Assalamualaikum..
Salam Jumaat semua..
Disini aku nk share doa hilang stress. Jumpa kt FB so apa salahnya kita share ye dak..Sharing is caring =)
Lagipun, lately asyik stress jer..Jom cuba amalkan doa ni. Semoga kita sentiasa tenang dan hilang stressnya
Friday, March 15, 2013
Sunday, March 10, 2013
5th Anniversary Mini GA
Assalamualaikum..
Holla...selamat malam semua..
Yeszaaa...Lama sudah blog ni tak menjoinkan diri dalam GA ni..ISh...lama sungguh rasanya. Tadi baru je blogwalking so terjumpa Mini GA ni. Decided to join lah.
Let's see the conditions below :
1. Terbuka kepada blogger yang duduk menetap di MALAYSIA aje ye...-done
2. Tempek header saya kat entry korang ye..-done
3. Tinggalkan link url entry korang kat kotak komen nih. - kt blog ummi la ye
4. Tarikh tutup : 31 Mac 2013 (Tamat pukul 11.30 malam) - eh..MY BIRTHDAY tu ..sempat lagi korg nk join
Senangkan cara nak join Mini GA saya nih...Nama pun Mini GA so, hadiah pun tak lah banyak mana kan....Saya cuma nak cari tiga orang pemenang bertuah dan dua orang pemenang saguhati aje....
Holla...selamat malam semua..
Yeszaaa...Lama sudah blog ni tak menjoinkan diri dalam GA ni..ISh...lama sungguh rasanya. Tadi baru je blogwalking so terjumpa Mini GA ni. Decided to join lah.
Let's see the conditions below :
1. Terbuka kepada blogger yang duduk menetap di MALAYSIA aje ye...-done
2. Tempek header saya kat entry korang ye..-done
3. Tinggalkan link url entry korang kat kotak komen nih. - kt blog ummi la ye
4. Tarikh tutup : 31 Mac 2013 (Tamat pukul 11.30 malam) - eh..MY BIRTHDAY tu ..sempat lagi korg nk join
Senangkan cara nak join Mini GA saya nih...Nama pun Mini GA so, hadiah pun tak lah banyak mana kan....Saya cuma nak cari tiga orang pemenang bertuah dan dua orang pemenang saguhati aje....
Hadiah yang bakal dimenangi :
Tempat pertama : Cardigan labuh + Sehelai Tudung
Tempat kedua : Sehelai tudung + Kerongsang
Tempat ketiga : Inner neck + Kerongsang
3 pemenang saguhati
Kerongsang x 3 orang pemenang
Katanya hadiah tak hebat mana.tapi hebat la tu kan. Sapa nk bagi free..? ye dak..? yg usaha pasti berjaya....poyos ayat aku..hehe..Untung2 menang hadiah besday...sebab tarikh tutup tu on MY BIRTHDAY!..hehe
Jom join ramai2...klik banner utk join..peaceee yawww
Adios.
Review Pure Marine Collagen : After 3 Weeks
Assalamualaikum..
Holla peeps..
Sekarang baru terasa nk buat review after 3 weeks makan rumpai laut nih. Bukannya tak nak review tp kekangan masa + malas + mood semua bercampur. So dh 3 weeks baru start nk review..hehe..Ok, before tu..aku ada share pasal Pure Marine Collage tu kt SINI kan..So sekarang time utk review pulak la..
First of all..ni pengalaman aku la ye..actually aku dapat rasakan perubahan tu dalam masa seminggu penggunaannya..Aku tak nak itu cuma mainan perasaan kan..Sebab baru makan seminggu.Takkan la cepat sangat dapat kesan. Selalu aku makan la apa pun..susah nk detect kesannya..-__- .
Kesan yg aku rasa la kan...kalau org lain tak tahu lah..
1. After pakai mask kulit rasa licin dan lembut je..Black & white head juga berkurangan. Kalau tak..pegang jer hidung ni terasa menggerutu...yakss..tak suka -__- .
Tapi kini tidak lagi..cuma sedang amalkan sekonsisten mungkin. =)
2. After makan secara konsisten...perubahan ketara adalah...kulit muka kurang berminyak. Nak kata tak berminyak langsung tu tipu la kan...Sekarang ni cuma ada minyak sikit2 la tang hidung. Kt pipi dah smooth..
Ujian dilakukan dgn menggunakan kertas penyerap minyak. Kalau dulu punya la banyak dan penuh kertas tu dgn minyak. Sekarang ada sikit-sikit ja..so puas hati di situ
3. Pemakaian mask collagen berterusan - liang - liang pori muka mengecil. Waaa..so tak percaya lah. Tapi kita boleh perasan perubahan itu sendiri.
4. Kulit juga lebih berseri, cerah gitu....ini org lain yg perasan..hihih ..kalau betol alhamdulillah..
5. Tumit kaki yg kasar pon semakin licin
6. Kulit kulit kulit semakin licin dan lembut..bukan kulit muka je tp keseluruhan badan.
Ok, setakat ni...ini la perubahan yg aku rasa la kan..pada diri aku sendiri. So far berpuas hati dgn rumpai laut ni.Sekarang ni tengah cari utk restock pulak. Dah nak abis aku punya collagen. First trial aku bg sesiapa je makan. Promot gitu..Now kena cari stock lagi..
Adios.
Monday, March 4, 2013
Monday Blues
Assalamualaikum..
Holla peeps,
It's a Monday again...! Monday Blues come again..sigh...Malasnya la nak kerja..huhu... So sleepy. Dengan demam yg sok sek sok sek nih...ohohoho...serius takda mood nk keje.. Tapi apa boleh buat kan..kerja tetap kerja...Hadap la ...-___-
Holla peeps,
It's a Monday again...! Monday Blues come again..sigh...Malasnya la nak kerja..huhu... So sleepy. Dengan demam yg sok sek sok sek nih...ohohoho...serius takda mood nk keje.. Tapi apa boleh buat kan..kerja tetap kerja...Hadap la ...-___-
Tuesday, February 19, 2013
Pure Marine Collagen
Assalamualaikum..
Holla peeps...
Lama sudah tak update blog nih. Bukan taknak update tapi kekeringan idea (buleh dak cenggitu? haha) . hari ni nk update pasal Pure Marine Collagen. Pernah dengar tak? Mesti pernah kan? Dah ramai post dan update pasal nih. Aku pon taknak ketinggalan..Cewahh.. Eh nk review mana boleh lagi sebab baru makan..Err..apa yg aku nk update kt sini eh..haha..Google sendiri la? Aci dak..Buh gambar je...aci kan...Sebab nanti baru update kebaikan2 nya..Oh ye..sesiapa yg dah makan leh sharing2 ngn kita ye..nak tengok sejauh mana kehebatan dan keberkesanan pure marine collagen nih..hehe..
ini lah rupanya rumpai laut kering. belum boleh makan lagi nih
ok..adios
Thursday, February 7, 2013
Spontenous Thursday : Lelaki manja ketika sakit . . .
Assalamualaikum
Holla peeps....
Spontenous Thursday utk hari ni. euuuwww..title apakah ini? benarkah ? betol kah? haha.. Betol la agaknya ni ye. Lelaki memang manja ye ketika sakit? manja ke gedixxx? haha .Betol la agaknya ye sbb dorg dah kaji..Manja sungguh mereka. Mintak dilayan seperti anak2 kecik time sakit..opss...yg ni kena tunggu kahwin la baru tau betol ke tidak. Sekarang tak leh nk cakap.. Mungkin masih berselindung? haha
Jom baca ni
-
-
-
Sunday, February 3, 2013
Tangan apa nih?
Assalamualaikum..
Holla peeps..
Lama sungguh tak update blog. Asyik2 wordless kan. baru nk update dah wordless balik. busy kamain nok.. haha..Ok, ternampak pic ni kt fb so nak letak kt sini. Apa la perasaan or pendapat kengkawan. Aku rasa macam tak kelakar je nih. Seram ade la -____-
Holla peeps..
Lama sungguh tak update blog. Asyik2 wordless kan. baru nk update dah wordless balik. busy kamain nok.. haha..Ok, ternampak pic ni kt fb so nak letak kt sini. Apa la perasaan or pendapat kengkawan. Aku rasa macam tak kelakar je nih. Seram ade la -____-
haishh...idea memang sangat kreatip tapi errr....agak2 dapat bayang tak apa yg aku bayang kan? haha...atau aku jer yg berimaginasi tinggi..LOL
Wednesday, January 30, 2013
Wednesday, January 23, 2013
Wednesday, January 16, 2013
Kehilangan selama-lamanya . . .opah tercinta . .
Assalamualaikum..
Hye peeps..
Selamat malam semua..
Aku masih mencari-cari kekuatan utk menulis entry ini. Entah dimana utk aku mulakan. Sedih dan sgt sedih dan perlu tabah hadapi semua ni..
Entry ini agak panjang dan aku menulis hanya sebagai luahan hati seorang cucu terhadap pemergian nenda tercinta.....
Tahun 2013 menjadi tahun yg sentiasa akan diingati kerana pemergian arwah opah yg tersayang ke rahmatullah. Dan dia adalah satu2 opah/nenek yg aku dan kami adik beradik punya. Kesedihan masih menyelubungi diri tapi apakan daya, yg hidup harus teruskan hidup dan moga arwah opah ditempatkan di kalangan org yg beriman.amin..
Hujung tahun 2012 aku kakak,adik dan mak bercuti ke Hatyai. Seharusnya singgah di kampung dulu. Setelah pulang dari bercuti kami hanya duduk di rumah (rumah mak) dan tak pergi melawat arwah opah. Entah kenapa seolah2 kami terlupa yg ada opah di kampung. Buat pengetahuan semua, arwah opah hanya tinggal sendirian di rumahnya. Cuma kami adik beradik selalu melawat arwah di kampungnya. Banyak kali dah diajak utk tinggal bersama -sama emak tp arwah enggan. Dia memang tak suka utk menyusahkan sesiapa termasuk emak, menantunya. Sehingga lah mak dapat call dari arwah yg dia demam. Dia sendiri yg call mak, bagitau demam dan dah 3 hari demam. Aku hanya update cerita dari emak dan adik yg berada di kampung.Puas dipujuk utk ke klinik, akhirnya mengalah dgn adikku. cucu bongsu kan.. Pandai la pujuk. Doktor cuma mengatakan arwah demam panas dan bagi ubat demam. Dan emak membuat keputusan utk suruh opah tinggal dengannya di rumah kami.
Mulai hari tu opah tinggal dgn mak. Mujur ada adik dan abg di kampung. Dapat jugak la tengok2 kan arwah. Kesihatannya tidak begitu memberangsangkan. Hanya mampu terbaring lesu dikatil Makan bersuap. Mandi pon emak yg mandikan. Sedih. T_T. Alhamdulillah, yg bagusnya sehingga akhir hayatnya arwah tak nyanyuk. Dia ingat semuanya.Semua ok. Cerita zaman dulu kala pon ingat. Masih mampu bercerita/berborak walaupon dalam keadaan terbaring macam tu. Tapi semua tu hanya sementara. Aku yg sentiasa update cerita opah dr adik dan mak. Dan adik aku menjadi org tengah utk opah. Opah dah start nak jumpa anak cucu dia. Satu persatu disebutnya. Dan mereka di kampung cuba penuhi permintaanya.
Dalam minggu tu jugak aku balik ke kampung jenguk opah. Risau tak berkesempatan T__T. Aku balik dgn abg sulung dan anak2 nya sekali. masa tu adik aku kata opah dah tenat. Pukul 1 pagi kami bergegas ke kampung.Alhamdulillah, masih sempat berjumpa opah. Sempat melihat dia tapi jujurnya, memang tak sampai hati tengok dia macam tu. Sedihnya. Kurus kering dan tak bermaya. Arghh...sedihnya. Aku EL Monday tu. Tak mampu nk balik KL lagi. Kerja tetap kerja kan. Aku balik Monday tu jugak dan aku mmg berniat dan tergerak hati nk balik kampung next weeknya. Tapi entah kenapa aku teragak2 nak balik pagi Sabtu tu. Call mak, mak kata opah nampak sihat dan ceria. Lega rasa hati. Tapi tangan still bbm dgn adik utk update. Dan petang Sabtu tu jugak adik aku dah nangis2 call suruh balik kampung jugak. Opah tenat. Fikiran aku melayang. Kalau boleh dia nak aku sempat jumpa opah sebab opah nak jumpa aku. Nak mintak maaf katanya. Aku suruh adik aku cakap yg opah takde salah dgn aku. Sedih....huhu..Aku dah balik last week tu. At least opah memang dah jumpa aku kan..hohoho..Rushing balik kampung. Yes, aku kena naik bas. Kakak ipar aku call cakap tak muat kereta kalau aku nak tumpang. Then aku decide la nak naik bas kan. Tapi tiba2 pulang encik tunang nak hantar aku ke kampung. Memang serabut tapi dah dia nak hantar aku ikutkan jer.
Lebih kurang pukul 5 petang baru gerak. Masih bbm dgn adik aku. Dia call cakap semua org dah menangis2..Masa tu opah dah masuk hospital. Mak abang pak cik makcik semua dah menangis. Aku tak tau nak kata apa. Memang sedih dan on the way balik jumpa opah. Tak lama tu adik aku dah stop bbm update pasal opah. Aku rasa tak sedap hati je. Tapi aku biarkan je rasa hati tu. Tapi hati kecik ni macam dapat mengagak apa yg berlaku di hospital. . . Dan memang tepat naluri aku. Adik aku call, bagi tahu opah dah takde.Dah meninggal.Tergamam.Kelu. Kami dah halfway sampai hospital. Baru kt Ipoh. Tapi tak sempat jugak. Al Fatihah...
Sampai di hospital, opah dah diselubungi kain putih. Sudah siap sedia utk bawa pulang ke kampung. Kami jugak balik ke rumah dulu then baru pergi rumah opah. Arwah dikebumikan tengah hari esoknya. Dapat jugak mandikan jenazah arwah walaupun sekejap. Time kafan..Time paling sedih. Aku cium opah. Tak mampu nak tahan air mata. Cepat2 lap.. Suasana sedih kt situ. Sungguh terasa kehilangannya. Aku ikut sampai ke kubur.Dibaca kan talkin. Sampai selesai semuanya. Ya Allah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman....
arwah opah (tudung putih) - selepas majlis merisik aku
senyumannya opah . . .
semasa majlis bertunang . Gambar terakhir ketika arwah opah masih sihat. Sedihnya sebab opah tak sempat tengok aku kawen =(
Hanya sempat tengok cucunya bertunang....
notahati:sedih dan rindu bila teringatkan arwah =(
Monday, January 14, 2013
2012 Year In Review . . .
Assalamualaikum...
Hollaaa peeps...
See the title? 2012? Oh noooo..Masih belom terlambat kan nk buat review utk 2012? Dan masih belom terlambat kan nk ucapkan selamat tahun baru 2013? Masih belom terlambatkan (Angguk kepala cepat)..teehee...
First of all, Selamat Tahun Baru 2013. Semoga azam tahun lepas dah tercapai...Ahaa...yg tak tercapai tu macam biasa la ye...carry forward...ngee..
Alhamdulillah, berakhir sudah tahun 2012. Banyak suka dan duga sepanjang tahun. Dan banyak perkara penting yg berlaku pada diri aku tahun lepas.
First of all, awal tahun 2012, bulan Januari - Mac aku attended Java Training. So, selama 2 bulan 1/2 la aku menghadap training tu. Itu pon tak lama aku mengganggur dirumah lepas abis belajar (Dec 2011).
Habisnya training tu.. aku menganggur selama sebulan..Kira bulan April tu la aku jadi penganggur tegar yg sedang meneroka tanah2 tanaman anggur aku..haa...karut2..sila jgn caye..Ke hulu ke hilir aku cari keje. Banyak jugak la interview yg pergi. Yg tempat training arranged kan pon dah banyak aku pegi tapi takde satu pon sangkut. sedih...wuuuu..sedih sangat. Janji macam2 kan...confirm dapat keje..opss..aku tak sabar ke time tu? oh..tidak..memang patut la kan rasa macam tu. Sebab ramai kawan lain yg dah dapat keje.Last but not least, dalam masa yg sama aku cari keja sendiri. tru job street la kan. apa lagi. banyak jgk la dpt interview dan phone interview. Dan aku dipanggil utk walk in interview. Alhamdulillah...dan dalam masa yg sama aku nekad that's the last interview aku pergi.penat beb menaruh harapan.. So aku pon sungguh2 la study malam sebelum interview. Jiwa kacau. Dan esoknya, pergi la dgn bawak harapan setinggi gunung..teehee...Selang 2, 3 hari lepas tu aku dapat call dari company tu..Yes, dorg nk hire aku..kamaen hepi aku...Alhamdulillah, rezeki aku berkat doa ibu jgk =) >> sampai sekarang aku disitu
After 3 months, aku dah confirm disitu. Lagi satu berita gembira. Behave gila masa dalam probation. Maklum lah..masih mentah kan... Masih baru gitu..
Raya Aidilifitri raya yg bermakna buat aku.Family encik BF (ketika itu) datang berhari raya ke rumah aku...hepi2....raya bukan sekadar raya tapi datang membawa hajat. oyeahh...aku dirisik ^___^ . Masa raya ke 6 ; 24/8/2012 . Nervous? As usual. Aku ni peNervous org nye..haha...Alhamdulillah, diriku di risik oleh si dia..
encik tunang n me - wajah selepas dirisik.hahaha..hepi lettewww ^_^
Bulan September pulak, aku sepatutnya ada trip ke Kota Kinabalu dgn kawan2 universiti a.k.a housemate + roomate + classmate+ coursemate . Tapi terpaksa cancel trip tu. Sebabnya, macam semua tak boleh pergi. Yg 2 org tu ada exam SPA kalau tak silap. Aku? ahaha...tgh kopak time tu..memang takde wangnyaaa...wwuwuwuwuw...sedih lagi T__T
Bulan Oktober pulak, aku ada konvokesyen. Yeayy..dah grad. Dah jadi siswazah.hepi2...Susah jugak nk plan ke Utara Sintok nun jauh di sana sebab aku jauh nun di sini. Tapi alhamdulillah, berjaya jugak plan semuanya dgn jayanya, Thanks kpd sape yg terlibat..eh sape lagi..family aku la kan..teehee..
my mom n me - lepas amik ijazah...panas tauu..hepi2
me n my family - sebahagian kecik jer nih..gmbr studio
Bulan November pulak, hari pra bersejarah aku. 11 Nov 2012 rombongan pinangan dari keluarga encik tunang (ketika ini ) pon tiba. Eh bukan datang dgn tiba2 la..Dah plan la semua kan..=) . Dan gembira lagi dan syukur ke hadrat Illahi, aku telah dipinang si dia dan insyaAllah tahun ni akan melangsungkan majlis perkahwinan, InsyaAllah ^__^ . Cop..kenapa hari pra bersejarah ? Sebab hari bersejarah tunggu time nikah nanti la kan..hehe...ok, karut2..
Disember pulak...Oh ya..Disember pulak trip aku ke Hatyai! Last minute plan jugak nih..First time aku pegi obersi..haha..jakun gila.. Ok, entry ke hatyai belom buat lagi.ntah bila dapat buat . my bad -__-" .
Disember jugak, opah sakit..sedih =(
Teaser. . . Hatyai!!
Begitu lah suka duka kehidupan. Ada pahit , manis, tawar kelat. Asam garam kehidupan la katakan. Rentetan suka duka hidup aku. Moga tahun 2013 lebih bersinar dalam kehidupanku dan keluargaku. Sentiasa berdoa yg terbaik utk semua..
p/s : entry ni agak panjang. tu pon dah pendek kan..kalau tulis by month mau patah jari...haha..tak kelakar.bye
nota hati : semoga kita tabah hadapi semua ujianNya . . .
Subscribe to:
Posts (Atom)