Assalamualaikum..
Hye peeps..
Selamat malam semua..
Aku masih mencari-cari kekuatan utk menulis entry ini. Entah dimana utk aku mulakan. Sedih dan sgt sedih dan perlu tabah hadapi semua ni..
Entry ini agak panjang dan aku menulis hanya sebagai luahan hati seorang cucu terhadap pemergian nenda tercinta.....
Tahun 2013 menjadi tahun yg sentiasa akan diingati kerana pemergian arwah opah yg tersayang ke rahmatullah. Dan dia adalah satu2 opah/nenek yg aku dan kami adik beradik punya. Kesedihan masih menyelubungi diri tapi apakan daya, yg hidup harus teruskan hidup dan moga arwah opah ditempatkan di kalangan org yg beriman.amin..
Hujung tahun 2012 aku kakak,adik dan mak bercuti ke Hatyai. Seharusnya singgah di kampung dulu. Setelah pulang dari bercuti kami hanya duduk di rumah (rumah mak) dan tak pergi melawat arwah opah. Entah kenapa seolah2 kami terlupa yg ada opah di kampung. Buat pengetahuan semua, arwah opah hanya tinggal sendirian di rumahnya. Cuma kami adik beradik selalu melawat arwah di kampungnya. Banyak kali dah diajak utk tinggal bersama -sama emak tp arwah enggan. Dia memang tak suka utk menyusahkan sesiapa termasuk emak, menantunya. Sehingga lah mak dapat call dari arwah yg dia demam. Dia sendiri yg call mak, bagitau demam dan dah 3 hari demam. Aku hanya update cerita dari emak dan adik yg berada di kampung.Puas dipujuk utk ke klinik, akhirnya mengalah dgn adikku. cucu bongsu kan.. Pandai la pujuk. Doktor cuma mengatakan arwah demam panas dan bagi ubat demam. Dan emak membuat keputusan utk suruh opah tinggal dengannya di rumah kami.
Mulai hari tu opah tinggal dgn mak. Mujur ada adik dan abg di kampung. Dapat jugak la tengok2 kan arwah. Kesihatannya tidak begitu memberangsangkan. Hanya mampu terbaring lesu dikatil Makan bersuap. Mandi pon emak yg mandikan. Sedih. T_T. Alhamdulillah, yg bagusnya sehingga akhir hayatnya arwah tak nyanyuk. Dia ingat semuanya.Semua ok. Cerita zaman dulu kala pon ingat. Masih mampu bercerita/berborak walaupon dalam keadaan terbaring macam tu. Tapi semua tu hanya sementara. Aku yg sentiasa update cerita opah dr adik dan mak. Dan adik aku menjadi org tengah utk opah. Opah dah start nak jumpa anak cucu dia. Satu persatu disebutnya. Dan mereka di kampung cuba penuhi permintaanya.
Dalam minggu tu jugak aku balik ke kampung jenguk opah. Risau tak berkesempatan T__T. Aku balik dgn abg sulung dan anak2 nya sekali. masa tu adik aku kata opah dah tenat. Pukul 1 pagi kami bergegas ke kampung.Alhamdulillah, masih sempat berjumpa opah. Sempat melihat dia tapi jujurnya, memang tak sampai hati tengok dia macam tu. Sedihnya. Kurus kering dan tak bermaya. Arghh...sedihnya. Aku EL Monday tu. Tak mampu nk balik KL lagi. Kerja tetap kerja kan. Aku balik Monday tu jugak dan aku mmg berniat dan tergerak hati nk balik kampung next weeknya. Tapi entah kenapa aku teragak2 nak balik pagi Sabtu tu. Call mak, mak kata opah nampak sihat dan ceria. Lega rasa hati. Tapi tangan still bbm dgn adik utk update. Dan petang Sabtu tu jugak adik aku dah nangis2 call suruh balik kampung jugak. Opah tenat. Fikiran aku melayang. Kalau boleh dia nak aku sempat jumpa opah sebab opah nak jumpa aku. Nak mintak maaf katanya. Aku suruh adik aku cakap yg opah takde salah dgn aku. Sedih....huhu..Aku dah balik last week tu. At least opah memang dah jumpa aku kan..hohoho..Rushing balik kampung. Yes, aku kena naik bas. Kakak ipar aku call cakap tak muat kereta kalau aku nak tumpang. Then aku decide la nak naik bas kan. Tapi tiba2 pulang encik tunang nak hantar aku ke kampung. Memang serabut tapi dah dia nak hantar aku ikutkan jer.
Lebih kurang pukul 5 petang baru gerak. Masih bbm dgn adik aku. Dia call cakap semua org dah menangis2..Masa tu opah dah masuk hospital. Mak abang pak cik makcik semua dah menangis. Aku tak tau nak kata apa. Memang sedih dan on the way balik jumpa opah. Tak lama tu adik aku dah stop bbm update pasal opah. Aku rasa tak sedap hati je. Tapi aku biarkan je rasa hati tu. Tapi hati kecik ni macam dapat mengagak apa yg berlaku di hospital. . . Dan memang tepat naluri aku. Adik aku call, bagi tahu opah dah takde.Dah meninggal.Tergamam.Kelu. Kami dah halfway sampai hospital. Baru kt Ipoh. Tapi tak sempat jugak. Al Fatihah...
Sampai di hospital, opah dah diselubungi kain putih. Sudah siap sedia utk bawa pulang ke kampung. Kami jugak balik ke rumah dulu then baru pergi rumah opah. Arwah dikebumikan tengah hari esoknya. Dapat jugak mandikan jenazah arwah walaupun sekejap. Time kafan..Time paling sedih. Aku cium opah. Tak mampu nak tahan air mata. Cepat2 lap.. Suasana sedih kt situ. Sungguh terasa kehilangannya. Aku ikut sampai ke kubur.Dibaca kan talkin. Sampai selesai semuanya. Ya Allah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman....
arwah opah (tudung putih) - selepas majlis merisik aku
senyumannya opah . . .
semasa majlis bertunang . Gambar terakhir ketika arwah opah masih sihat. Sedihnya sebab opah tak sempat tengok aku kawen =(
Hanya sempat tengok cucunya bertunang....
notahati:sedih dan rindu bila teringatkan arwah =(
al-fatihah~
ReplyDelete