Followers

Wednesday, January 1, 2014

First entry di tahun baru 2014

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Masihkah ada pembaca blog aku yg picisan ni? hmm...Sudah terlalu lama menyepikan diri dari dunia blogging dan juga dunia luar. Aku cuba mencari kekuatan diri untuk kembali menjadi diri sendiri. Untuk memulakan kehidupan baru setelah beberapa kejadian yg menimpa diri aku. Sesungguhnya setiap kejadian itu adalah ketentuan dari Allah.

First entry di tahun baru. Juga setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia sekeliling baik dialam maya mahupun realiti. Semoga di tahun baru ini segala hasrat dan doa kita akan tercapai. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. 

Bukan tak sudi untuk berkongsi kisah suka duka, dan lebih tepat lagi tika ini adalah kisah duka. Kehilangan org yg sgt dikasihi dalam sekelip mata tersangat lah menguji keimanan dah kesabaran yg tiada tolok bandingnya. Pemulaan tahun baru 2013 iaitu Januari 2013 arwah opah telah menyahut panggilan Illahi. Perginya tak akan kembali. Aku pernah coretkan dalam blog picisan ni. Sedih dan aku redha dgn pemergiannya. Sesugguhnya kematian itu bukan la pengakhiran sebuah kehidupan tetapi ia adalah permulaan sebuah kehidupan yg hakiki. Aku redha dgn ketentuan Allah.

Dua bulan kemudian, aku dikejutkan dgn berita yg sangat menyayat hati. Yg lebih menduga hati dan iman aku yg hanyalah setipis kulit bawang ini. Pemergian tunang tersayang ke rahmatullah.. Terkedu. Kelu lidah seribu bahasa. Hanya mampu meratapi, menangisi menahan hiba. Tiba-tiba aku hilang punca. Dalam keasyikan dan keseronokan membuat persiapan perkahwinan, dia pergi menyahut panggilan Illahi. Allahuakbar. Tak mampu aku ungkapkan perasaanya. Hanya Allah yg tahu perasaan aku ketika itu. Tapi aku sebagai hamba perlu redha dgn ketentuan Allah. Ujian yg aku rasakan amat berat ketika ini. Jatuh terduduk. Terjelepok. Sungguh tak mampu utk aku ungkapkan dgn kata-kata.

Aku tak mampu utk mencoretkan segala duka yg aku lalui selama ini. Cuma aku berharap, kepada pembaca blog yg singgah ke blog aku yg tak seberapa ini, moga kalian sudi sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah berdua. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


Notakaki : Kematian sgt hampir dgn kita. Moga kita sempat utk bertaubat. Sungguh aku rindukan mereka. Terlalu rindu =(

3 comments: