Followers

Wednesday, April 20, 2011

Kesan Zikir Terhadap Otak

Assalamualaikum semua...

qaseh share dari iluvislam ni..mari kita lihat kehebatan kesan zikir pd otak...

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

sumber : iluvislam

Tuesday, April 19, 2011

:: Sampai Bila...::


Menunggumu..
sampai bila harus ku menunggu
kedatanganmu itu
sampai bila harus ku menunggu
khabar darimu yg entah dimana
sampai bila harus ku menunggu
beritamu yg ku jua tak pasti
sampai bila harus ku menunggu

aku seperti pungguk rindukan bulan
yg menunggumu siang dan malam
yg x penah rasa jemu
yg sabar menanti
penuh harapan

sampai bila harus ku menunggu
sehingga semua ini jelas dimataku
hanya sabar yg menjadi doronganku kini
semoga kesabaran itu dapat membuahkan hasil
yg sungguh bermakna

ku tetap sabar menunggumu
semoga semuanya selamat
hanya doaku yg mampu kuiringi
ku tetap menunggumu...
dan terus menunggumu..




Cukai tanah tahunan UUM 10X Ganda

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

qaseh dok belek2 paper kt internet ni, terjumpa pulak pasal cukai tanah UUM yg mahal sungguh..tak sangka la semahal ni..patut la yuran agak mahal...jom baca kt bawah ni :

PUTRAJAYA – Sukar dipercayai apabila kerajaan negeri Kedah sanggup mengenakan kadar cukai tanah tahunan 10 kali ganda lebih tinggi atau sebanyak RM1.8 juta setahun ke atas Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah sejak tiga tahun lalu.

Nasib malang universiti itu didedahkan sendiri oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang terpaksa merayu kerajaan negeri supaya mengurangkan kadar cukai tersebut.

Menurutnya, kadar cukai tanah yang terlalu tinggi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan penyelidikan dan penerbitan universiti.

Sebelum ini UUM membayar RM150,000 cukai tanah setahun.

Lebih menyedihkan lagi, ujar beliau, UUM juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyewa lori mengangkut air bagi kegunaan pelajar universiti tersebut yang menghadapi masalah untuk mendapatkan air bersih sejak tahun lalu.

Menurutnya, sejak setahun lalu sebahagian pelajar UUM terpaksa mengambil air menggunakan baldi daripada lori yang disewa khas tersebut dan ia menyukarkan usaha universiti berkenaan menarik pelajar dari luar negara.

“Masalah ini amat membebankan kewangan dan kami telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya cukai tanah itu dikurangkan tetapi tiada jawapan hingga kini.

“Bagaimanapun kami tetap tidak ketinggalan menjelaskan bayaran yang dikenakan itu sejak tiga tahun lalu” katanya pada majlis pelancaran Program Khas Pasca Siswazah Untuk Ahli Parlimen di UUM oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini semalam.

sumber : kosmo

Monday, April 18, 2011

Harapan


Harapan...
mengapa masih menaruh harapan
pada sesuatu yg tidak pasti
yang pasti akan melukakan diri

Harapan
pastikah harapan itu akan
menjadi kenyataan
akan menggembirakan hati
atau akan mengecewakan hati

Harapan
masihkah punya secebis harapan untukku
yang terlalu mendambakannya
yang terlalu menginginkannya
menjadi realiti

Harapan itu
semoga ia menjadi kenyataan
semoga ia terus mekar
semoga ia terus subur
semoga ia terus kekal
menjadi realiti dan bukan fantasi


Confuse....


CONFUSE
something that u unsure
that make u feel uneasy
that make u feel like everything is wrong

be CONFUSE is like crazy
don't know what to do
don't know what to say
don't know what to feel

CONFUSE always become 50-50
why we have to feel this feeling?
feeling of confusing
that make we stuck
in everything what we do...

CONFUSE..
please...go away from me..
i don't want this feeling
coz it really hard to feel..
please please please

Sunday, April 17, 2011

Cantiknya seorang wanita


Cantik...? Apa itu cantik...? cantik sgt subjektif pada setiap org. Ada yg kata kurus itu cantik, gemuk itu cantik, montel itu cantik tinggi itu cantik, rendah itu cantik..ooo..terlalu subjektif kt mata kita sbg manusia..terpulang la pada kita nk nilai cantik itu macam mana.. tp cantik itu hanya sementara sbb kecantikan kita akan pudar sedikit demi sedikit dimamah usia. hanya sifat keperempuanan yg dipupuk dengan iman dan ibadah shj yg tidak akan dimamah usia.

Ingin lebih cantik dan menarik?

>> Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

>>Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

>> Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

>> Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

>> Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

>> Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

>> Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

>> Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

sumber : iluvislam

Saturday, April 16, 2011

Final Presentation for SEII Project

1100pm 16 april 2011
Assalamualaikum n salam sejahtera...=)

fuh..ce tgk tajuk entry kali ni..seriau kot...esok sy n kawan2 class Project SEII ada final presentation. say it again..Final Presentation, ok...really nervous la..esok para penilai adalah Dr.Azman(Lect project SEI) masa sem lepas n puan Noridah (Lect Data struct) masa sem 3 kot..yg ni agak seram la.ntah apa la dia nk tanya esok. hope semuanya berjalan dgn lancar. our project is about vehicle student system. i just want to wish gudluck to all my friends escpecially my group member Shamsan, Nana, Nurul n Wisnu..and also to others group in SEII Project class.. Wish u all the best. hopefully everything run smoothly..=)
chaiyok chaiyok!!!

ini entry jiwa sedang kacau.

Assalamualaikum...selamat malam semua..
rasa lama dh x update entry baru. sekarang ni bz sgt.bz ngn projek akhir la, pasal praktikum la..ntah ape2 lg la..penat jugak jd student last sem ni kn..tp xpela, berkorban sikit je lagi kn.

sebenarye bukan nk cite pasal bz tp nk cite pasal jiwa kacau. korang2 pnh rasa rindu x?ehee..mst la pnh kn..leh pulak tanya..penah pendam x perasaan tu..? haa..amacam..?syok x pendam perasaan..? sape yg penah rase je yg tau cmne perasaan tu.rasa cm nk meletop je kan...pendam perasaan kt org yg kite xtau die suke kite ke tak..ni lg kes bahaya kn.takot2 syok sendiri pulak.tp xpe...perasaan rindu cinta kasih n sayang tu biasa la.normal la kn. cuma kena pandai kawal la kn.kalau over sgt , org leh tau.pas tu buatnye tepuk sebelah tangan, malu beb..mana nk letak muka nih..wt biasa2 dh le kn..walaupon terpaksa.. relax je walaupon dalam hati ni, Tuhan je yg tau..kalau rasa rindu ape yg perlu kita buat ek..? bagiku, buat lah ape yg patut asal rindu tu terubat. yang penting kawal diri tu sebelum merebak jadi virus..bila dh jadi virus susah nk scan n buang. beringat lah sebelum kena yekk...=)

Friday, April 15, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

join segmen Ben Ashaari lagi..nk ikut join? klik SINI

Thursday, April 14, 2011

Saya suka . . .



saya suka tengok jari awek saya...cantik betul..sungguh! sampai takut nk pegang...
bukan takut patah...tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
di satu hari yg giler forever depan yg Maha Esa..

saya suka tengok rambut awek saya...cantik betol... sungguh! sebab tu saya belikan tudung...
bukan sebab jeles orang lain tgk jugak.... tapi takut nanti terbakar dek api neraka di suatu hari yang giler forever

saya suka tgk body awek saya...cantik betol... sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong
supaya mase die jumpa dengan Kekasih die
Yang Utama dia lagi cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala.
pheh syoknye...

saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan
rindu kat saya... saya pun macam tu jugak, ada problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?
saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
semoga lebih cintakanNya dari saya...

saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya.. "makan, minum, drive elok2 tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2 burn asar maghrib gitu aje die tak kata satu aper pun.. berdosanye saya....

kesimpulannya saya memang sayang dia.. nak
jumper die giler forever.. yang forever punye forever.. di dunia dan akhirat terutamanya,
janji nak share heaven sama2.. bahagia selamanya...

semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti... nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas
ni... semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... semoga kami dapat
bersama selamanya nanti...

P/s - andai anda seorg wanita muslimah..mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...then kalu anda seorg muslim....apa kata tanamkan dalam hati camtu........cinta tu anugerah Allah,..pandai2 la kita menjaga nikmat Allah itu ye......semoga sy pun ambik iktibar gak...
sumber : facebook

Tuesday, April 12, 2011

8 Tips Mudah Membersihkan Hati

Mari kita lihat cara mudah untuk bersihkan hati. Qaseh share dari Iluvislam

  1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
  2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
  3. Berakhlak baik
  4. Menimba ilmu tanpa henti
  5. Bekerja keras cara bijak
  6. Bersederhana dalam hidup
  7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
  8. Memaafkan orang lain
sama-sama lah kita muhasabah diri kita ini yang sentiasa alpa dgn dunia yg fana ini.semoga kita sentiasa dirahmati Allah.

Monday, April 11, 2011

Berdepan maut kerana tersalah ubat


KUALA LUMPUR - Dua gadis mendakwa mereka kini berdepan maut apabila seorang pakar kecantikan menyuntik tubuh mereka dengan ubat yang salah bagi rawatan selulit pada paha dan punggung mereka kira-kira lima bulan lalu.

Akibatnya, kedua-dua sahabat karib itu kini dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh.

Lebih menakutkan, walaupun dicuci di klinik setiap hari, luka tersebut bukan sahaja terus membesar malah mereka mengalami masalah kegatalan melampau.

Mereka juga sudah menghabiskan wang kira-kira RM50,000 untuk menjalani rawatan tersebut.

Kedua-dua gadis itu yang masing-masing mahu dikenali sebagai Cheng, 26, dan Wong, 30, mendakwa, segala-galanya bermula setelah mereka mendapatkan nasihat seorang pakar kecantikan di Subang Jaya, Selangor.

sumber : kosmo

jom join bloglist frommetoyou

Di Subuh yg dingin ini daku berjalan2 di alam maya dan terjumpa segmen ni.So, timbul perasaan nk join. Boleh la menambah kenalan blogger kn..ok, la...
daku nk tag sape ye...emm...
selanjutnya, klik SINI


sekian.

Sunday, April 10, 2011

YaNa Yassin 1st Giveaway

salam semua...masuk GA lg la...Qaseh telah di tag oleh CK.
jom join segmen GA pulak..hadiah menarik ye..(hope dapat la salah satu hadiah ni.hehe..)
nk join? Klik sini ya
tarikh tutup 30 April 2011

Tag :

Hadiah
  1. Color Contact Lens
  2. 10pcs Foot Detox
  3. Topup RM10
  4. Topup RM 5

Oh Helmet..

Assalamualaikum semua..
hi.hari ni mau bercerita tentang percutian singkat n unplanned sume nih..alkisahnya begini..

sesampainya adikku di bilik ku, dia memberitahu aku yg dia terlupa utk bawak helmet..oh no..how come..macam mana nk merempit kalau helmet xde..?fikir punya fikir, aku ajak la die jalan2 dekat2 sini naik bas.tp dia..huh?eksen kamen.xnk naik bas kot.nak naik moto jgk..ok.fine.kita pergi beli helmet k, katanya.beli helmet??berapa juta pulak nk kena keluar duet ni?aku menjerit terkejut(sdg bajet kn..).ala.xpe, kite share la kate die.aku pon, em..ok la..tp sebelum nk p beli helmet baru kena gk de helmet tuk g kedai.aduss...payah tol la..mana nk cari helmet??bukan kenai sape2 pon yg ade moto sini.

tiba2 terlintas kt fikiran aku kt sorg budak ni..

aku: salam..ada helmet x?
budak:ada..
aku:boleh pinjam x?
budak:boleh2
aku:ok, nanti kakak pergi amik.

perbualan ringaks sampai situ je..aku pon suruh adik aku makan nasi lemak yg aku beli.pas tu baru gerak g bilik budak tuh.mmg takot gk.buatnye UK(unit keselamatan) tahan aku, naye je kena denda.oh, tawakal la kau dikala ini.

ok, selamat dh sampai.pergi la aku ke bilik budak tuh.nah, helmet ni kak..
aku n adik aku(muka terkejut) ni.errrkkk....helmet lain ade x..? kawan2 lain ade helmet x?tiba2 aku bertanya.demand lak aku nih..tak ade la kak.itu jer..errr...xpe.xpe la.kakak pinjam dulu ya...

kami saling berpandangan..sampai kt moto kami gelak terbahak2..oh nooo..how come i wear this helmet..?! just imagine..no wiser and looks like apek cina! kamu la pakai ni.aku sua kt adik aku.huh! of course la die xnak..waaa...cm ne ni...errrr...finally, aku yg kena pakai..huh..pakai spec hitam same.seb bek adik aku bawak.leh cover muka nih..ayooo....tahan gelak la sepanjang perjalanan ke poli utk amik helmet lain(agak jauh ok).ok la..to be continue for the next journey..=)
ops...moral of the story kt sini, sila list kn apa yg perlu dibawa utk merempit then tanya sehabis2nya tentang apa yg kita nak tu..supaya leh cari plan lain utk back up in case perkara cm ni terjadi..huhuhu

haha..it's me la..really funny rite.errrr....




Saturday, April 9, 2011

REMPIT

Salam 1 Malaysia dan selamat pagi

waa..today i wake up early.hehe..dh terbiasa ko bangun awal..em..tapi rasenye sbb x senang hati.teringat someone..hope 'dia' selamat sampai lah.hehe..erkk..jiwang lak..sori

Actually, pagi ni qaseh mahu keluar MEREMPIT ngn my sis.haha..u alls jgn la terkejut tau.kite pon leh rempit jugak..ahaha..xdela, nk kuar je nek moto.sbb tu qaseh namakn die rempit..hehehe

boring la dok sorang kt bilik, so i ajak la my sis yg dekat poli tu kuar.plan? xtau lagi nk g mana..eh..ok la..lambat dah.x siap apa lagi ni...nk g dah ni.nnt update cite baru..ok (kunun ade yg bace..hehe).ok, daa~~

Friday, April 8, 2011

Saya nk KAWEN!

Assalamualaikum dan selamat malam semua..
yeayy..sy nk KAWEN dah...bestnye...ahakzz....
opss..terlebih suda...mana de la..sj je bikin gempaq(gempaq ke?). hehe..

no no no..ni ha..ngaji x abis g mana buleh kawen.(pendapat qaseh sendiri k). bukan pe, sbbnye:

1) Calon2 yg sesuai xde g - gila expose
2) Belajar x abis g, so mane nk cekau duet wt kenduri kn..saving pon xde ha.cukup utk makan beberapa bulan ni je haa..
3) Sabaq la sat..sket je lg nk abis ngaji tuh..
4) Tak berbakti kt family g nih.
5) Nak rase pegang duet sendiri-shopping2,jalan2 cari makan.sume nk gune duet sendiri.

kursus pra perkahwinan

apa la melalut jauh2 ni..sebenarnye nk cite qaseh ngn kawan2 g kursus pra perkahwinan kt dalam Uni ni.mmg best gila la..seronok la..rase cm nk kawen(oh my mr right, where r u..?hehe).
sometimes, xnk kawen pulak.takot la.macam2 la depa dok ceramah ri tu.tp mmg sgt seronok dan dapat macam2 ilmu masa kt kursus tu.byk benda yg kita xtau, dh tau skrg.antara sebab kami g kursus kawen awal :

1) kursus kawen kt dalam uni ni murah..rm65 je.klau luar mau rm80 above
2) standby la kn.kalau dah gatai nk kawen, leh terus kawen.sijil dh ade.-poyos jerk..
3) ps tu rumors kate ps ni kursus kawen jd makin panjang timing die.skrg ni 2 hari je.ps ni xtau ler.adakah 3 hari 4 hari or seminggu? xtau la sy..
4) kalau dh makin lama kursusnye tentu lah yuran lagi mahal kn..so, better amik skng.

ooo..banyaknye omelanku..ok la..sekian lah dr qaseh.diharap malam ni dpt mimpi mr right.lalalallaa..

cm bese la kn..tiap kali apa2 ade je photogedix dr kami..see this ya :


~~my frenz wedding~~

~~day 1 & 2~~

~~day 2~~
- bajet ayu la disebalik dendaun tu- ngee~









Kenapa jadi macam tu?


Salam semua...
alaa...baru nk edit blog ni...tp ada problem pulak..nk add pages tapi np keluar warna hitam macam tu...? tgk kat tab atas tu...x comey la jadinya..ada sapa2 leh bantu...?
bila cursor pegi kt home or blog dia jadi hitam.kt mana lagi setting die..?
dah try edit2 tp x jadi pon ..=(

Giveaway Oleh - Oleh Dari Bandung! Siapa nak?!

salam 1 Malaysia..
yeaa.. nk Give Away dari Bandung...Harap2 dapat la (penuh harapan ^_^ toink toink toink)
sesiapa yg nk join boleh klik SINI

ok, sy nak tag 2 org kawan

oh ya, tarikh tutup 14 April 2011
cepat-cepat join!

Thursday, April 7, 2011

1 Malaysia Ponggal Festival 2011


assalamualaikum dan selamat malam semua..

berkaitan tajuk diatas, UUM akan mengadakan "1 Malaysia Ponggal Festival 2011" pada esok hari.pada mulanya, semua pelajar dijemput utk meraikannya sbb ia akan masuk the boof of records.tp atas kesedaran individu tertentu ttg ponggal ni, ada yg mula merujuk kepada yg pakar sama ada Pesta Ponggal ini Boleh atau Tidak diraikan oleh muslim...
ok, meh baca ni..

Maksud Pesta Ponggal
satu perayaan keagamaan masyarakat Hindu.Perkataan "Ponggal" adalah bermaksud "masa menuai" dan ia menandakan masa utk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

Serba sedikit berkaitan pesta ponggal

Pada hari pertama, ia dikenali sebagai hari 'Bhogi' iaitu hari utk menyembah dewa hujan. pada hari ini penganut Hindu akan mengamalkan mandi minyak bijan sebagai permohonan utk kehidupan baru yg lebih baik

hari kedua semasa ponggal ialah hari 'Surya'.ia adalah khas utk dewa matahari.upacara yg dilakukan pada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu utk dipersembahkan kepada dewa matahari.

pada hari ketiga adalah hari yg dikhaskan utk haiwan lembu. ia dipanggil hari 'Mattu'. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang yg suci yg banyak berjasa kpd manusia.

Hari terakhir Ponggal pula adalah hari di mana kawan2 berjauhan datang utk melawat. ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yg lama terpisah

Bolehkah kita (muslim) raikan "pesta ponggal"

firman Allah Taala yg bermaksud:
Dan mereka(yg diredhai Allah Taala itu ialah org2) yg tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertembung dgn (org-org) yg mengerjakan perbuatan2 yg sia2 maka mereka melaluinya dgn cara menjaga kehormatan dirinya (surah al Furqan:ayat72)

Kesimpulannya, berdasarkan dalil2 diatas maka "terang lagi bersuluh" bahawa meraikan perayaan keagamaan lain adalah HARAM kerana "Niat tidak akan menghalalkan cara".
so, xyah la kita nk p join benda2 macam ni.byk lagi aktiviti lain yg leh join..=)



Wednesday, April 6, 2011

Perut Oh Perut

Wed 06042011 1.25pm

aduh..pagi2 buta aku dh mengejutkan roomateku yg sedang enak diulit mimpi.Jam menunjukkan pukul 514 am.aku juga sedang enak dibuai mimpi..tiba2..perutku memulas...aduhhh...sakitnya.."fiza, fiza..jom teman p toilet.sakit perut ni" aku megejutkan fiza.oh, nasib baik senang dia bangun..kalau x bangun, aku x kira dah..aku berlari ke toilet.perutku hanya meragam.adui...selepas beberapa saat masuk ke bilik, aku terus berlari2 ke toilet.kali ni sakit yg amat sangat..fiza menjerit2 namaku.aku x peduli langsung.lantak la nk jadi apa janji dapat melepaskan hajat.berulang kali aku ke toilet subuh tu..ada la dalam 4 kali.smpi kan pukul 6am.malas dh aku nk tdo.cam biasa la..aku on laptop kesayanganku.buka mukabuku ngn belog ni..sekejap je.pas tu terus ngntok n tdo balik..keletihan la katakan.

apa yg aku makan ni..?sampai sakit perut gini..fikir punya fikir..haa..x syak lagi.ni mst makanan tengah hari semalam.lepas program praktikum tu ada dapat makanan.time tu aku dah lapar gila.masa mula2 dapat makanan tu, mmg dah ada bau sket.tp aku x syaki apa2.aku fikir mungkin sbb nasi tu bungkus awal sgt.ok la kan..aku dgn kelaparan yg tahap dewa ni terus la makan nasi tu.tp aku tnya lagi roomate aku.."eh, nasi ni macam ada bau sket kan?"dia jawab, eh, xde la.ok je..ok fine..aku pon makan.

waktu kejadian jugak, aku mmg dh "sakit perut". malam tu mmg xde mood nk buat apa pon.badan x sihat.tambah pulak dgn sekarang, ooo..berganda2 sakitku.sampai muntah2..so, disebabkan ada 2 kelas pagi ni, aku x bercadang nk pegi pon.buatnya sakit perot tgh2 kelas tu, larat la aku nk berkejar2 ke toilet.so, aku rest je dalam bilik.tiba2 kawanku msg, dia ckp "Kelas prolog xdak la.."..oh, nasib baik..then, x lama lepas tu, via fb depa ckp"Kelas Projek xdak la"...oooh...what so coincidence...? lucky, i didnt come to class but pity to my friends coz they went to the class..1 pembaziran baju..klau aku pegi kls td confirm, sakit perot aku bertambah menjadi2..so, lepas makan tengah hari, aku pon tdo la.sunyi, no body in my room.rehat rehat rehat..so, moral of the story, kalau nk makan apa2 sila lah berhati2.kalau dh mengesyaki sesuatu pd makanan itu, tinggalkn ia..hehe..sekian...

Seksi: Miera Liyana popular di Google


Assalamualaikum...
haa..si miera ni dh mintak maaf secara umum...tol ke..?ye la kot.x update lg cite pasal die nih..

ranking pertama kt google pasal Tsunami
tapi yg bestnye kes miera liyana ni mendapat tempat no 2..ha..jgn memaen...gleme tuh..
sebab ape eh..?sebab ape lg..kan die pakai seksi masa majlis makan malam Anugerah Bintang Popular Raflesia tempoh hari..ai...muda2 lagi dah pandai seksi2 begitu..berani betol die...kununnye nk mencari kelainan la kan..sebab tu pakai seksi gitu.hepp..cari kelainan cara lain x buleh ke..?xkan dah x kenal dosa pahala kn..em...dunia oh dunia...
agak-agak la kalau nk pakai baju..sampai nk terkeluar tuttt...ishh..

Tuesday, April 5, 2011

CONTEST Hadiah Misteri Paklong

salam 1 Malaysia..diumumkan.. cik qaseh nk masuk contest lagi..
sebenarnya lama dh nk masuk contest Pak Long ni.tp kena berpantun pulak dh..jenuh cari idea..x datang2 juga..maklum la..bukan org sastera..haissh...xpa2..kita cuba na...

syarat2nya..kena letak banner Pak Long cmni...


ps tu jawab soalan ni
- Apakah slogan bandar Taiping

"Taiping Bandar Warisan"

- Dan lengkapkan pantun berikut :

Anak itik didalam timba,
Anak ayam diatas meja,
jauhi hidup dari riba,
supaya hidup aman bahagia.

today is last day
7/4/2011


Karnival IT dibanjiri telefon tiruan

Assalamualaikum dan selamat petang utk semua..

waaa...apa kes ni..? ciplak2 pulak..bahaya betol la..so, kepada sesiapa yg berniat or terniat nk beli handphone baru, baik anda semua berhati2 supaya x tertipu dengan telepon2 tiruan ni..bukan saja kita rugi dgn membayar ratusan or ribuan ringgit tapi telepon tiruan ni amat bahaya.Ini disebabkan ia mudah meletup dan mungkin tidak mempunyai ciri2 keselamatan.antara sebab lainnya ialah ia mungkin mendedahkan pengguna kepada penembusan radiasi yg melebihi pada kadar yg sepatutnya. Kalau nk tau, handphone ni mengeluarkan frekuensi radio (RF) yg menggantikan fungsi kabel semasa ia membawa suara dan mesej ke stesen pangkalan telefon berhampiran. Namun,tahap radiasinya sgt lemah jika dibandingkan dengan radiasi yg dikeluarkan semasa proses sinaran-x.

so, sesape yg nk beli telepon baru tu, fikir2 lah byk kali ek..kalau boleh mmg kita yg nk murah tp kalau kita rasa harga dia murah sesangat dr harga pasaran tu, mst ada something wrong somewhere.nk beli tu biar lah, alah membeli memenang memakai..

opss..beritanya kt bawah nih :-

PORT DICKSON - Orang ramai diminta berhati-hati apabila membeli telefon bimbit di tapak-tapak karnival menjual peralatan komputer dan elektronik di seluruh negara berikutan ada peniaga dikesan menjual telefon bimbit tiruan.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Port Dickson Yusuf Bakar berkata, perbuatan itu dikesan selepas pasukannya merampas 143 unit telefon bimbit tiruan bernilai RM80,000 dalam satu operasi di Dataran Rembau minggu lepas.

Rampasan yang dibuat itu melibatkan 10 tapak gerai di karnival itu, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

"Mereka akan menayangkan telefon bimbit yang asli di ruang pameran gerai mereka tetapi selepas pembeli bersetuju dengan harga tawaran, mereka akan membuat keadaan seperti kelam kabut sebelum menukarkan telefon asli itu dengan telefon tiruan yang disimpan di bawah kaunter,” katanya.

Modus operandi para peniaga di tapak karnival ini turut dikesan di Senawang sebelum ini dan beliau percaya peniaga terbabit mempunyai rangkaian di seluruh negara. - Bernama

sumber : kosmo & berita harian

Fenin fenin fenin

Assalamualaikum dan selamat pagi semua
(salam wajib jawabkan..nk baca entry ke x, itu ikut suka anda lah, ok)


pin pin pin...hahaha..cm xde keje la si qaseh ni..leh pulak dok update belog kesayangan die ni..actually tengah fenin ni..plus stress plus lagi ngn jiwa kacau..kenapa? kenapa? amboi..busy bodynya..haha..

yg tgh fenin ni sbb..asimen terlalu banyak.sampai xtau la nk buat yg mana satu kn.pas tu sedang mencari bahan asimen kt intenet ni, line pulak macam hampeh..payah la gini..mana mau cari sumber.totally depend on internet rite now.tp yg herannya bila blogwalking buleh pulak..saja ja suh kita ni berjalan2 dulu kn.kn.kn.hehe..

pas tu tadi kn..pensyarah dok tanya progress projek dh takat mana..wooo...wooo..ada projek ka kami?sampai x tau nih..padahal dh bg grup kot.cuma kami igt projek tu cancel...cess..buleh lak pk cm ni kn..apa punya student daa..huhu..haa..kan masak, nk kena present progress by nextweek!!! mmg, mmg pengsan seminggu,,haisshh..tekanan tekanan..

stress pulak..same je ngn fenin tadi.cuma kali ni bila dh dapat bahan yg ciput tu, xtau pulak nk olah camne(alasan sume tu).padahal dh malas.otak sudah penuh.so, jam.so xdpt nk pk..hehe.

jiwa kacau pulak...aisehh...ni susah sket la nk gtau...tut tut tuttt...^_^
kacau sungguh jiwa ni...kenapa ye..?ada lah..mana buleh kasi tau...malu gitu...cuma harap dapat sambung mimpi hari tu..mimpi jumpa MR RIGHT..~~peace~~

em..ok la..pot pet pot pet kt sini kn..nk tdo lah..esok nk kena bangun awal..ada program utk pelajar praktikum.=)
sekian, wassalam.

Sunday, April 3, 2011

JOM JOIN BLOGLIST PENULIS SENJA


oh..alasanku nk join bloglist nih...?
sy masih baru, so sy nk join la sume2 ni...tp yg pasti blog PS ni mmg sastera la...kira hebat la PS ni..ade je idea nk bersastera...puitis pulak tu..syahdu je..(tp x abis baca entry lagi...hehe.)
angin sastera sy hanya datang di waktu tertentu sj..x macam PS ni..idea memanjang ada eh..best laa...=)

time mengeTAG org


ops..lupa lak..nk kena pilih kategori blog pulak

  1. blog saye cantek
  2. blog saye style
  3. blog saye hot hot
  4. blog sastera
dengan ini sy memilih blog saye cantek (cantek ker..?huhu.). saye suke hias blog sy bagi cantek..yeahhh...perasan abis kot..huhuhuhu..

ok, Thanx Penulis Senja buat contest ni,contest satu lagi tu perlukan mood utk bersastera..lambat sket..hehe..




GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


segmen ringkas dan mudah! let's join..click the link above!

Ulangtahun 31032011

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...
Alhamdulillah, genap sudah umurku 25 tahun, tahun ni..diharap semoga peningkatan umur ini,

aku lebih tabah mengharungi segala dugaan hidup yg penuh pancaroba ini..
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
dipertemukan jodoh yg baik
moga berjaya dunia dan akhirat
dipermudahkan urusan olehNya serta sentiasa dirahmati Allah
amin.

hampir kelu lidah ni bila tiba2 kawan2 celebrate besday ni..mmg x duga langsung(tu la..selalu buat kt org kn..ni hambik ko..huhu).
blur2 time tuh..
to my coursemate(said it again ya) nana, nurul, k.trah and reen terima kasih banyak coz susah2 je plan sume ni..
to my roomate(also mention it again) fiza, shasha, sana n nadia...tenkiu dear..malu jek time tuh...^_^
sayang korang semua..muaah...!

let's see my besday pic..

i got 2 cakes..from my course mate n roommate

preparation time

~~ buddies~~

thank a lot to all of u..i hope this friendship never ends..

Saturday, April 2, 2011

Alahai..minyak naik lagi...

KUALA LUMPUR - Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya di sini semalam.

sumber : kosmo

My Mr Right

saturday 2april2011 140am
salam u alls..
hai..tajuk entryku kali ini adalah MR RIGHT..hehehehe..
mode : bermonolog


pada suatu malam, aku sedang bersiap2 utk keluar date dgn Mr Right aku.sungguh excited time tuh..tengah pk2 nk pakai baju apa, tudung apa..biasala...first time kan...cuaca pada hari itu hujan sangat lebat. kami dah berjanji akan jumpa di Mall pada pukul 8 malam..sekarang jam dah dekat pukul 8 malam.tp aku risau masih x siap lagi...aku x nak terlambat jumpa si dia..dengan keadaan hujan yg lebat tu, aku pon keluar jugak.aku pergi seorang dgn menaiki bas..waa...dada ku dup dap dup dap..berdebar ni..macam mana la agaknya first impression dia terhadap aku..? first impression aku terhadap dia..huh..takutnya...ops..dah pukul 8 malam laa...aku dah lambat. sampainya di Mall, dari jauh aku nmpk dia dari belakang yg memakai baju berwarna kuning..makin dekat aku melangkah makin berdebar..sekali teeet teett...handphone aku berbunyi.ada mesej masuk nih.."Assalamualaikum..gudmorning..bangun2....."
aku tersentap dan dengan mamainya aku membalas "Wkslm..Ya Allah. dh pukul 7 pg..nnt nk solat Subuh dulu".jeng jeng jeng..rupanya aku telah bermimpi...waduhh..enggak sempat mau ketemu Mr Right.Mukanya enggak jelas...semua ni gara2 mesej dipagi hari tu..tp disebabkan mesej tu jugak aku dapat bagun solat Subuh.terima kasih jugak la pada si penghantar mesej..it's ok la, xdapat nk tengok sapa dia My Mr Right. mungkin kalau ada jodoh berjumpa lagi dalam mimpi..heehehe..moral of the story , jangan asik nk berangan je okeh...sekian,abis sudah...=)