Followers

Tuesday, April 5, 2011

Karnival IT dibanjiri telefon tiruan

Assalamualaikum dan selamat petang utk semua..

waaa...apa kes ni..? ciplak2 pulak..bahaya betol la..so, kepada sesiapa yg berniat or terniat nk beli handphone baru, baik anda semua berhati2 supaya x tertipu dengan telepon2 tiruan ni..bukan saja kita rugi dgn membayar ratusan or ribuan ringgit tapi telepon tiruan ni amat bahaya.Ini disebabkan ia mudah meletup dan mungkin tidak mempunyai ciri2 keselamatan.antara sebab lainnya ialah ia mungkin mendedahkan pengguna kepada penembusan radiasi yg melebihi pada kadar yg sepatutnya. Kalau nk tau, handphone ni mengeluarkan frekuensi radio (RF) yg menggantikan fungsi kabel semasa ia membawa suara dan mesej ke stesen pangkalan telefon berhampiran. Namun,tahap radiasinya sgt lemah jika dibandingkan dengan radiasi yg dikeluarkan semasa proses sinaran-x.

so, sesape yg nk beli telepon baru tu, fikir2 lah byk kali ek..kalau boleh mmg kita yg nk murah tp kalau kita rasa harga dia murah sesangat dr harga pasaran tu, mst ada something wrong somewhere.nk beli tu biar lah, alah membeli memenang memakai..

opss..beritanya kt bawah nih :-

PORT DICKSON - Orang ramai diminta berhati-hati apabila membeli telefon bimbit di tapak-tapak karnival menjual peralatan komputer dan elektronik di seluruh negara berikutan ada peniaga dikesan menjual telefon bimbit tiruan.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Port Dickson Yusuf Bakar berkata, perbuatan itu dikesan selepas pasukannya merampas 143 unit telefon bimbit tiruan bernilai RM80,000 dalam satu operasi di Dataran Rembau minggu lepas.

Rampasan yang dibuat itu melibatkan 10 tapak gerai di karnival itu, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

"Mereka akan menayangkan telefon bimbit yang asli di ruang pameran gerai mereka tetapi selepas pembeli bersetuju dengan harga tawaran, mereka akan membuat keadaan seperti kelam kabut sebelum menukarkan telefon asli itu dengan telefon tiruan yang disimpan di bawah kaunter,” katanya.

Modus operandi para peniaga di tapak karnival ini turut dikesan di Senawang sebelum ini dan beliau percaya peniaga terbabit mempunyai rangkaian di seluruh negara. - Bernama

sumber : kosmo & berita harian

No comments:

Post a Comment