Assalamualaikum
Wednesday, February 29, 2012
Wednesday, February 22, 2012
Thursday, February 9, 2012
Spontaneous Thursday
Assalamualaikum..
~✿..Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang
segar, DIA bagi saya kaktus berduri..saya
minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu..saya sedih &
kecewa..namun kemudiannya, kaktus itu berbunga..indah sekali dan ulat itupun
bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik..✿~
>>> Itulah jalan
Allah..indah pada masanya, Allah
TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN..kadangkala kita sedih, kecewa, terluka...tapi jauh
di atas segalanya DIA sedang
MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita...(✿◠‿◠)
InsyAllah..semuanya
ada HIKMAHNYA yang tersendiri.
p/s
: kadang2 kita juga tidak menjangka perkara itu akan berlaku.Bagi kita mungkin
mustahil.Tapi bagi Allah, hanya Dia sahaja yg tahu apa yg terbaik utk
hamba2Nya...
sumber:facebook
notahati:pasti
ada hikmah disebalik semua kejadiannya=)
Wednesday, February 8, 2012
Senggugut
Assalamualaikum...
Senggugut..? Senggugut sangat sinonim dengan wanita. Ada wanita yg pernah merasai kesakitan akibat senggugut dan ada sesetengahnya langsung tak pernah mengalami atau merasainya..Untungkah mereka..? Untung la sebab tak merasa sakit seperti yg pernah mengalaminya. Ada sesetengah senggugut tu boleh memudaratkan. Misalannya, ia berterusan sehingga satu atau dua hari. Dan ada yg terpaksa ponteng kerja/kuliah/kelas sebab tak tahan menanggung sakit akibat dari senggugut.
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yg dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yg teruk manakala yg lainnya cuma kesakitan yg agak sederhana atau sedikit.
Apa yang menyebabkan dismenorea?
Wanita/gadis mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mengalaminya apabila berumur 20 atau 30 tahun. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi dismenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya..
p/s : Kadang2 time nk datang period jadi takut sangat. Sebab takut senggugut teruk. Dah la selalu senggugut.-.- Dah pernah berubat kampung tapi hilang sekejap je.Lepas tu jadi balik. Kalau tak tahan sangat memang kena makan ubat la..Pain Killer la jawapnya..Walaupun tau pain killer tu tak bagus utk jangka panjang, tapi nk buat macam mana kan..Sakit sangat...fufffff..dok bayang sakit tu...tak tertanggung rasanya...Ubat kena sentiasa didalam beg and losyen mustajab or balm CNI..hehehe...Standby la katakan...
Jumpa doktor lak, tak da apa katanya..Normal jer nih...Yang paling best doktor cakap, 1 jer cara nk hilangkan senggugut nih...KAWEN!! .. ish...doktor2 ni saja ke nk kenakan aku..Dah 3 org doktor cakap benda yg sama..ermmmm....
Ermmm..ada ke petua utk hilangkan senggugut ni..? Menjadi ker? Mujarab ke..?Meh2 share sama sy...
opss...next entry pasal dismenorea primer and sekunder pulak..InsyaAllah..=)
notahati:bersabar dan bertahan dengan semua nih..
Tuesday, February 7, 2012
Apa itu PMS . . . ?
Assalamualaikum...
Hye alls..
Pernah dengar PMS? Apa itu PMS?
Beberapa hari sebelum kamu didatangi period kamu mungkin sedikit pemarah. Kamu senang memarahi adik
kamu hanya kerana dikejut sedikit awal daripada biasa. Kamu rasa diri kamu gemuk, kembung dan sentiasa lapar sepanjang hari. Teman lelaki kamu tidak memahami kamu dan kamu merasakan yang kamu memerlukan ruang untuk bersendirian kerana dia kerap menaikkan kemarahan kamu.
Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Ini bukan tipu-tipu kerana ada nama khas untuknya. Ia dipanggil PMS atau Sindrom Prahaid. Kamu pasti pernah dengar akan PMS daripada ibu atau kakak kamu. Mungkin ayah kamu
Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid?
Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:
- Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
- Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
- Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
- Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
- Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.
PMS dan Penyebabnya:
- Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
- Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
- Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
- Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.
Sebelum berjumpa doktor, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan PMS?
- Tulis diari. Kamu boleh meluahkan perasaan kamu sepanjang dua minggu sebelum bermulanya haid kamu. Jangan lupa menulis tarikh dan apa yang kamu rasa sepanjang tempoh itu. Kenal pasti tanda-tanda PMS dan periksa sama ada kamu mengalaminya. Jangan lupa juga mencatat jika kamu ada melakukan senaman atau makan sesuatu yang berkhasiat sepanjang tempoh itu.
- Ubah diet kamu. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah vitamin B tambahan sepanjang tempoh itu.
- Lakukan beberapa senaman. Berjalan, berlari atau berenang. Ajak kawan-kawan atau keluarga menemani kamu. Ini boleh menjadikan senaman lebih ceria dan menyeronokkan.
Bilakah saya patut berjumpa doktor kerana PMS?
Ada sesetengah wanita mengalami PMS yang teruk. Mereka akan merasa sangat sedih dan tertekan sepanjang tempoh ini. Wanita yang lebih muda pula merasa tidak selesa dengan perasaan menggemuk. Perubahan emosi juga boleh mengeruhkan perhubungan kamu. Lebih elok jika kamu berjumpa doktor jika kamu tidak selesa dengan PMS. Bergantung pada hasil diagnosis, ubat-ubatan mungkin diberikan oleh doktor. Walau bagaimanapun, waktu ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan kepastian daripada doktor tentang sebarang keraguan dan kebimbangan kamu.
p/s: Time nk period mood aku pon akan bertukar.Kadang aku akan jadi cepat marah, sedih dan sangat sensitif. Hal kecik pon boleh jadi besar. Kadang2 tu happy tak ingat..Semua perasaan bercampur.Apa nk buat, kena sabar je la kn...Kepada yg berkenaan jugak kena banyak bersabar la dgn perangaiku yg pelik neh...
sumber : kotex
Melawat Pengantin Baru
Assalamualaikum...
hye alls,
* lupa lak nak bergambar dgn dorg...
notahati:nakjadipengantinjugak.lol
hye alls,
Minggu ni aku melawat pengantin baru kt rumah dia di Putrajaya. Aku memang nk sangat jumpa dgn pengantin baru tu @ my friend, nana & din sebab time kenduri dorg aku tak dapat nk attend coz demam. . >SINI
So, berjanji la aku dengan dia utk ke rumahnya Ahad tu..Tp as usual la...If tiada aral yg melintang sampai la kami ke sana. Alhamdulillah, nasib baik diizinkan Allah...Akhirnya berjaya jugak jumpa pengantin kt rumah dia...hehehe
Tak susah pon nk mencari.Dengan direction yg diberi kami sampai dalam pukul 6 lebih. Agak lewat sket sebab before tu g cari hadiah pengantin dulu.hehehe...tak sempat nk beli...=)
Macam best je pulak tengok org kawen nih..hidup berdua <mode : gatai>..hikhikhik...Sampai2 je rumah dia dah bau makanan...ayoo...pengantin masak la tuk kami..segan kot..ekeke...Sembang2 dgn pengantin laki. Yang perempuan memasak...aaahaa..aku dok depan jugak sbb si nana tak bagi aku dok dapur..huhuhu...
Disamping melawat dorg, aku jugak ada intention lain..haa..apa ya..? Aku nk amik sijil kursus kahwin aku kt nana..Mesti pelikkan....macam mana pulak sijil aku kt dia..? hohoho...aku pon musykil jugak tapi rasanya masa dok sebilik hari tu dia termasukkan sijil aku dalam folder dia la tu...patut la aku cari tak jumpa.Merata kot aku cari..haiihh..-.- . Nasib baik la ada kt dia. Kalau tak, blur jap la aku kn...
Now,sijil tu dah ada kt aku..yeaayyy...boleh kawen dah >.< mode: gatai ag...ekekeke...
Opss..mengarut dah..Lepas makan2 aku pon berangkat pulang..eh belom pulang ke rumah ya...Rugi la p putrajaya tak bergambar dulu kan....Fenomena malam la sebab hari pon dah malam..hahah..hujan sama -.-
Tapi takpe, itu tak beerti tak boleh berposing kan...So, apa lagi..posing before balik la....Tapi itu next entry laa...rasa panjang sangat dah nih...okkk...adios..
* lupa lak nak bergambar dgn dorg...
notahati:nakjadipengantinjugak.lol
Bertunang..?
>> BERTUNANG?<<
Pertunangan itu secara mudahnya adalah LAMARAN seorang lelaki ke atas seorang wanita untuk dijadikan isterinya..sebagai contoh :
✿~ Farid : Saya sudah membuat keputusan dan berfikir masak-masak, saya mahu melamar awak untuk dijadikan isteri saya serta ibu kepada anak-anak saya nanti..
✿~ Fatimah : Saya terima dengan hati yang terbuka dan semoga Allah permudahkan urusan kita..
>>> Tetapi perlu diperhatikan juga beberapa perkara : Antaranya , wanita tersebut perlulah seorang yang sudah MATANG dan BERKELAYAKAN untuk membuat keputusan..jika masih dirasuk jiwa remaja dan angin cinta entah dari mana, maka jawapan dari si wanita atau si gadis dianggap TIDAK LAYAK..maka sebaiknya, MELAMARLAH terus kepada bapa atau ahli keluarga si wanita tersebut, jika benar-benar IKHLAS dan SERIUS..
Apabila lamaran diterima, maka mereka berdua dianggap SAH menjadi tunangan masing-masing, samada diketahui orang ataupun tidak dan si lelaki atau wanita tidak boleh dipinang lagi oleh orang lain selagi mana ikatan pertunangan itu masih berlangsung..ini kerana ia merupakan ‘PERJANJIAN’ , maka ia perlu DIJAGA sebagai SATU AMANAH dan TIDAK BOLEH DIKHIANATI..kerana itu Nabi s.a.w MENGHARAMKAN pinangan atas pinangan..♥♥

Puding Karamel Tanpa Telur
Assalamualaikum...
hi alls...
Disebabkan hari ni masih cuti dan sangat bosan duduk goyang kaki di rumah, jadi aku membuat keputusan utk membuat puding karamel.Actually semalam aku dah buat dengan anak saudara aku, tapi macam tak cukup dan tak puas makan.Jadi aku buat lagi hari nih..Sorg2 jee-.-
Bahan A

pic puding ni dah lama la..baru nk upload..huhu
Ok, bahan-bahannya:Bahan A
- 2 senduk gula
Bahan B
- 7g atau 1 peket serbuk agar2 - agar2 serbuk takde, guna agar2 kering - 1/2 agar2 kering yg 15gm
- 4 cawan air
- 2 1/2 senduk gula
Bahan C
- susu cair 1 tin @ 400g
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara membuat
- Campur bahan-bahan C hingga sebati
- Cairkan gula dalam periuk dan bila dah agak hangus, boleh tambahkan air (ikut suka) - 2 sudu besar atau 1/2 cawan air.
- Tuangkan gula hangus ke dalam bekas.
- Dalam periuk lain, didihkan bahan B kemudian kecilkan api dan tambah bahan C. Kacau rata beberapa minit hingga pekat.
- Tuang bahan B ke dalam bekas yg dah diisi dengan gula hangus tadi
- Sejukkan dalam peti.
Actually resepi puding ni sangat senang. Karamel tanpa telur, so, boleh la kurangkan lemak2 yg sedia ada..hehehe.
Selamat Mencuba..
credit to : myresepi.com
Thursday, February 2, 2012
6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM
Assalamualaikum...
p/s :betapa hebatnya insan bernama wanita...terlalu banyak kehebatan dan untungnya menjadi seorang wanita. Hargailah WANITA =)
notahati: thanks to someone for sharing this nice article ^_^
I just want to share about this in my blog...
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.
6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

Subscribe to:
Posts (Atom)