Followers

Monday, December 17, 2012

Craving For Durian Crepe

Assalamualaikum...

Holla peeps..

Dah lewat malam baru nk update blog. Nak buat macam mana kan..dah time ni mood baru warm up. Memang lambat le tdo malam nih. Macam esok tak keje lak. Nasib la badan. Esok dah la Monday dan seperti biasa Monday Blues yg tak pernah berkesudahan. hehe. 

Last two weeks aku ada post enty pasal Durian Crepe kan...? OH...mission ku tidak berjaya utk mencari durian crepe tu. Apa ke susah sangat la nak dapat kan. Tapi nasib baik la aku dah ada mission lain kalau tak dapat beli durian crepe tu. Kalau dalam programming kita gunakan IF..ELSE statement. hahah...motip ada programming kt sini?? Sila abaikan...

Actually memang aku ada order DC ni. Tapi order tu aku terpaksa cancel sebab time nak amik DC tu delay lama sangat. Time tu aku dh ada kt rumah pun. Nak keluar balik, memang tak la..Lagi pon encik tunang yg hantar balik so takkan nak keluar balik kan. Nak naik ape. Ye dakk..? hehe..So, semuanya terpaksa cancel. Tuan penjual pon dah say sorry sebab dia lewat sangat.Sebabnya, ramai customer yg tambah order. Wow! begitu sekali kan DC ni popular and famous amos...

Dengan semangat dan keazaman yg tinggi utk makan DC tu, aku bernekad utk guna plan B. Iaitu: Do It Yourself (DIY). hahaha...minggu tu jugak, jatuh pada hari jumaat, lepas kerja pergi cari durian dan bahan2. Sebelum tu memang dah google bahan2 dia. So, tinggal nak beli je. Semangat nih. Credit to encik tunang. Thanks bawak sy beli barang2 DC ni walau pon terpaksa bau durian yg sgt ohsem (dia mmg x suka durian) . 

Pesanan ringkas semasa bawak balik durian, "Jangan sesiapa makan durian nih. " hahah..kejam tak pesanan tu. dah la bau harum semerbak boleh tergoda org2 sekeliling. Nasib semua mendengar kata. Risau jugak durian tu hilang dimakan org. haha.



bahan-bahan utk buat DC ni. tak complete. tapi redah aje..=)


hasil air tanganku. OK 2 keping je jadikkk..ahhh stress ok..memang bukan mudah nak buat DC ni. kena sabar melenggang kulit dia. Dan paling stress time putar whipping cream tu. Berair semacam jer. dah la beli peket kecik. mana cukup kan. ohh..kemudian cream tu mencair. Mau mak tak stress -_-" 


Ini dah dipotong. Sedap memang sedap. rasa durian lah. eh, takkan rasa stroberi lak kn,..hewhewhew..
Next time nak buat lagi lah.Yg lagi stress tu my future family in law datang KL dan ingat nak bagi dorg rasa. Tapi sgt frustrated sebab memang tak boleh nak bagi org. Ohh..damn ugly rupa paras DC ku dan memang tak boleh bagi org. Tak comey ah plus dapat buat sikit je. cream abis. next time kalo ada masa boleh la nak try buat lg. semoga aku berjaya.hihi.

So ini je la cerita pasal Durian Crepe yg tengah famous amos nih. Resepi aku google jer.Try n error. Kalau kerajinan tinggi aku tepek resepi tu dalam entry lain, ye la...utk mudah kan pecarian aku jugak nnt kan.Ok,selamat malam. 
Adios

notahati: frustrated dengan dc, then petang tu buat roti jala pulak =) 
puas hati dan super penat. Tido awal..haha


Monday, December 3, 2012

Oh..Keyboard itu...

Assalamualaikum...

Morning peeps!

Selamat Bekerja dalam keadaan Monday's Bluessss...haha..itu aku lah...yg lain2 pon sama kan..? angguk kepala cepat..=)

Entry ni patutnya last week tp sebab tak mampu nak manage buat, jadi la this week punya entry. Eh..macam mana nk menaip dan update blog kalau keyboard jadi sebegini rupa?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


haa..apa dah jadi dgn keyboard laptop nih? 

Sedih memang sedih. Tiada lagi blog update, tiada lagi blogwalking dan tiada lagi surfing2...sobbssss...ini semua angkara budak kecik nih..anak mengasuh kakak ipar aku..ini kerjanya bila dirumah. haha..teringin nak bermain laptop gamaknya..habis dikumpil huruf2 kt keyboard nih.bukan sikit tau..boleh tahan banyaknya. Ok, barang2 aku mmg ada dalam tu..tapi barang study anak buah aku? kamaen banyak oke..

So dgn rasa tanggungjawab sebagai pengguna laptop itu jugak, dan rasa simpati makcik kepada anak saudara dia, aku dengan rela hati menyelesaikan masalah itu. Oh..damn..masa tu sangat penat dan mengantuk tapi kugagahi jua utk menyelesaikan puzzle keyboard tu. 

Satu persatu aku betolkan. Try and error. Berapa lama ntah aku hadap tu..Sejam lebih or dekat 2 jam macam tu la..finally, the result macam nih 
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Fufff..akhirnya aku berjaya menyiapkan puzzle keyboard nih.terer x aku? ada bakat terpendam gitu...haha.
ok la.dah dapat keje.urgent lak tu.
adios

Sunday, December 2, 2012

Perkara memalukan pabila mengidam Durian Crepe

Assalamualaikum..

Hye hye..

Arghh..malu dah aku. Semua pasal durian crepe! aisehhh...apa la nak jadi nih. mengidam sampai memalukan diri sendiri. Nasib tak kenal.haha..

Al kisahnya, mencari2 org yg jual durian crepe. Kt situ ada provide phone no. Dengan excitednya aku pon mesej no tu. Lebih kurang sejam dia reply."Siapa ni ye". Aku membalas sejujurnya lah siapa aku. Then dia reply balik, "Maaf awak salah org kot. Sy x jual durian" . arghhh...damn!! Ape yg berlaku nih? aku cek balik inbox. ok fine. my mistake.aku yg salah no.No penjual durian crepe 019-344XXXX dan aku telah menghantar ke no 019-334 XXXX. arggghh...ok ok ok fine..malu gilaaa -____-  Ouhh..nasib la dlm mesej jer. kalau face to face tak ke malu? hmmm

Then lepas pada tu, aku msg ke no yg sebetolnya..haa..cepat dan pantas je die reply. Ni baru betol. Dia msg lebih kurang macam nih la..1 pek 4pcs RM10. ari rabu ada dc... ok, gumbira rasa hati sbb dh dpt reply dr org tu. tp aku musykil di situ. perkataan dc tu..apa tu..? berlegar2 dlm kepala aku.dc tu apa..tak dapat nk digest lah. bbm encik tunang. tny dc tu ape...hahahaaa..die jawab dc tu durian crepe lah takkan disconnect lak. haihhh...memang kepala aku dok digest disconnect!! damn!! malu lagi.huh -______________- . Mana la tahu short form sgt. fine pas ni keep in mind DC = DURIAN CREPE. ok, bye. adios




Semua kerana kamu durian crepe. Memalukan. Blur gara2 mengidamkan durian crepe. 


notahati:ok, dh ode. tunggu review ye..ape la rasanye yekkk..=)

Durian Crepe!!

Assalamualaikum..

Hye peeps,

Selamat Malam semua!

Entry ni wujud sebab aku geram sangat dengan penangan Durian Crepe nih. Tak puas hati rasanya sebab tak dapat rasa la durian crepe nih..muahahaha..ada lak rasa gitu kan..? eh..ada la. rata2 dok kecoh pasal durian crepe nih. Google lah resepi die. memang nampak mudah. tapi aku nk rasa dulu durian crepe nih. sedap sangat kah? haha...kalau sedap boleh la operasi membuat durian crepe sendiri kan..



gebus mulus durian crepe nih


bila dapat ngap nih! emo lak -_-


ok fine. terasa lapar dan teringin sangat tgk yg nih -____-

oh ye, dah mesej tanya kt penjual durian crepe nih. Tapi mereka - mereka belum reply my message. Ok.kalau xde next plan adalah >>>> Bikin sendiri looo...lol

eh eh..dan2 lak yg sorg ni reply..Adakah hajatku nak merasa durian crepe ini tercapai? 
tungguuuuu.....=)

p/s : image >> google

notahati:ohh..megidam teruk lak dah -__-"

Monday, November 26, 2012

Yeayy..Status dah bertukar! Thanks Mr Nuffnang

Assalamualaikum..

Hollaa..hye peeps..

Happy Monday! Arghhh...Still Monday's Blues. Terasa malasnya nak kerja hari nih. Dan yg peliknya hari ni, macam tak ramai org kerja. Selalu kalau pagi2 mesti LRT sesak, tapi hari ni lengang. Ada cuti yg aku tak tak tahu ker? Ayooo..ramai MC dgn EL nih. Mesti semua malas kerja kan? hehe..Nasib la aku kuat. Kalau tak MC jugak hari nih..Haha.

Ok, berbalik pada title post nih..Nampaknya aduan aku telah mendapat tempat di hati Nuffnang. Status aku dah bertukar kepada Glitterati. Fuhh..lega..Thanks. Alhamdulillah.Syukran. Actually pagi tadi aku dah cek status ni pukul 8 pagi. Tapi masih belom bertukar. Sedih. Asyik fikir je(poyokan..macam hape je -.-). Then, baru ni cek lagi, status aku dh kembali pada asal. Tapi tak kasi $$$ banyak pongg...LOL .

see, dah bertukar! yeayyy..suke!!

notahati:kalo x pandai curang jgn curang ye..nnt kantoi..harharhar

Sunday, November 25, 2012

Mr Nuffnang dah reply ticket!

Assalamualaikum..

Hollaaa peeps,

Selamat berhujung minggu! Hari sgt panas dan cerah kt luar tu. Jemur baju 3 4 round pon boleh kering nih.Dengan anginnya yg sepoi-sepoi bahasa. Hari ni aku duduk je dirumah. Tak kemana-mana sebab nak rehat dan sen pon tarak..so dok diam2 la ye..hehe...

Ok, hari tu aku dh mengadu kt Mr Nuffnang kan. Dia pon dah reply 2 hari selepas tu. Cuma aku takdak masa lagi nk update kt sini.

Oh..sememangnya aku dah didenda selama 7 hari dengan status Non-Gliterati. 

Ni yg di reply : 

Thanks for writing in! :) Kindly note that adding blogs to your account will temporarily affect your Glitterati status as our crawlers access your new blog. While we do not set a limit for the number of blogs added under one account, we must remind you that for your Glitterati status to remain, all blog registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. 

In addition to that, the registered blogs should also be active and has at least 1 visitor in each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you'll receive your Glitterati membership in 7 days time. 



Ok, esok aku menanti dengan debaran. Adakah status aku akan bertukar kpd Gliteratti? Sebab aku baru pasang semula iklan kt blog satu lg. Dah alang2 kena denda kan..ngeh ngeh..Yang penting aku tak pernah curang dgn Nuffnang. Sekian =)

Nantikan ... I'll update u later.

Adios.




Monday, November 19, 2012

Mengadu Domba Kepada En.Nuffnang

Assalamualaikum..

Hollaaa..selamat malam semua..

Pagi tadi entry aku berkisarkan aku telah curang dgn En Nuffnang kan..? Ok, sekarang aku dh lega sikit.sikit je..bukan sepenuhnya lagi. Kerna aku sedang cuba menyelesaikan masalah status kecurangan aku dgn EnNuffnang. Thanks a lot to blogger HANA sebab sudi drop comment bg suggestion kt sy nih. Haa..gitu lah hidup bermasyarakat kan..hehe..

Blogger HANA mencadangkan aku menghantar tiket kt En. Nuffnang. Haa...amikk...memang aku buat pon. Nak mengadu domba dekat siapa lagi kan..Kat En Nuffnang buah hati pengarang jantung...eceee...bodek lebih lak kan..Tapi kalau nak kasi RM lebih pn xpe...hihihi...

Apa lagi, mula la aku memikirkan ayat manis jiwang lagi berkarat utk mengadu domba dgn my En Nuffnang. Setelah puas dan rasa lega, aku pon send la tiket tu. katanya within 48hours dorg akan reply. Tak pe..tunggu je la yek..So, sekarang kita or especially aku lah kan...Nantikan jawapan ituuuu...huhu..Bikin suspen lak..

Eh, tak percaya eh aku create ticket kt nuffnang...Nah bukti


Klik utk tumbesaran mata anda =)


See,bukti aku dah mengadu kt En Nuffnang. Subject pon tibai jee...Aku set priority High sebab sekarang tengah menggelabah kan..hukhukhuk

notahati  : hope status tu bertukar supaya aku x kembali curang..ngeh ngeh...

Adakah Aku Curang dgn En Nuffnang ?

Assalamualaikum..

Holla peeps,

Monday's Blues? Hujan? Lama sangat bercuti..haaa..memang pon semua perkara itu berlaku pada diri aku dan yg lain2 pon jugak kan.. Sesiapa yg amik cuti panjang tu lagi la blur blur...eh..itu utk aku la kot.Tapi kerja dah start tak banyak sekarang nih.Biasa la Monday, ticket belum dapat lagi. 

Ok ok..Sila tengok tajuk aku diatas. Seperti hari2 Isnin yg biasa, aku akan cek En Nuffnang aku makin sihat tumbesarannya atau pon tidak. Wow..memang sihat walafiat tapi kan..ada satu yg buat aku terkejut.hukhuk..
status aku daripada Gliterati telah bertukar kepada Non-Gliterati. Oh noo...adakah aku curang dgn En Nuffnang.? Macam mana nk kembalikan status aku tu? haihh..sedih2...sobsss

suppose not this kind of status..sobsss

Setelah puas fikir, baru aku tau...mungkin aku telah curang dengannya. Tapi adakah itu dikategorikan curang.? Ok, aku tengah nak buat lagi satu blog atas akaun yg sama dan letak ads nuffnang kt blog baru tu..Curangkah aku? Pada hal iklan nuffnang jugak.Bukan iklan lain..hmmm...Persoalannya, memang tak boleh eh 1 account, ada banyak blog and kita letak ads nuffnang? 

Kembalikan status Gliterati ku..huaaa..dah remove dah ads kt blog baru..

notahati : ok2, kita tak curang dah...-___-'

Friday, November 16, 2012

Pisang Kaki @ Foot Banana

Assalamualaikum..

Hye peeps,

So surprised! Update blog time working hours! fuff..perangai gini awal2 keje dulu la buat. Time tu memang xde keje kan..tapi lepas pada tu...ishh..susah nk gtau la..busy sokmo. Nak rest  or erti kata lain nak mengular pon x boleh. Memang tak sempat dan bos ada kt belakang. Tapi hari ni all the bosses cuti. Cukup2 la aku cuti hari Isnin dgn Rabu. Ikot kan hati taknak keje hari ni , sbb masih demam tp fikir2 balik malas lak dok rumah. Nasib la keje tak menggunung tinggi. Al maklumlah, cuti lama kan.

Sampai ofis ada nmpk staff baru masuk. Perempuan tp bukan team aku lah. Team designer. cit cat seminit dua then, tengok atas meja ada buah pisang kaki @ foot banana..haha...nama ni aku direct translate beb.Jangan dok ikot lah. Baru 2kali aku melihat buah ini. Last week dapat dah. FYI, ofis aku ni provide buah-buahan setiap hari. Tp bila dapat pisang kaki ni aku jadi jakun. Aku igt kan buah tomato. haha.sejibik cam tomato.

Bila org kata ni pisang kaki, aku tak caye. Macam nak main2 kan aku jer. Tapi bila google. Mmg ada! Nama omputehnye adalah persimmon. berwarna oren2 jingga2..Oh..menurut wikipedia nama lain buah ni kesmak atau kesemak..pelik jgk bunyinye.

Ni aku copy info dari wikipedia :

 Pisang kaki (Jawi: ڤيسڠ کاکي) dengan nama lainnya kesmak atau kesemak ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa". Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwanra jingga kekuningan atau jingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu.[3] Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai "beri biasa", namun ia sebenarnya merupakan sejenis "beri sebenar".
Nama "pisang kaki" berasal dari perkataan kaki (?)dalam bahasa Jepun.
Di pasaraya Australia, buah ini dikenali sebagai Fuyu Fruit.


sempat snap pic ni dr meja keje aku.haha


see, macam tomato kan? sedap jgk rasa buah ni.Manis2 lemak2 gitu..

Ok la..chow dulu..ni entry meluangkan masa..lalalalalaa..
Adios..

notahati:ps ni mst aku cam buah pisang kaki macam mana..hehe 

Thursday, November 15, 2012

I'm Taken ^_^

Assalamualaikum...

Holla peeps...

Lama tak mengupdate blog ni..Too0o0oooooo0o0 busy... Alhamdulillah, setel dah satu perkara penting dalam hidup. My engagement. That's why blog tak terhupdate. Mood memang ke laut china selatan -.-
Kasi letak 1 pic jer la...Nanti2 baru update lain..daa~~



notahati : moga hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat ^_^

Wednesday, November 7, 2012

Wordless Wednesday : Speechless

Assalamualaikum...



Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday : Convocation!

Assalamualaikum...

Holaa..peeps,


Tuesday, October 2, 2012

GIVEAWAY ME & MY FAMILY

Assalamualaikum...

Morning peeps..

Mood sedang suam2 kuku ni. Pagi2 dah blogwalking dan terjumpa satu give away dari blog Ms Eady. Kita pon nak join jgk lah! Tetiba terasa nk join. Sebabnya dah lama tak join give away nih..uihh..memang lama sgt tau...Ok, syarat2nya adalah : Tengok SINI..atau pun klik BANNER kt bawah ni




notahati : Jom join ramai-ramai. Untung2 dapat hadiah.ngeeee (perasan jer). Tak dapat hadiah pon dapat kawan kan...peace~~ =P

Monday, October 1, 2012

Oktober Sudah

Assalamualaikum..

Hye peeps, hollaaa...

Oh masih ada kah yg menyinggah di blog yg bersawang nih..? Haihh...my bad. Lama betol x update blog. Waktu mmg sgt pantas bergerak dan seolah2 mencemburui kita...

Now dah masuk bulan oktober a.k.a bulan 10..ahh...sekejap betol dh nak hujung tahun. Banyak lagi benda yg perlu di fikir. 

Yes, mmg aku rindukan zaman keaktifan berblogging. (aktif ke? hehe). Sekarang mood seperti ke laut yg dalam. Nun jauh di sana. Apakan daya urusan terlalu banyak utk diselesaikan. (mengalahkan bisneswomen jer..).Susahnya nk maintain blogging nih. Aku rindukan blogwalking, drop komen sana sini. Tapi ada je kekangan yg susah aku nk elak. Yg paling ketara adalah masa. 

Timbunan kerja yg banyak kadang2 membuatkan aku malas nk fikir pasal blog. ahh..kesian kau kan blog..hehe. Selepas timbunan kerja yg banyak tambah pulak dgn stress yg menggunung. Stress kerja especially. Susah jgk nk cope sume nih...

Aku sedang cuba adapt kan diri aku dalam dunia kerja+blogging. So, kekurangan entry, kemalasan melanda, ketiadaan mood, ketiadaan access antara penyebab blog nih kurang entry. 

Oktober sudah menjelang. Banyak event aku utk Oktober ni. Dan paling dekat adalah Convocation. Itu pon tak setel lagi. -.- . Tapi aku dh apply cuti, so tu mmg xde masalah. Then pas konvo annual dinner ofis. Ahh..aku kena menari. Damn! sehari selepas konvo annual dinner tu. Macam mana nk perform pon aku tak tau. Dalam keadaan penat. Ahh..malas lagi nak fikir..Follow the flow lah.

Kepada yg sudi singgah blog yg x seberapa ni, thanks banyak2 ye..kita cuba sebaik mungkin nk blogwalking +komen komento + beramah mesra dgn semua. Kita cuba, Kita cuba..hehe. Btw, selamat bekerja dan mulakan bulan baru ini dgn aktiviti yg berfaedah..hehe..

Adios.

Notahati: sangat penat dan simpati pada blogku..-_-'


Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday : Stress

Assalamualaikum..



Sunday, September 9, 2012

Nasi Tomato : My first time trial =)

Assalamualaikum...

Hye peeps,

Di hari Ahad ini aku cuba menggigihkan jari-jari menaip entry yg sudah sekian lama tidak beraksi. hahaha..Ok, dimulakan dengan mood memasak last week. Sekarang ni musim raya kan? Musim beraya dan musim rumah terbuka. Makan sampai lebam.haha..tapi tapi aku pon nk buat jugak la..open house. ecece..tak de la open house sgt. Ada org nak datang beraya, so i need to prepare something sebab kuih raya dah habis. hahha..acaner tu? Nak jamu org makan apa? Skill memasak pulak..haihh..tak de skill beb. itu yg susah hati. Kang masak kang, ade ke org nak makan? Sedap ke? Kang tak habis camne? Honestly memang aku tak reti memasak. Simple2 buleh la.Utk makan sendiri. Tapi ni nk bagi org makan. Alahaii..terasa failed biar pon belum diuji.sobss..

Tapi tapi..semangat nak belajar memasak meluap2 la pulak.Fikir punya fikir, aku nak masak nasi tomato lah. Sebab nasi ayam penah buat a long time ago..heheh..Nk cuba la jgk kan. So, menu dh decide tapi resepi? OH..tidak..aku tak sempat nak cari resepi. Call mama cik abe mintak resepi tapi just go through macam tu. tak tanya detail. Ah sudah...masa tu kt NSK. Yang aku tau, cari ayam dulu. Sebab nk buat ayam masak merah. So, biar pon x dapat detail pasal resepi tu, aku beli je la. Kuantiti? Nanti nak masak baru decide. Hehehe..hampeh kann..nmpk sgt tak prepare.Sayur pon main beli je aku.Tiba2 Alzheimer. tak ingat side yg makan dgn nasi tomato.

The next day, mula la masak memasak. Pagi2 aku call pulak kakak ipar aku.Tanya resepi lg sebab aku confuse dengan resepi kt internet. Banyak sgt kan. So, dah dapat resepi proceed la masak. Ok, masak utk 2 ekor ayammm..haaa...habaq kt hg nih.cek baghu nk blajaq masak, dah kena masak utk 2 ekoq ayam..ketaq pala lututt...Suggestion dari kakak ipar and abang aku. Sebab aku duduk dkt dgn adik beradik kak ipar aku. So, mulut bukan hanya dalam rumah nih, luar pon sama. 

Pagi tu aku buat kek coklat dulu as dessert. Ni kt entry lain. Sementara kek siap, aku prepare bahan utk nasi tomato. Sementara tu kakak ipar aku prepare utk ayam. Nasib baik dia tolong. Kalau tak mst kalut. Hehehe.So, nasi memang aku yg masak la tp lauk masih kakak ipar aku. Aku just kacau2 je ayam tu. Aku baru nk buat, tgk dia dah siap masuk semua bahan.Ate camne..? haha..

Bau nasi harum semerbak beb! Jakun.Tak penah masak kan..gini la jadinya. Dlm hati risau sgt la sbb first time masak. Takut tak jadi. haihh...debar tau..

So, bile nasi dah masak, kire ok la cuma terlebih air sket. Aku masak lg satu periuk. So ada 2 periuk la sekarang ni.Padan la dgn ayam 2 ekor kan..hehe..Nasi yg kedua sgt cantik jadinya...hahaha..puji diri pulak! tak pe kan..ngeh ngeh..

Dh siap tu buat sayur lak.Aku panggil jelatah. Cik abe panggil acar. Kt situ dh miss communication. Tu pasal tiba2 aku alzheimer masa nk beli sayur tu..hahaha..kelakar betol. Benda yg sama kot. Nama je lain..alahai..

Dalam kul 430pm cik abe datang la.lai lai laii..rasa masakanku..haha..Makan sampai lebammm tauuu...Lapar or sedap sampai 3x tambah tuhhh...toinkkk..=)

Let's picture story ...


 tadaaa..my nasi tomato 


 ayam masak merah ..ala comot time nih..tak sempat snap pic masa die tgh cantik..hehe


 org kampung sy panggil jelatah, org kampung lain panggil acar. mungkin ia lebih dikenali sbg ACAR? mungkinnn


 Dessert 1: Kek coklat 


Dessert 2 : ala ala cocktail , nata de coco with susu segar . 

Sekian, terima kasih. Entry panjang sgt. 

nota hati : next time nk fikir menu lain pulak..=)


Thursday, September 6, 2012

Spontaneous Thursday

Assalamualaikum..

Hollaaaa..

Masih mencari-cari mood blogging. So ini salah satu entry warm up utk minggu nih..



Thursday, August 30, 2012

Spontenous Thursday : Raya + Merdeka 2012

Assalamualaikum...

Hye, hollaaa peeps,

Bersiaran kembali dalam dunia blogging nih. Fufffff...sekian lama. sekian lama. sekian lama tak update blog. Mood dah ke laut. Mood raya plus cuti equal to lazy . pengakuan berani mati gitu. =)

Untuk permulaan hari yg baik ni, aku convert sekali la tajuk entry kali ini iaitu Raya + Merdeka 2012. First of all aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin jika ada salah silap semasa blogging (utk blogger) dan kawan2 yg mengenali diri ini. Ok, wish ni masih laku ok, sebab raya kan sebulan..agagaga..



Selamat Hari Raya 
Selamat Menyambut Hari Merdeka 


Utk yg kedua pulak, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan..yeayyy..esok cuti!! tu yg paling syokkkk..3 hari cuti.Tak fikir lagi plan utk cuti nih. Ingat nk balik kampung tapi baru je balik. ishh..apa nak buat yek..Esok mesti ramai orang dan jalan banyak tutup..Adakah perlu duduk di rumah? Ok, dapat dah aktiviti utk esok. Esok hari mengemas bilik @ lipat kain@kemas almari dan seangkatan dengannya. Maklum lah, lepas balik cuti raya, semua tak sempat nk buat.opssss bocor rahsia...

Terasa banyak benda nk update tapi pelan2 kayuh la yek...Dari bulan puasa hari tu..ada lagi entry berbaki yg aku rasa nk update. Raya lagi. oh ye..cuti ni boleh la fikirkan utk update blog kan..? winkk..:)

Ok lah..cukup la merapu banyak sangat ni. Selamat bercuti! Selamat Beraya! Selamat Utk semua. Hati-hati dijalan raya dan dimana jua anda2 berada.

Sekian.


Monday, August 6, 2012

Entry Ramadhan : Puding Karamel Roti

Assalamualaikum..

Hye peep,

Sambungan entry sebelum ni.Kali ni kita kongsi resepi puding karamel roti. Actually olah sikit dari Puding Karamel Telur yg biasa tu. Nak tau tengok entry sebelum ni kat SINI.

Ok,dah tengok resepi kt SITU kan? So, just tambah jer roti beberapa keping kt atas adunan tuh..Ini pon first time aku buat. Ada org request jugak. Aku lak suka nak cuba2 kan. 

So,terhasil lah begini..

-
-
-
-
-
-
-


sebelum diterbalikkan. .
wow! ni loyang baru. excited nk berpuding-pudingan, sampai sanggup beli loyang lain. Nk cantik la konon..hehe

-
-
-
-
-
-
-

keadaan setelah diterbalikkan. Alaa..memang tak cantik sangat tekstur dia sebab ada roti kan. Tapi rasa dia sedap tau..Angkat bakul lagi..adoi.masalah aku nih -.-

Ok sekian sahaja entry karamel2 nih..

Adios


Notahati: Mood karamel masih dalam diri. hehe..next karamel.Apakah? tunggu...=)

Sunday, August 5, 2012

Entry Ramadhan : Puding Karamel Coklat

Assalamualaikum..

Hye peeps,

Salam Ramadhan semua..Alhamdulillah, dah setengah bulan Ramadhan dilalui. Moga2 semuanya baik2 saja ye..Kali ni aku nak share resepi Puding Karamel Coklat. Resepi ni aku google. Jumpa kt blog INI. Google dan google lagi, resepi yg sama jgk keluar kt tempat lain. So, consider jadi la kot. Why not kita tak try kan?

Ok la..Last week juadah / desert utk berbuka puasa aku buat Puding Karamel Telur. Tu kira yg pure punya la. Kali ni diolah sikit. Firstly, niat dihati nak buat Puding Karamel Roti. Next entry ya. Yg tu request dari someone. Lepas bagi yg pure, nak yg ada roti pulak. Ok, takpe.Kita cuba. Yg coklat pulak request dari anak buah aku. 2 org request benda yg sama. Ok fine. Disebabkan memang aku nak buat dua adunan; jadi lah Puding Karamel Coklat dengan Puding Karamel Roti.


Resipi Puding Karamel Lapis Coklat

Bahan A
1 tin susu cair (375 ml)
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes - guna serbuk koko jer. coklat pes takde. redah aje la kan.dalam hati berharap jadi la..huhuh

Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu

  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan.
  3. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.- tak ingat loyang berapa inci
  4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
  5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
  6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis. - Buat dua lapisan jer..tak berapa nak rajin buat banyak lapisan. hehe
  7. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan - tak sempat nk sejukkan sebab anak sedara nk bawak balik rumah sewa dah. 
  8. Potong dan hidangkan.
Ini first time buat. So hasilnya macam nih..


konon nak buat macam nih..tapi tahap kerajinan sgt tinggi, tak jadi la nk lapis2 gini..


pudingku tak lah secantik begini..tapi..

-
-
-
-
-
-
-
hanya sebegini. Masih belajar..=)


cuma jadi sebegini rupa..tapi rasa dia memang sedap..wahh..puji diri sendiri la pulakkan.Ampunn..bukan nk bangga ke ape.resepi ni yg sedap.hikhikhik..so, boleh la try sapa rasa nk try. Cuma aku sgt rajin. takde la nk berlapis2..sgt. 2 lapis sudah. tapi jadi 3 lapiskan..? campur dengan karamel la kot. Nak tepek rupa sebelum kena potong, rasa tak sanggup. presentation hancus -.-.
first time buat kan. kalut lagi. tengah2 panas dok alihkan dia. lari la tekstur kan. Apakan daya, anak buah punya pasal. Potong jer la..kesian pulak tak bagi bawak bekal. kempunan nanti. naya jer..hehe..

So, sekian saja resepi puding karamel coklat. cuba la.tak rugi!

notahati : bila org puji sedap, lg semangat nk cuba, cuba dan cuba lagi.^_^ . tp i still need to improve. Nak buat cantik2 and sedap lg..=)

Wednesday, August 1, 2012

Entry Ramadhan: Burger Bakar

Assalamualaikum...

Hye peeps, salam ramadhan utk semua...

Burger bakar! yeayy..finally dapat jugak menaip entry burger bakar. Sebabnya, dah pegi makan last weekend. Memang niat nk update awal, tetapi memandangkan KESIHATAN INTERNET ni, terus abaikan. -.-

Selalunya burger bakar ni dorg kata, bukan aku yg kata la kan.makan kt wangsa maju. kt mana aku pon tak sure. Sebab yg aku pegi ni kt tempat lain. Dia pon ada burger bakar. Ok la..layan jer la kan. Asalkan nama dia burger bakar..hehehe.

Burger bakar ni pon dekat2 dgn area rumah jugak la.tak da la pegi jauh2 kan. alaa..gerai2 biasa jer pon. yg tepi jalan tu. Masih dalam area Gombak la kan..Menu seperti dibawah, sudah tertulis di meja. So, takyah la owner kedai membazir buat menu2,laminate bagai. terpegun disitu..hehe..Actually ada 4 jenis burger, yg sempat snap 2 je, Giant Burger Bakar dgn King Burger Bakar. Satu la prosperity apa tah. Oblong rasanya. Yg dia tak tulis, lagi la aku tak tau.. So, hajat dihati nak main terjah je order Giant haa..tak cek betol2..Amik la King kan.Kang beso beno tak abih teman nk makan.Idok le lalu ..hehehe..



 Ni harga utk Giant - beze sehengget jer pon..


Our menu - King Burger Bakar - daging 


Ini la rupanya burger bakar tu. Boleh tahan sedap..


pandangan dari atas ..nyummy nyummy 


tengok daging die.Tebal gila.kenyang kot makan nih. Order satu jer, sbb aku tau aku takkan abis punya nak makan sorg2. Baru lepas berbuka puasa kan.Eh, baru pas berjalan2 di carefour yg sesak. ramai dok beli baju raya. 

Last but not least, sampai pulak dua cawan air coke nih. Padahal dah order air kt kedai mamak depan tu. ouh..brother tu bagitau lambat, set ni include air tapi utk makan disitu sahaja. Not for take away...hehe

Ok, sekian sahaja utk entry makan2 yer...oh ye..info skit

Gerai 99
Location : Gombak , berdekatan dengan Plaza Idaman dan kedai Ong Tai Kim, berhadapan kedai mamak haji tapah.
Price : tengok kt atas..hehe
Recommended : 4 star 

ok2..nak tdo, entry ni wujud sebab tunggu mesin basuh baju2. Kalau tak, lama dah terbang diawang awangan.maklum lerr..bulan puasa kan.penat..

Adios

notahati : next mission? jalan2 cari makan..=)

Sunday, July 29, 2012

Entry Ramadhan : Puding Karamel Dengan Telur

Assalamualaikum.

Hye peeps! Salam ramadhan utk semua..9 Ramadhan dah sekarang nih.Cepat, sungguh cepat masa berlalu kan..

Ok,semalam aku sangat excited nk update blog. Tapi line internet macam errr...macam apa ye..? bulan puasa ni tak baik cakap bukan2 kan..Line lembab sangat. Spoiled mood nk berblog nih..hampa -.-
Sekarang ni macam bolehhhhh laaaa..nk kata OK sangat tak jugak.

Ok, hari tu aku ada update blog utk puding caramel tanpa telur. Masa tu guna agar2 jer..tak perlu nak kukus2 bagai.Lagi pon mana ada peralatan kukus2 tu kt umah sewa kan. So, ni aku kongsikan resepi puding karamel dengan telur..Ini yg biasa org dok buat la..hehehe..saja nk share..=))

Bahan-bahan

400cc(400ml) susu segar/susu cair - susu cair pon xpe. F&N tuh.
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

[ KARAMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara - cara

1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api    sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. 

4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

6. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

HASILNYA adalah seperti berikut
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

nanti kalau nk buat cari loyang kecik2 sikit ye..kalau tak, jadi nipis mcam ni la..ini je satu2 loyang kecik kt rumah nih..tu yg jadi nipis.
-
-
-
-
-
-
-
-
 a slice of caramel for..? teettt...hikhik ^_^
oh ya..kalau kt bazar ramadhan size macam ni ada la rm1.50-2.50...Mahal kan? better buat sendiri.

ok la..sekian saja la entry memasak kita utk hari ini..Sesiapa yg nk mencuba, silakan ye.Tapi perlu banyak bersabar time nak hanguskan gula tu.jangan lama2 sangat..agak2 dah perang nk ke coklat cepat2 tutup api and tuang dalam loyang. kalau tak caramel akan jadi pahit dan consider hangus or tak sedap nanti.Pahit!.
Sekian, selamat mencuba!
Adios

p/s : credit to myresepi
notahati:seronok bila tengok org makan air hasil tangan kita =)



Tuesday, July 24, 2012

Entry Ramadhan: Perihal Cuti Raya

Assalamualaikum..

Hye peeps,

Selamat berpuasa utk semua.Masuk 4 hari kita berpuasa hari ni.Sekejap jer kan. Tak lama lagi dah nak raya.Bulan puasa masa berlalu lagi pantas. ye dak? (ye kan je la..)..hehe...

Ok, short entry untuk hari ni. Perihal cuti raya. Apakah? haa..dah nk raya mest la apply cuti kan. Kang tak beraya la jawabnye(tipu2). Raya kt mana2 pon boleh tapi for sure la kpd sesiapa yg ada kampung tu nak balik kampung kan. Sambut raya bersama famili tersayang. 

image: google : gambar tiada kena mengena dengan entry =)

Btw, aku pon dh apply cuti raya last friday. Then semalam my team leader said, dia tak boleh nk approve cuti2 kitorg sebab semua mintak cuti pada hari yg sama. So, x boleh la..Aku dah cuak la kan. Tak kira! nak cuti jugak! So, diorg suruh discuss among us. Then, aku dengan pendirian aku nak cuti jugak on that date yg aku apply tuh. Dan aku kot kampung yg jauh sikit. Discuss punya discuss 2 org colleague aku setuju nak kerja minggu raya tu. Dorg amik cuti sikit je la. hoorayyy! bersorak dalam hati. akhirnya dapat jugak. Tapi team leader aku tak cakap apa2 pon lagi nih..huhuhu.

So, aku assume cuti aku lulus(bajet gile!kalau tak lulus, mati aku -.-) .Hope so la kan..lulus lulus lulus..heheh..saja la nk cakap, aku tetap dengan keputusan aku nak cuti.haha

ok la..bye..selamat berpuasa!


Sunday, July 22, 2012

Entry Ramadhan : Biskut Raya

Assalamualaikum..

Hye peeps..

Macam mana hari kedua puasa? Ada ok? hehe..Apa plan korg2 semua..? Me, myself ada kt kampung, sambut puasa sama family. Nasib baik puasa on weekend. Boleh la balik kampung..ngeee..

Actually macam2 dalam kepala ni fikir nk buat bila balik kampung ni. Maklum la..macam2 event akan berlaku tak lama lagi. Event apa ye? rahsiaaaa..hehehe..

Tapi kan..tapi adik aku sibuk la suruh buat kuih raya. Kebetulan dia balik puasa kt rumah jugak. Aku cakap kt dia, nk buat, beli la barangkan. Sebab, aku memang malas nk keluar beli barang...haha..Ok..setelah aku menggeledah almari mencari dimana resepi2 aku, memang tak jumpa resepi tu..aku main ingat2 lupa je dengan resepi tu plus google la kan..Agak2 la resepi2 tuh..hehehe..

Akhirnya, keputusan dibuat utk membuat Biskut Mazola. Korg tau x? Biskut kacang tuh..Simple je bahan2 dia tapi yg renyahnya dan melambatkan proses adalah utk menggoreng kacang tu sampai masak la kan..lenguh tangan ahkak-.- .

Tapi takpe, sy mmg suka..ahha...so, ini lah hasilnya


fresh dari oven. Abaikan tudung periuk yg sgt cun itu..ekeke

Hasil air tanganku...Siap dah satu bekas kuih raya, Next...kuih apa ye...tungguuu...(if rajin..hikhik)

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Hye peeps,

Salam Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari ramadhan sebelumnya. Semoga kita sama2 dapat mempertingkatkan ibadah kita.


Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday : Duit Baru

Assalamualaikum..



Jakun jp dapat duit baru nih..hehe

notahati:duit baru mesti banyak utk raya tahun ni.syoknya dapat duit raya..(dapat ker?? huhu)

Friday, July 13, 2012

Ceriakan Harimu! It's Friday!!

Assalamualaikum..

hye peeps,

Short entry before start kerja. Salam Jumaat dan Happy Weekend ya! Sila hargai waktu cuti anda!! Plan cuti  anda betul2..jaga diri, jaga keselamatan dan ingatlah yg tersayang.woootttt


notahati:dalam hati ada taman =)

Spontenous Thursday

Assalamualaikum...

Hye peeps,

Selamat Malam semua..

Spontenous Thursday! Tapi dah masuk Friday, camne tuh..? ahakss..ok ok..ape yg spontenous eh? emmm..my job? Arghh..keje mana tak penat..? keje mana tak stress? keje mana tak xde masalah. Semua ada ok.Aduh..aku ni pantang salah sikit, gelabah macam dah nak kena pecat! pada hal boleh je setel pelan2...ishh..perangai tak senonoh betol aku nih. Minggu ni memang tersangat la sibuk. Ada je kejenya..Tadi baru macam boleh bernafas sikit la. Esok menanti dan harap esok semua baik2 je. Jumaat kan.Nak cuti!Nak release stress.Banyak agenda weekend nih

Internet macam siput sedut. Macam mana la aku nk blogwalking. Ok, sekarang dalam kepala aku rajin dok survey blog B2B. Alaa...bride to be..eh, kau dah nk kawin ke nokk? ahaa..mesti ada org tanya. Nak jawab gini boleh tak.. Semua org nak kawin.hahaha..Actually blog2 B2B ni banyak yg menarik and banyak sgt info. Suka la sangat tengok dorg menDIY dorg punya majlis. Dari A-Z ok. memang, memang gigih sape2 yg boleh DIY dari A-Z tu. Preparation mesti mau mula dari awal. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. ye dakk.. Blog pon cantik2..kemas, tersusun rapi. Info pon tersangat la banyak dorg share. Suke tengok kekreatifan dorg menDIY. Dan dorg sume tak kedekut. Siap bg tutorial. Haa..boleh la kalau nk cuba. Dah jadi boleh buat bisnes lak..kehkehkeh..

Ok2, mengarut lebih lak. Tak tau nk update apa. Just teruja tengok blog2 B2B tu...

Adios.

Notahati:whenismyturntobecomeb2b.hehehe

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..



Monday, July 9, 2012

Monday's Blues : Feenaatt

Assalamualaikum..

hye peeps..(masih adakah yg sudi ke blog aku yg berhabuk nih?)

Apa-apa pun selamat malam semua..

Isnin dah hampir melabuhkan tirai dan Selasa dengan selesanya membuka tirai..Baru nk Monday's Bluesss bagai..haha..Dah terlampau banyak idea nk dicoretkan sampai tak tau nk update apa..Btw, today bukan la nk Monday Blues sangat. Sangat feeennatt..Feeenat otak..huhu..

Hari ni sangat la busy even baru hari Isnin. Selalunya takkan nk ada mood buat kerja kan.Biasa la..mood weekend dok melekat lagi. Macam biasa, sampai office awal dan hanya 2 3 kerat yg masuk office awal.  Nak update blog tak sempat jugak.Macam biasa la jugak, Isnin pagi mesti bukak nuffnang dulu lah. Nak tengok ada perkembangan tak. So far, alhamdulillah...bagus2 ajaaa..Bila mau cash?? haa..tunggguuu..Bukan banyak pongggg..ekeke..ok2..selingan saje..

Actually hari ni Team Leader aku tak datang. Dia join training. Masa buka emel tuuuu...tuuuuu diaaa..bersusun2 bertingkat2 segala tiket2 yg perlu diselesaikan. Tiket? alaa..tiket la..yg ada nombor tu. tapi bukan tiket bas or flight la..ni tiket issue. Selesaikan masalah ikot tahap keutamaan tiket tu. Ouh...mood kemalasan masih membuai2 dalam diri tapi bila tengok ada tiket high priority segala macam mood tu diketepikan demi tiket tersebut. Dan dan dan lagi aku tak tahu nak settle kan tiket tu macam mana! hottoke! Team Leader tak ada.Susahnya nk refer. Colleague? Busy jugak dengan tiket2 dia. Hmmmm...tenung la tiket tu selama 8 jam. Cuba la buat..try and error..Ok fine..dah nak balik baru dapat solution.Siap! but! haa..solution tak abis lagi. Dah nak balik sgt nih..Kena betulkan pulak.Damn! 630 pm already!! Ahhh...otak dok ligat fikir nak balik, dalam masa yg sama cuba cari solusi. Fuff...nasib baik dengan bantuan kawan, dapat jugak selesai. Cara kotor? tak laaa..cara tricky jer..biasa la. dah hidup dgn coding memang kena trick2...huhuhu..So, otak aku seharian ligat berfikir dan sangat penat.

Aku tak kesah sape yg baca ni tak paham. Sebab memang susah nk paham. hahaha..sengal nya la aku malam nih..maaf lah..Org nak belanja makan pon aku tolak.kenapa? penat derrr...tak upaya nk ikut. So, sekian utk merapu malam ini. luahan hati utk blog terchenta- iluvu qesahqaseh..

adios