Assalamualaikum & Selamat Malam semua..
Malam ni nk share kisah rumput dan kasih sayang. Mungkin terdapat pengajaran melalui cerita ni. jom baca!
Seorang murid bertanya pada gurunya..
Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sdg mengajar mengenai kasih sayang.
Pelajar: “Cikgu, mcm mana kita nk pilih seseorang yg terbaik sbg org yg paling kita sayang? mcm mana juga kasih sayang itu nk berkekalan?
Cikgu: “Ok kamu ikut apa yg sy suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lg walau skali. Dah petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas”
Apabila pelajar tersebut pulang ke kls, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yg dipilih?
Pelajar: “Tadi masa sy berjalan, sy carilah rumput yg paling cantik. Mmg ada byk yg cantik tp cikgu kata petik yg paling cantik, maka sy terus berjalan ke dpn smbl mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lg. Tp smpai dipenghujung padang, sy tak jumpa pun yg paling cantik. Mungkin ada diantara yg dibelakang sy td rumput yg paling cantik tp dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jd tiadalah rumput yg sy boleh petik”
Cikgu: “Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita sayang, janganlah kita mencari lg yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai org yg berada didepan kita sebaik-baiknya. Jgn kita menoleh ke belakang lg kerana yg berlaku tetap dah berlaku. Semoga yg berlalu tidak berulang lg. Dan ingatlah orang yg plg kita sayang itulah yg paling cantik dan paling baik. Walaupun nk ikutkn byk lg yg cantik dan baik spt rumput td…
moral of the story : jangan menoleh ke belakang lagi setelah kita menjumpai orang yg kita sayang.hargai lah org yg menyayangi kita yg berada didepan mata kita dan tidak mencari yg lebih sempurna kerna tiada sesiapa yg sempurna didunia ini melainkan Allah s.w.t.
notahati : kamu adalah rumput yg paling cantik itu ^_^
suka2
ReplyDelete