Followers

Saturday, April 2, 2011

Alahai..minyak naik lagi...

KUALA LUMPUR - Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya di sini semalam.

sumber : kosmo

My Mr Right

saturday 2april2011 140am
salam u alls..
hai..tajuk entryku kali ini adalah MR RIGHT..hehehehe..
mode : bermonolog


pada suatu malam, aku sedang bersiap2 utk keluar date dgn Mr Right aku.sungguh excited time tuh..tengah pk2 nk pakai baju apa, tudung apa..biasala...first time kan...cuaca pada hari itu hujan sangat lebat. kami dah berjanji akan jumpa di Mall pada pukul 8 malam..sekarang jam dah dekat pukul 8 malam.tp aku risau masih x siap lagi...aku x nak terlambat jumpa si dia..dengan keadaan hujan yg lebat tu, aku pon keluar jugak.aku pergi seorang dgn menaiki bas..waa...dada ku dup dap dup dap..berdebar ni..macam mana la agaknya first impression dia terhadap aku..? first impression aku terhadap dia..huh..takutnya...ops..dah pukul 8 malam laa...aku dah lambat. sampainya di Mall, dari jauh aku nmpk dia dari belakang yg memakai baju berwarna kuning..makin dekat aku melangkah makin berdebar..sekali teeet teett...handphone aku berbunyi.ada mesej masuk nih.."Assalamualaikum..gudmorning..bangun2....."
aku tersentap dan dengan mamainya aku membalas "Wkslm..Ya Allah. dh pukul 7 pg..nnt nk solat Subuh dulu".jeng jeng jeng..rupanya aku telah bermimpi...waduhh..enggak sempat mau ketemu Mr Right.Mukanya enggak jelas...semua ni gara2 mesej dipagi hari tu..tp disebabkan mesej tu jugak aku dapat bagun solat Subuh.terima kasih jugak la pada si penghantar mesej..it's ok la, xdapat nk tengok sapa dia My Mr Right. mungkin kalau ada jodoh berjumpa lagi dalam mimpi..heehehe..moral of the story , jangan asik nk berangan je okeh...sekian,abis sudah...=)