Followers

Sunday, January 19, 2014

Product Shaklee

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan dibawah rahmat Allah..

Cuti sempena Thaipusam yg jatuh pada hari Jumaat dan plus weekend (2 hari) menjadikan cuti 3 hari dan cuti kali ni terasa agak lama. So happy la kan...Dan yg buat terasa lama tu sebab, dalam 3 hari cuti ni aku langsung tak ke mana-mana. Duduk di rumah sahaja. Makan, tidur, blogging. Ok, ada juga aktiviti lain. Pengisian rohani diri. Tu lain topik la. 

Berbalik kepada tajuk entry aku adalah Product Shaklee. Ok, sesiapa yg nk tekan butang pangkah. Silakan. Ada mak kesah...kehkehkeh [gurau jer]. Actually aku bukan la pengedar, penjual, agent or pemakan product Shaklee nih. Tapi...mungkin suatu hari ni.. Siapa tahu kan...hihih..Sepanjang cuti ni jgk la aku pulun buat research pasal Shaklee. Punya la ramai org kt Malaysia ni yg makan product ni. Sambil baca testimoni. Buat aku teruja pulak. haha.

Sebelum ni ada lah jugak blogger singgah blog aku ni, nak ajak berShaklee. Tahun lepas punya cerita. Tapi aku ignore jer. Lepas tu, baru2 ni best friend aku pulak dok mengajak makan Shaklee nih. Haishh...Boring betul la...Faham tak, kalau hati dan minda belum terbuka utk sesuatu tu...kita akan rasa macam meluat...haa..gitu...tapi lain pulak cerita sekarang. Tiba2 aku terasa nk berSHAKLEE sebab nak tambah supplemen  badan yg selalu keletihan dan stress nih.Plus utk cantik jgk la..Aku kan perempuan. Perempuan mana taknak cantik kan. Tapi aku masih belum habis fikir lagi. Sama ada nak jadi ahli or makan je. Sebab tujuan utama aku utk sendiri makan jer. Utk bisnes tu, mungkin la kan..mungkin la ada...mungkin...hihihi. Pasal kebaikan-kebaikan produk ni nanti la kita review. Mak pun belum abis research lagi. Tambahan pula, mak belum makan lagi noks..Hanya VCO sahaja yg setia. =)




antara product Shaklee. Banyak lagi produknya. Boleh la ke website http://www.shaklee.com.my/eng/main.asp
p/s: ihsan gambar dr Google

Sekian sahaja utk cerita malam ini. Mungkin mimpi Shaklee malam nih..haha..k Adios. Selamat Malam. Assalamualaikum


notakaki: masih berfikir utk makan shaklee nih. Tunggu bonus jgk sebenarnya.


Saturday, January 18, 2014

Mencari mood dan idea blogging

Assalamualaikum..

Sungguh aku masih mencari mood dan idea utk blogging. Masih tercari-cari mood yg suatu ketika dahulu rajin utk mengupdate blog. Bila dah lama stop blogging ni rasa macam new bie pulak. Kena bertatih balik walau pun dah ada basenya...

Boleh dikatakan setiap hari jugak la aku buka blog tersayang nih, tp itu la...utk update tu rasa liat pulak. Bila ada mood tak ada idea pulak. Bila ada idea tak ada mood pulak. So, terabai la blog ni. 

Sebelum nk update entry ni macam biasa la. Aku akan blogwalking dulu. Baca blog bloggers lain sambil mencari-cari idea dan mood. Dan terjumpa la satu entry ni. Yg mengingatkan aku kepada arwah tunang. Dugaan rakan beliau lebih hebat dari aku. Ya Allah..sedih, tp aku kuatkan semangat utk teruskan pembacaan. Dugaan Dan Ujian : Sehari Lagi Perkahwinan Bakal Pengantin Meninggal Dunia ..
Boleh klik link tu kalau nak tau lebih details.

Aku juga pernah kehilangan tunang tersayang, baru 4 bulan bertunang dan sudah mula membuat persiapan perkahwinan. Dalam keseronokan membuat persiapan dia pergi menghadap Illahi. Siapa aku utk menolak takdir Allah..? Susah utk menerima kenyataan dan amat payah utk hadapi. Aku faham perasaan rakan beliau. Apatah lagi hanya tinggal sehari lagi utk diijabkabul. Pasti, pasti, dan pasti sukar utk beliau terima kenyataan. Kenduri kahwin yg dirancang menjadi kenduri tahlil. Allah...moga beliau tabah dalam menghadapi situasi yg sukar ini. Moga beliau kuat. Pasti ada hikmah disebalik kejadian. Kepada kita yg masih hidup, hidup ini perlu diteruskan jua. Mencari bekalan secukupnya utk ke sana. Kematian itu sgt hampir dgn kita. Tak usah takut dgn kematian kerna walau macam mana pun kita lari dan pergi, kematian tetap akan menjemput kita dgn cara yg sudah ditakdirkan. Semoga dgn perbanyakkan ingat mati, kita lebih berhati-hati dalam setiap perkara yg kita lakukan kerna setiap perkara itu akan dihitung diakhirat kelak, walau ia sebesar zarah. Ingat, kematian bukan la pengakhiran sebuah kehidupan, tetapi ia adalah sebuah permulaan kehidupan yg kekal abadi. 


gambar hiasan dr google

Marilah kita sama- sama sedekah kan Al-Fatihah kepada mereka yg sudah pergi. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan org2 yg soleh. amin

notakaki: rindu pada arwah tak pernah padam. Semoga tenang disana syg....