Followers

Tuesday, September 6, 2011

Liyana Jasmay Keluarkan Jenama Pakaian Sendiri

Assalamualaikum...
Sedang aku berjalan2 di alam maya ni terjumpa pulak berita tentang ni dekat SINI. Wee...aku memang suka tengok Liyana Jasmay nih..Comel jerk..Dia berlakon pon ok.Bagi pendapat aku k..Sesiapa yg tak suka dia, terpulang la kan..So, sekarang dia dah makin maju setapak. Liyana jasmay keluarkan jenama pakaian sendiri!..Wah..bestnyaaa...Bukan senang nk keluarkan jenama pakaian or apa2 pon.Semuanya perlukan kesabaran dan ketabahan yg tinggi..cekidot berita dia...



Menurut Liyana,ilham untuk mempunyai jenama pakaian
sendiri mula tercetus kerana minatnya yang terlalu mendalam terhadap dunia fesyen.

“Saya sukakan fesyen. Kalau boleh, apa yang saya suka pakai saya nak kongsikan dengan semua peminat saya dan juga peminat fesyen. Bagi saya, ini masa yang sesuai untuk saya lakukan sesuatu yang dapat menjana pendapatan saya.Lagipun, cita-cita saya tinggi, jadi saya nak memperluaskan lagi empayar saya,” ujarnya. “Saya dah simpan minat dalam fesyen sejak dari usia 9 tahun lagi, namun idea untuk mempunyai label jenama sendiri ini tercetus ketika di sekolah menengah. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga buka perniagaan saya sekarang.Sebagai permulaan, saya akan menjalankan perniagaan secara online dahulu,” tambah Liyana lagi. Perniagaan butik secara online ini bakal dilancarkan tidak lama lagi dan boleh didapati dengan melayari laman web,www.lovejunkie.com.my.Menyediakan pakaian untuk para wanita sahaja, ‘Love Junkie’menawarkan pakaian berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. “Saya akan keluarkan 8 koleksi baju terlebih dahulu. Setiap koleksi akan dicetak sebanyak 20-30 helai sahaja, jadi keberangkalian untuk terserempak dengan baju yang sama agak kurang. Saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan 8 koleksi ini iaitu selama 2 tahun.

haa..pas ni boleh la kita melaram dengan pakaian dari jenama Liyana Jasmay.Hope pakaian dia cantik2 dan sesuai utk org timur macam kita nih...heee..peacee~~
tak sabar nak tunggu keluaran pakaian ituuu...

nota kaki : bila pulak turn aku nk keluarkan jenama pakaian..? ehehe..

sumber : Home| Diari Artis

5 comments:

  1. hye u...i dtg komen2..ehehe... jom cari baju Liyana Jasmay...lalalala

    ReplyDelete
  2. Tumpang lalu jap ya. :)

    Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
    Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

    http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. pasti baju yg kecil molek cam tuannya kan..

    ReplyDelete
  4. MamaEma : itu la...hope cantik2 n cute2 la baju dia..

    ReplyDelete