Followers

Monday, March 28, 2011

Pokok dipenuhi sarang labah-labah



KARACHI, Pakistan - Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.

Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.

Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.

Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh. - Agensi

sumber : kosmo


3 comments:

  1. gempak la!! macam kapas pun ada.. seni wooo.. wiii.. saya ada buat cntest sbnar ny.. tengok2 la ye..wiii..papai

    ReplyDelete
  2. nmpk cam gempaq..tp kn..kalau dekat2 mst menyeramkn kn...xtau la..nk g tgk jauh sgt..haha..ok..blogjogging ke sana.

    ReplyDelete
  3. http://twins-detwin93.blogspot.com/2011/03/contest-kami-fotogenik.html

    cuba tgk tu

    ReplyDelete