Followers

Friday, May 11, 2012

Ibu dera anak sendiri

Assalamualaikum...
morning peeps, salam Jumaat semua..

Hari ni tiba2 rasa nk buka video yg sekarang tengah kecoh pasal ibu dera anak sendiri. Tak nak ketinggalan so, search la..Memang ada..ni aku kongsikan sama2..

Tak tau nk cakap apa tapi sedih gila la..Kesian kt baby tu kena dera dengan ibu dia sendiri. baby tu tak bersalah pon. Kecik lagi dia..Alahai...macam mana boleh ada org macam nih kn..dunia oh dunia..

Petikan dari kosmo: 
KUALA LUMPUR – Wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video, yang kini tersebar secara meluas di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu.
Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.
Wanita itu kini menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu. – BERNAMA

18 bulan je kena denda...cukup ke? hahha..tak tau la..hope dia insaf lah dengan apa yg dia dah buat. Kalau marah or geram sekalipun jangan la lepas kt anak2. baby pulak tu. Dipukul, dicubit, ditendang budak tu padahal dia sendiri yg melahirkan baby tu. Tak teringat ke kesakitan melahirkan anak dulu..? Azab tu...Ni,dah marahkan org lepaskan budak tak berdosa tu..Anak utk disayangi dikasihi,dibelai dan dimanja bukannya utk dijadikan tempat melepaskan geram..

Satu lagi yg aku tak puas hati boleh pulak aku tak puas hati kn  apa hal la perakam video ni tak take action? setakat cakap" jangan irah jangan irah," buat apa..At least angkat la baby tu..Ni sebok dok rakam mak dia pukul anak..haihhhhh... sabar je la

Ok la..sekarang dia pon dah didenda. Semoga perempuan ni insaf dengan perbuatan dia dan boleh jadi ibu yg baik lepas nih..hope la kn..huhuh



touching jap tengok video nih..Lepas kena pukul tu baby merangkak kt ibu dia, tp ibu tu pukul lagi..baby, baby..kesian kamu kn..tak tahu apa2..hmmmmm..

notahati:semoga aku dapat menjadi ibu yg penyayang dan dijauhi sifat2 mazmumah...=)

3 comments:

  1. dah 2,3 hari dah kecoh...baru dia nk kecoh kat blog dia...kihkih...

    ReplyDelete
  2. http://www.hazrey.com/2012/05/850-video-dera-anak-kesimpulan-aku.html

    ReplyDelete