soup famaous nih...
  • Haven Restaurant - beautiful location for lunch, tea or dinner with its breathtaking view and lovely ambiance.has panoramic view of KL at 280m above sea level. sunset dinners are a favorite Haven's Patron -  Fish and Chip features batter fried fish fillets with a dollop of finger -licking good tartar sauce
  • Panorama Restaurant - giving dinners the highest view of the Skyline in Look Out Point - Assorted Pizza.

notahati: thanks a lot because bring me here.really appreciate and i'm happy..=)


Wednesday, December 14, 2011

Hati-hati memberi hati....

Assalamualaikum..

Jiwang mode :

"Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali awk memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali awk dilukai, sampai bila2 tetap awk ingati..Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI."

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri



TIP CINTA : Hargai dia yang berada didepan mu sementara kau masih memiliki peluang itu. Jika sayang katakan sayang, jika cinta, cintai dia sepenuh jiwa... Kelak menyesal bila dia sudah tiada. Di kala itu segala-galanya sudah tidak bermakna... "Hadirnya aku dalam hidup mu bukan untuk menjadi boneka atau plan B dikala kau gagal"

p/s : dipetik dari fb..

notahati : sangat berhati2 utk memberi hati kepada yg sudi dan tau menghargai nilai sekeping hati kecilku

Rumput dan Kasih Sayang

Assalamualaikum & Selamat Malam semua..
Malam ni nk share kisah rumput dan kasih sayang. Mungkin terdapat pengajaran melalui cerita ni. jom baca!




Seorang murid bertanya pada gurunya..
Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sdg mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: “Cikgu, mcm mana kita nk pilih seseorang yg terbaik sbg org yg paling kita sayang? mcm mana juga kasih sayang itu nk berkekalan?

Cikgu: “Ok kamu ikut apa yg sy suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lg walau skali. Dah petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas”


Apabila pelajar tersebut pulang ke kls, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yg dipilih?

Pelajar: “Tadi masa sy berjalan, sy carilah rumput yg paling cantik. Mmg ada byk yg cantik tp cikgu kata petik yg paling cantik, maka sy terus berjalan ke dpn smbl mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lg. Tp smpai dipenghujung padang, sy tak jumpa pun yg paling cantik. Mungkin ada diantara yg dibelakang sy td rumput yg paling cantik tp dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jd tiadalah rumput yg sy boleh petik”

Cikgu: “Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita sayang, janganlah kita mencari lg yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai org yg berada didepan kita sebaik-baiknya. Jgn kita menoleh ke belakang lg kerana yg berlaku tetap dah berlaku. Semoga yg berlalu tidak berulang lg. Dan ingatlah orang yg plg kita sayang itulah yg paling cantik dan paling baik. Walaupun nk ikutkn byk lg yg cantik dan baik spt rumput td…



moral of the story : jangan menoleh ke belakang lagi setelah kita menjumpai orang yg kita sayang.hargai lah org yg menyayangi kita yg berada didepan mata kita dan tidak mencari yg lebih sempurna kerna tiada sesiapa yg sempurna didunia ini melainkan Allah s.w.t.




notahati : kamu adalah rumput yg paling cantik itu ^_^

Thursday, December 8, 2011

1st GiveAway Lily Butterfly by Miss Wandalaara.

Assalamualaikum..

cess..entry sebelum ni cakap aku nk tido dah kan..tapi tangan ni gatal dok blogwalking. tuan blog suruh join give away nih.so, apa lagi..lama dah tak join. harap2 ada rezeki boleh dapat hadiah lagi..weeee..syiokkk

nk join? meh klik banner ni


tag 3 org ni.yg lain kalau nk join jugak dialu2 kan sangat. hadiah menarik menanti anda!

tag : 

Thanx Nuffnang!!

Assalamualaikum..
Selamat malam semua...

wow...semangat nk update entry malam nih..semakin berkobar2 dengan kehadiran abg posmen petang tadi. seronok dapat surat. maklum la, lama dah tak dapat surat kan...kalau surat hutang takmo la kan..tak syiokk =.=" . .

Actually petang tadi dapat surat dari nuffnang. wow! cek from nuffnang!! sangat teruja ok..Ni first time cash out setelah sekian lama menabung kt nuffnang. Walau pon nilainya tak banyak mana, tapi aku tetap bersyukur. At least ada jugak duit utk aku yg dah tak bekerja ni..sedih kt sini -.- . bila la syarikat nk melamar aku kerja eh...? errr..mengarut sudaa..

btw, thanx nuffnang.akhirnya aku merasa juga duit dari nuffnang. Asyik tengok org lain dapat duit je kan..jealous la jugak kan..ekekeke. Pas ni nk banyak2 lagi boleh tak..? kawan2 tolong la klik2 iklan2 tu ek...


hasil blogging dari bulan mac.lamakan..? hihihi


ok la.mata macam dah mengantuk nih. dok pekena maggie kari tadi.mau tido suda..nite semua..

notahati : alhamdulillah, syukur sangat skrg nih.nanti nuffnang kasi banyak2 lagi tau..ngeee~~

Spontaneous Thursday

Assalamualaikum..

hye hye hye selamat pagi n morning utk semua..

i'm back...yeahh..i'm back to my lovely blog and also back to my hometown. Today is the second day i'm being a jobless. hahaa.why jobless ek..? err..aku baru sahaja menamatkan praktikal 6/12/2011 hari tu..So, aku balik kampung pada hari yg sama  jugak. excited lebih la katakan..lagi pun nk buat apa tunggu lama2 kt rumah sewa tu. nanti kena bayar lebih. owner pon dah nk rumah dia tu balik.

habis praktikal kira habis terus la. no need to continue study coz our practical in last semester. so, untung la kt sini kan.kalau macam politeknik dulu, lepas praktikal kena masuk belajar balik.

now,berehat2 dirumah sambil cuba memikirkan cara terbaik utk diet.hahhahah diet?! aku dah semakin gemox and bambam...warghhhh..tak suka tak suka tak suka...=(  adakah cara utk melunaskan hasrat aku nih.? errr..macam susah je kalau dah duduk goyang kaki kt rumah kan..hottoke.. hottoke .. hottoke..??

tak tau nk merepek apa nih..semangat berkobar2 nk update blog tapi tiba2 idea hilang.huh..bila idea dah mai baru aku update la..ok..adios

notahati : macam2 perasaan sekarang nih...@.@

Friday, December 2, 2011

Welcome December!

Assalamualaikum...
hollaa peeps..
Wooott...lamanya tak update kt blog nih...Im quite busy lately and now still busy but try to update this blog...miss my blog so much..ehehe..

Welcome December!
oh yeayyy..Agak ketinggalan la pulak kan..Tapi hari ni baru je 2nd Dec kan..Kira masih belum terlambat nk wish la kan..=)

November punya cerita pon tak dan nak update lagi..Nanti2 la bila ada masa I update la..lepas ni memang tersangat la banyak masa yg terluang kan..

Ni Jumaat yg terakhir aku akan berada di Kulim nih.Next week, tinggal lagi 2 hari je. Isnin and Selasa is the last day of my practicum..Yuhuuu..im free..Tak sabar nak balik kampung..yang tak bestnya..aku macam tak sempat je nak siapkan enhancement project nih..alahai..mmg rasa tak syiok la kan..

eh eh..nanti la story lain..banyak sgt rasanya nk dicoretkan kt sini.hehe..

ok..adios

* notakaki change to notahati ok kan..woooottt

notahati : dalam hati ada theme park..ngeeeee~~