Assalamualaikum wbt..
Apa khabar blogger sekalian? Diharapkan kalian semua sihat hendaknya. Apa azam tahun baru? Azam tahun lepas dah ditunaikan atau belum? Kalau masih belum ditunaikan, mulakan dgn tahun baru ini utk menunaikan azam baru kalian.
Mungkin ditahun baru ni, aku cuba utk blogging semula. Setelah hampir setahun aku menyepi. Ya, hidup masih perlu diteruskan walau apa pun rintangan yg terjadi. Hanya bertawakal kepada Allah. Seperti yg dientry sebelum ini, aku ada nyatakan kenapa aku stop blogging. Sesungguhnya kehilangan org tersayang sgt dirasai dan aku masih cuba menyesuaikan diri dalam keadaan ini.
Mungkin ada perkara baik yg akan berlaku di tahun baru 2014? Mudah mudahan. Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan semoga kita semua tabah utk menghadapi dugaan yg akan datang. Kita tidak akan diuji jika kita tidak mampu utk hadapinya.
Allah Maha Adil dan Maha Penyayang. Dia tahu apa yg terbaik utk hamba-hambanya. Ada hikmah disebalik kejadian yg menimpa kita. Kepada yg pergi dan tak akan kembali, ku kirimkan doa utk kalian semua. Dan kepada kita yg masih hidup ini, hidup perlu diteruskan. Perjuangan kita belum selesai. Moga kita tergolong dalam golongan yg mati dalam khusnul khatimah. amin.
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Allah Maha Adil dan Maha Penyayang. Dia tahu apa yg terbaik utk hamba-hambanya. Ada hikmah disebalik kejadian yg menimpa kita. Kepada yg pergi dan tak akan kembali, ku kirimkan doa utk kalian semua. Dan kepada kita yg masih hidup ini, hidup perlu diteruskan. Perjuangan kita belum selesai. Moga kita tergolong dalam golongan yg mati dalam khusnul khatimah. amin.
Hanya disini sahaja utk aku coretkan sbg pembuka bicara dan warm-up utk kembali blogging spt dahulu.
Sekian.
notakaki: Hanya tuhan yg tahu betapa aku rindu padamu syg. al-fatihah.
Selamat Tahun Baru 2014
ReplyDeleteAll the best for 2014 =D
ReplyDelete