Followers

Saturday, January 18, 2014

Mencari mood dan idea blogging

Assalamualaikum..

Sungguh aku masih mencari mood dan idea utk blogging. Masih tercari-cari mood yg suatu ketika dahulu rajin utk mengupdate blog. Bila dah lama stop blogging ni rasa macam new bie pulak. Kena bertatih balik walau pun dah ada basenya...

Boleh dikatakan setiap hari jugak la aku buka blog tersayang nih, tp itu la...utk update tu rasa liat pulak. Bila ada mood tak ada idea pulak. Bila ada idea tak ada mood pulak. So, terabai la blog ni. 

Sebelum nk update entry ni macam biasa la. Aku akan blogwalking dulu. Baca blog bloggers lain sambil mencari-cari idea dan mood. Dan terjumpa la satu entry ni. Yg mengingatkan aku kepada arwah tunang. Dugaan rakan beliau lebih hebat dari aku. Ya Allah..sedih, tp aku kuatkan semangat utk teruskan pembacaan. Dugaan Dan Ujian : Sehari Lagi Perkahwinan Bakal Pengantin Meninggal Dunia ..
Boleh klik link tu kalau nak tau lebih details.

Aku juga pernah kehilangan tunang tersayang, baru 4 bulan bertunang dan sudah mula membuat persiapan perkahwinan. Dalam keseronokan membuat persiapan dia pergi menghadap Illahi. Siapa aku utk menolak takdir Allah..? Susah utk menerima kenyataan dan amat payah utk hadapi. Aku faham perasaan rakan beliau. Apatah lagi hanya tinggal sehari lagi utk diijabkabul. Pasti, pasti, dan pasti sukar utk beliau terima kenyataan. Kenduri kahwin yg dirancang menjadi kenduri tahlil. Allah...moga beliau tabah dalam menghadapi situasi yg sukar ini. Moga beliau kuat. Pasti ada hikmah disebalik kejadian. Kepada kita yg masih hidup, hidup ini perlu diteruskan jua. Mencari bekalan secukupnya utk ke sana. Kematian itu sgt hampir dgn kita. Tak usah takut dgn kematian kerna walau macam mana pun kita lari dan pergi, kematian tetap akan menjemput kita dgn cara yg sudah ditakdirkan. Semoga dgn perbanyakkan ingat mati, kita lebih berhati-hati dalam setiap perkara yg kita lakukan kerna setiap perkara itu akan dihitung diakhirat kelak, walau ia sebesar zarah. Ingat, kematian bukan la pengakhiran sebuah kehidupan, tetapi ia adalah sebuah permulaan kehidupan yg kekal abadi. 


gambar hiasan dr google

Marilah kita sama- sama sedekah kan Al-Fatihah kepada mereka yg sudah pergi. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan org2 yg soleh. amin

notakaki: rindu pada arwah tak pernah padam. Semoga tenang disana syg....

2 comments:

  1. Kak ila: takziah..sabar tau..sedey baca entri ni...

    ReplyDelete
  2. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete