Monday, May 30, 2011
keputusan peperiksaan?!
jangan berhenti bercinta
Kereta ~ Jika lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu, rosak dan menjadi usang. Apabila anda hendak menghidupkannya semula, enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat dulu. TIDAK SAMA!
Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan lama...
Otak ~ Yup!...begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu, tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk membuat keputusan, maka 'enjin' untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak akan menjadi lembab dan beku!...
Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita, malah kita akan berubah menjadi seorang yang lebih bijak!
CINTA ~ Juga sama! Sekiranya anda gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata, "Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh...adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan" ..Jangan cepat mengalah beb, jangan putus asa dengan cinta. Jangan berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi...Jangan sesekali berhenti dari bercinta!
Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang, lalu...hanya menyerah pada yang Esa. Hey....Tuhan juga menyuruh kita berusaha, kan?!. Gagal sekali dua, bukan bererti gagal selamanya!
Sekiranya anda berhenti dari bercinta, lama-kelamaan anda akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, anda akan lupa cara-cara bercinta, anda akan menjadi semakin lemah dalam menangani masalah cinta...SEPERTI ENJIN & OTAK kita tadilah...enjin mati, otak beku!...CINTA??...samalah, malah anda akan merasa begitu longlai dan lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang... akhirnya anda pasti akan keseorangan. Anda tidak mahu itu berlaku kepada anda bukan?
Jadi, sebaliknya jika anda terus ingin memiliki cinta, terus bercinta, anda akan bertambah mahir. Walau anda gagal dan gagal lagi, anda ambil pengajaran darinya dan anda semakin faham tentang percintaan, bila anda semakin berpengalaman, PASTINYA Anda akan lebih mengenali pasangan yang baik untuk anda, lalu anda akan lebih bersemangat untuk bercinta, jiwa anda akan lebih kelihatan bersemarak dengan cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling anda akan melihat diri anda hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah ramai yang meminati anda!... kan itu yang anda mahu?...jika itu keinginan anda, jawapannya simple je, "JANGAN BERHENTI BERCINTA!"
sumber : FB
50 Fakta Mengenai Lelaki
1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
8 tanda lalu lintas cinta
Assalamualaikum..
Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu jugalah percintaan kamu.. oleh itu, patuhi peraturan berikut:-
DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.
JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. begitulah berlaku sebaliknya
SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa dan terdesak. jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru
PEJALAN KAKI
Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti
JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah tidak tepati janji
JALAN SEMPIT
ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak ansur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri
AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirk sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain
JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!
p/s:banyak lagi tanda2 yang masih boleh dikupas...peace~~ =)
sumber : FB
Sunday, May 29, 2011
cinderella man
Actually i just finish watching this Korean drama. fuhh..take times to finish it..I watch this movie since my examination. gap between exam and when i was boring or tension with the study I'll watch this movie.finally i can finish it..happy happy happy and happy...wanna watch it? let's go...
Synopsis A story of a rich man (Lee Joon Hee) who switches lives with a man who looks identical to him only the difference between them is the other man is poor (Oh Dae San). Seo Yeo Jin is a girl who studies at fashion design school in Paris but returns to Korea after her life is turned upside down when her father dies. more pictures?
heroin..
control macho..=)
Segmen Bloglist AbgTeror l Tanah Tumpah Darahku
Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua..
yeaah..hari ni nk join segmen bloglist Abang Terror l Tanah Tumpah Darahku...
baru ada kesempatan nak join.maklum la baru je cuti kan...ok, tugas yg perlu dibuat adalah menjawab soalan2 berikut :-
dilahirkan di negeri Perak
dan juga dibesarkan di negeri Perak
off course la negeri Perak kan..
sebab sy dilahirkan dinegeri Perak dibesarkn di negeri Perak. Mak Abah pon org Perak. kira anak jati Perak la ni kan..hehe
Prince Charming
Assalamualaikum..
hi hi hi...dikesempatan cuti yg ada ni, sy sedang berusaha untuk menghabiskan bacaan novel Prince Charming ni..Agak menarik juga novel ni..Tapi x abis baca lagi hehe..kt sini ada sinopsis dia..x sabar la nk tau ending dia..tak sabar, tak sabar...Nak abiskan 1 novel ni pon payah..lama dah x bercinta ngn novel..ok..let's read the sinopsis..tadaa......
ok x...? jom sambung baca....=)
Wednesday, May 25, 2011
merdeka?!
Merdeka! Tanggal 31, bulan 8, 57, merdeka merdeka....lalala...eh..apa kena mengena dgn lagu sudirman ni pulak? bukannya nk sambut merdeka lagi kn.hehe..xde la...topic merdeka tu sebab aku dh merdeka jawab exam utk final sem nih..tp xde la suka sangat...risau lagi ade la...mana taknye..belom merdeka sepenuhnya..selagi x keluar result, selagi tu la berdebar2 macam nk luruh jantung nih...ntah la...last paper hari tu, paper finance..susahnya..Ya ampun....hanya yang mengambil exam tu je yang tau macam mana susahnya soalan tu...walau pon soalan ABC tp x sesenang ABC tau..dengan masa yang x cukupnya..ishh..ntah apa la yang aku dapat..aku pon x dapat nk fikir..carry mark pon xtau..my lect tu..bukan nk bagi tau carry mark.kalau dia bagitau, at least leh la bajet2 utk luluskan..ini? em...tawakal je la sekarang..sebab sume dh lepas...
before exam finance tu, aku demam panas + sakit perut..aduh..mmg x boleh nk study langsung.mmg x sentuh langsung buku tuh..mmg x larat..rasa macam nk pengsan jer..aku berdegil xnk g klinik, tp telah dipaksa oleh roomate utk ke klinik..yaa...aku pasrah.(ayat x leh blah kn)..hehe...pasrah la sbb aku mmg dh x larat sangat time tuh.risau esok x dapat nk pergi exam.itu lagi kes bahaya..mau kena extend 1 sem lagi kt sini.mintak simpang laa....banyak betol obat diberi.pahit pulak tu..demi exam ku telan jua kamu wahai obat...erkkk....esok pagi, hny kurang sket je..tp masih sakit..awal pagi tu x leh study lagi..nasib la exam 230pm..leh la nk tgk2 apa yg patut..em...mmg sekali imbas je view balik..2 jam sblm exam.tp seb bek dh study sket sblm ni cuma x sempat nk cover last chapter.xpe la..redha je la skrg nih...
now, everything is over..ada banyak lagi benda yg kena buat. nk prepare utk praktikal bulan 6 ni pulak.berdebar jugak yg tuh.macam mana la keadaan aku nanti..cant wait that time..=)
ok la..banyak sangat merapu ni..adios~~
Sunday, May 22, 2011
Thinking of myself
i can't sleep tonite..myb because of nescafe. haha..blame it...nope..
i tried to study Finance for my last exam but i'm not understand it. so, stop studying, close the book and then blog walking. hehe... so, just continue study with my friends tomorrow. myb it will get more understand.
I tried to sleep but i can't. Too many things in my head.
I was thinking about my examination in the last year in UUM, 2 papers to go..
Am I pass the exam? if I'm failed? arghhh....I'm really worried...
I was thinking about my past life...there are too many things happened before.sweet memories, bitter memories, and so on..this is a life. All of this can make us more matured to understand what is life..
I was thinking about my future life. Can I get the job easily..? What kind of job? Related to my course or not (it's not important) as long as I get the 'Halal' job, who am I in next 5 years ? Myb I'm the System Analyst? Programmer? Database Admin? businesswoman? full time housewife?
Who's my soul mate? That can accept me.Understand me.Love me.Care to me.
I was thinking everything.....
That make me can't sleep......
The journey is still long............
"Life is a journey..."
Saturday, May 21, 2011
Jangan sampai bunyi haaaa..
haa..apakah itu yg jangan sampai bunyi haaa..??jeng jeng jeng....ini pasal MENGUAP la..alaa..kalau mengantuk kita kan selalu menguap..berkali2 menguap tandanya nk suruh tidur la kan..tapi kalau nk menguap tu cover2 la sket kn.jangan sampai bagi bunyi kuat2..syaitan suka dan tak sopan lah apa tah lagi kalau si gadis yg berkelakuan begitu..kn..?
Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." (HR Muslim)
Rasulullah Muhammad SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya." (HR Bukhari)
Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)." (HR Muslim)
heppp...sopan sket menguap tu.tutup mulut tuh...=)
Wednesday, May 18, 2011
Jemputan Kahwin
Monday, May 16, 2011
what should i do?
Everybody has a social creature inside them. Find out what berry are you today! #digiwhatberry
Thursday, May 12, 2011
Panggilan misteri....
Assalamualaikum dan selamat petang semua...
Tuesday, May 10, 2011
Jangan Buat Orang Yg Mencintai Kamu Kecewa
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
p/s: mesti ramai yg dah tau tentang ni kan..tp saja nk share kt sini sebab apa yg dikatakn diatas banyak yg betul.
Sumber : FB..