Followers

Tuesday, August 16, 2011

Mentega haram ?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ke 16..
Diharap semua sihat..Amacam, ada yg dah buat kueh raya ke..? oohhh..aku masih belum berkesempatan utk buat kueh raya.Tunggu cuti nanti la..diharap sempat la nk buat dalam 2 hari sebelum raya tuh...haaa...uols but kueh guna butter/planta jenis apa ek..? dalam paper hari ni keluar butter golden churn ni haraaaaammm = tidak halal.euuww..nasib baik x penah beli..Selalu beli buttercup jer..Jom baca berita ni...



KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama

nota kaki: seb bek aku x pnh beli butter ni..lgpon agak mahal..woooo
sumber : kosmo

2 comments:

  1. hai ! visit dr diari sahabat blogger . ermm cm xpenah nmpk plak marjerin tu . nasib same pkai buttercup jugak..huhu

    ReplyDelete
  2. hi..ade je jual..x perasan la tu..tu l..guna buttercup pon dh ok..

    ReplyDelete