Followers

Saturday, September 17, 2011

Khasiat Peria

Assalamualaikum

Khasiat peria? errr...peria?? Sedap ke..? bukan ke peria tu pahit..? rupanya pulak menggerutu..Ada ke org nak makan..? Aku..? tak berapa nak makan la..kalau ada option sayur lain, amik yg lain. Kalau tak, tak amik la..hehe

Tapi apa kata kita tengok khasiat peria pulak.mana tau lepas tau khasiat dia, kita pulun makan..hehee

peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.
Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi  konstituen-phyto  unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.

Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.

Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.



Tip mengenai peria: Pilih peria yang belum masak dan masih keras
• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.
• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.
• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.
• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.
• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.


p/s : wah..mmg banyak khasiat peria ni.Ok, lepas ni kena tambah peria dalam menu.hehe..oh ye, kak ipar i penah buat peria goreng..not bad. kurang rasa pahit tu..=)

nota kaki : g pasar beli peria la esok..hehe

source : sajionline
image : google

2 comments: