Followers

Wednesday, February 8, 2012

Senggugut

Assalamualaikum...

Senggugut..? Senggugut sangat sinonim dengan wanita. Ada wanita yg pernah merasai kesakitan akibat senggugut dan ada sesetengahnya langsung tak pernah mengalami atau merasainya..Untungkah mereka..? Untung la sebab tak merasa sakit seperti yg pernah mengalaminya. Ada sesetengah senggugut tu boleh memudaratkan. Misalannya, ia berterusan sehingga satu atau dua hari. Dan ada yg terpaksa ponteng kerja/kuliah/kelas sebab tak tahan menanggung sakit akibat dari senggugut. 


Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yg dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yg teruk manakala yg lainnya cuma kesakitan yg agak sederhana atau sedikit. 

Apa yang menyebabkan dismenorea?
Wanita/gadis mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mengalaminya apabila berumur 20 atau 30 tahun. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi dismenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya..

p/s : Kadang2 time nk datang period jadi takut sangat. Sebab takut senggugut teruk. Dah la selalu senggugut.-.- Dah pernah berubat kampung tapi hilang sekejap je.Lepas tu jadi balik. Kalau tak tahan sangat memang kena makan ubat la..Pain Killer la jawapnya..Walaupun tau pain killer tu tak bagus utk jangka panjang, tapi nk buat macam mana kan..Sakit sangat...fufffff..dok bayang sakit tu...tak tertanggung rasanya...Ubat kena sentiasa didalam beg and losyen mustajab or balm CNI..hehehe...Standby la katakan...
Jumpa doktor lak, tak da apa katanya..Normal jer nih...Yang paling best doktor cakap, 1 jer cara nk hilangkan senggugut nih...KAWEN!! .. ish...doktor2 ni saja ke nk kenakan aku..Dah 3 org doktor cakap benda yg sama..ermmmm....

Ermmm..ada ke petua utk hilangkan senggugut ni..? Menjadi ker? Mujarab ke..?Meh2 share sama sy...

opss...next entry pasal dismenorea primer and sekunder pulak..InsyaAllah..=)

notahati:bersabar dan bertahan dengan semua nih..

5 comments:

  1. Salam wbt, haah. kalau senggugut. fuhhh, terasa ingin bergolek-golek . Hehe, selalu sapu mustajab ja. And banyakkan berjalan. Petua dari doktot yang eme jumpa lerr. Dah try, boleh la kurangkan sikit rasa sakit tuu .

    ReplyDelete
  2. Koding Berkata:
    Itulah cabaran dan ujian menjadi perempuan...
    Redha dan bersabarlah...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah saya jenis yang senggugut tak kuat.. ada kawan asya cakap, bila datang senggugut minum air coke. tatau la betul ke tak -___-

    ReplyDelete
  4. Tinnie de pengalaman senggugut mase belaja kat MRSM dulu... tiap kali kene memang ambulan dtg pick up... sampaikan all the boyz hafal time priod Tinnie, siap remind lg.. MALUnyeee!!! dah la sakit.. tp skrg x dah... NAK TAU RAHSIA??? klik kat link k..

    http://tynnie-mini.blogspot.com/2012/06/senggugut.html

    ReplyDelete
  5. Salam. Tq becoz gift me ilmu yg bermenfaat ni.:-)

    ReplyDelete