Followers

Thursday, March 31, 2011

Banjir di Perlis Makin Buruk

Ops...banjir lagi..?mungkinkah sejarah akan berulang...?

KANGAR - Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan 2,386 mangsa daripada 593 keluarga dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan yang dibuka kerajaan negeri sejak kelmarin.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azizan Hamid berkata, mangsa di daerah Kangar merupakan paling ramai dipindahkan ekoran banyak penempatan penduduk dinaiki air sehingga paras pinggang.

Bagaimanapun, pihaknya menyifatkan banjir kali ini bukan bencana alam sebaliknya merupakan banjir kilat ekoran hanya di kawasan bandar paling teruk terjejas.

"Taburan hujan sejak 29 Mac lalu mencatatkan taburan tertinggi sekitar 130 milimeter menyebabkan sungai Perlis melimpah di sekitar di bandar Kangar.

"Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih melepaskan air daripada enam Empangan Timah Tasoh ekoran paras air di empangan itu melebihi paras normal," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

sumber : kosmo

Hotel Tertinggi Di Dunia

Wah, makin hebat dunia sekarang.ada hotel yg tertinggi di dunia! agak2 la berapa la kos utk menginap kt situ yek....fikir2 kan la...=)


HONG KONG - Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.

Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.

"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.

Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya. - Agensi


sumber : kosmo

Happy Birthday To Me

Thursday 31032011 140

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

selamat hari lahir utk sy..(^_^)
terima kasih kepada kawan2 yg sudi sambut birthdayku ini..to my beloved frenz nana,nurul, kak tirah n reen(as photographer), i really appreciate this..terharu banget nih..x sgka sambut birthday kt tasik(dh malam pon..x nmpk sgt tasik tu=))

to my dearest roomate, fiza,sasha,wana n nad, also thanx to all of u coz celebrating me.. im also touching for this..kalau lah p duduk kt katil tu, naya je kek tu kan..heehe...

thanx to all of u..

im really tired n sleepy now..so, i'll continue this in next entry..
luv u all..muahhhh...

Tuesday, March 29, 2011

"Saya nak join bloglist Nelly The Strange"

Assalamualaikum & selamat pagi semua


Entry kali ini adalah bertajuk "Saya nak join bloglist Nelly The Strange"
macam mana boleh nk join ni..? oh, ini adalah gara-gara namaku telah di tagoleh si SANA. So, apa salahnya kita joinkan..free jerk...rajin dgn x jer...hehehe.ok la, sy harap sy dapat join bloglist Nelly ni.kategori yg dipilih adalah "SEMPOI".

Syarat-syarat utk contest adalah seperti berikut:
  1. copy banner nelly - cam kat atas tu
  2. buat entry pasal "Saya nak join bloglist Nelly The Strange"
  3. Pilih salah satu kategori, Otai, Sempoi atau Cool
  4. Tagkan 3 org rakan utk contest ni
  5. lastly,paste kan link dekat komen entry contest cik nelly.hari ni last day..cepat2 join..
ok..org yg saya tag adalah

Kuda paling kerdil di dunia

woot woot wooott...see..this horse really cute...=)

NEW HAMPSHIRE - Seekor kuda kerdil, Einstein yang merupakan kuda paling kecil di dunia akan menyambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama pada bulan depan, lapor sebuah akhbar semalam

Einstein yang hanya mempunyai ketinggian 50.8 sentimeter dan ia menjadi tarikan kerana kuda kerdil yang normal yang lahir akan mempunyai purata tinggi 0.53 meter.

Bagaimanapun, pihak Guinness World of Records tidak akan mengiktiraf Einstein menjadi kuda kerdil paling kecil di dunia selagi haiwan itu belum berumur empat tahun.

"Namun, kami berdua yakin ia (Einstein) sudah berhenti pembesarannya," kata pemilik kuda kerdil itu, Charlie Cantrell dan Rachel Wagner di ladang milik mereka di Barnstead.

Ibu kuda itu setinggi 81.3 sentimeter manakala bapa haiwan itu mempunyai ketinggian 76.2 sentimeter.

Kuda itu dibeli oleh pemiliknya daripada seorang pembiak kuda kerdil. - Agensi

sumber : kosmo

Monday, March 28, 2011

Contest Kalaulah Aku Jadi Jutawan..


hi peeps...
yeah...hari ni secara x sengaja cik qaseh telah terjumpa satu blog yg menganjurkan contest.blog yg menarik minat utk cik qaseh join ialah...jeng jeng jeng
............................................RIEZARCHRY...................................
sila klik nama penganjur tu kalau nk tau sapa orgnya...hehe
ini adalah CONTEST pertama yg sy join tau..

ok..syarat2nya mudah je..

letakkan gambar seperti ni dientry anda


pas tu senaraikan 3 benda yg paling korang nk buat kalau bergelar jutawan

ok..kalau la saya jadi jutawan, saya akan buat :-
  1. Simpan separuh duit tu dalam bank.duit tu x akan diusik sewenang2nya coz utk saving hari tua dan kalau terdesak boleh la guna kan.
  2. Nak beli kereta idaman, rumah idaman dan nak buka butik baju or butik andaman pengantin, dan kedai bakery.so, duit ni boleh la dilaburkan dalam bank dan menambahkan aset.
  3. nk bawak mak dan semua keluarga g Mekah buat haji.ps tu g melancong serata dunia dan yg paling teruja sekarang nk g KOREA..
ok done..sekarang sy tag 3 org kawan sy :







SOUND ORG?!

Monday 1500
Assalamualaikum & selamat petang semua..(bajet ada org baca la kn..haha) hari ni cik qaseh nk story cerita kejadian semalam..mlm td terlampau penat dan x sempat nk update ini blog...ok...ceritanya begini:

Situasi :
Tempat : Kelas Finance
Tajuk : terSOUND org...
kejadian berlaku pd pukul 8 lebih.Ok, spt diberitahu this week lecturer mmg nk bagi kuiz n assimen.tp xtau la pulak, hari ahad ni dia bg kuiz..mai2 kelas lecturer dok edar kertas soalan.haa..hambik kau..menganga la nk menjawab soalan.dh la lupa bawak kalkulator, yg kawan sebelah ni x bawak note.km pon share la note utk cari jawapan.dalam dok kalut2 mencari jawapan, kedengaran bunyi bising kt belakang kami..haishh..geram betol la..sapa pulak yg memekak ni..ada la 2org minahchi ni pot pet pot pet sambil kertasnya terbentang elok didepan mata.maksudnya, dia x buat pon.dok jeling2 jawapan kami yg kt depan ni.geram2.



ok,yg kedua pulak.ada lah 3org mamat yg dok sebelah si sana ni.depa tu pon sama..dok sembang ntah apa2.bising tau x.ceq ni hairan la..pasai pa depa dok bising nih..?x jawab kuiz ka..?dan, ketika itu lah(runsing x dpt jawapan dgn bising disekeliling)..ceq terSOUND mamat 30rg nih..
HANGPA NI X JAWAB SOALAN KUIZ KA?! dan ketika itu jugak la air muka mereka bertiga berubah serta merta...malu kot..dan2 pulak time tu nk buat soalan tu.cess..si sana ni dok bg jawapan terus kt dia..tp xnak.katanya nk formula.nk buat sendiri..pooodahhh...lakonan semata2..macam la ceq ni xtau..haishh...macam2 la budak zmn skrg nih..
(dalam keadaan serba salah )opss..terlepas suda...ceq tny kt kwn sebelah ni..kuat ka ceq cakap..?dia cakap kuat la..alamak,cmna ni..?dia kata..xpa..rilex la..pas kita sound org muka kena cekang..aduh..kami ketawa...ceq pon x sgka terlepas sound org..haa..wt pasai lg kn..kn dh x pasai2 kena sound free...


Pokok dipenuhi sarang labah-labah



KARACHI, Pakistan - Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.

Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.

Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.

Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh. - Agensi

sumber : kosmo


Sunday, March 27, 2011

Akhirnya dapat jugak daftar nuffnang!


Ahad 0042

salam..hi semua..gumbira rasa hati ni bila berjaya daftar NUFFNANG..
entry ini ditulis sebaik sj cik qaseh berjaya meloloskan diri dalam pendaftaran nuffnang...

agak lama dan terseksa juga utk daftar ni..bukan sebab apa pun,
ini semua hanya disebabkn line internet yg slow tahap siput sedut..
geram rasanya..berapa kali dh daftar..asyik failed je..

jutaan terima kasih la kpd sahabat cik qaseh ni, SI SANA, yg sudi
mendaftarkan NUFFNANG di netbook kecik molek die..tak lupa juga kt
CIKCLEOPATRA yg sudi kongsi serba sedikit tentang nuffnang ni..
cik qaseh masih hijau dalam dunia blogging ni..
diharap semua blogger yg lain dapat membantu
cik qaseh dgn blogger baru yg lain dalam
meneruskan perjuangan dalam dunia ini..
sekian, terima kasih...

sila lah klik2 kt bahagian Tabung beli kereta eh...hehe...
wink =)

Saturday, March 26, 2011

Kepala treler tergantung di tepi lebuh raya



FORTH WORTH, Texas - Anggota-anggota bomba di sini berjaya menyelamatkan seorang pemandu lori treler air yang tergantung di bahu lebuh raya selepas ia berlanggar dengan sebuah kereta Honda, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba Forth Worth, Tim Hardmen berkata, anggota-anggotanya menggunakan tangga dan peralatan abah-abah untuk mengeluarkan pemandu yang berada dalam keadaan menggeletar dari ruang pemandu pada ketinggian 15.24 meter.

Operasi menyelamat dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi Rabu lalu itu melibatkan seorang lelaki dan wanita yang berada dalam kereta Honda.

Kereta itu tersepit di antara treler dengan penghadang di lebuh raya.

Pemandu lori itu hanya mengalami kecederaan kecil. - Agensi

New Look

yuhuuu...u all sedang apa time2 cam gini..?mst tdo lewat kn..al maklum la..esok kn cuti..cik qaseh dah stat cuti semalam...ye la..dok kedah cm ni la.
cuti jumaat sabtu..ahad sekolah..hehe..

so,dihari cuti yg bahagia ni, cik qaseh hny set mind
utk kemas bilik yg macam tongkah pecah...aksi ini jgn ditiru ya..x bek ooo...
mengemas la dari pagi sampai tgh hari.ntah ape yg dikemas xtau la...tp ok la..buleh la nk bernafas..cik qaseh mmg RIMAS kalau bilik ni SEMAK n BERSEPAH..dh la bilik kecik kn,dok 3 org pulak tu..peluang diwaktu cuti ni tidak lah diabaikn begitu saje.
(padahal, keje sekolah melambak).tp xpe, janji bilik kemas n puas hati..keje sekolah leh buat esok kn.PROMISE!

di malam hari pulak, pas je makan malam beron9 la cm biasa la kn..
sahabat cik qaseh SI SANA ni pulak sebok dok edit2 blog dia..tukar2 pendapat la..sharing is caring rite..?huhu..disebabkan dia bertanyakan hal edit mengedit ni, cik qaseh pon
secara x langsung terjebak la..punya la lama nk decorate blog ni..
nk mix n match color..x puas hati je tukar..
smpi rasa hati ni puas lah..
lastly ini lah hasilnya...
opss..lupa nk capture
before editing la..
tgk je la yg ni k...

ha..ok x...? bg cik qaseh ok dh ni.yg sebelum ni look dull sgt..ni nmpk ceria sket..
syok sendiri la pulak kn..hehe tp kpd sape yg nk
memberi kritikan membina,
silakn ye.dialu2 kn...=)

Bilik jadi akuarium

salam..hi uols...ni satu lagi kesah pelik omputeh ni...buat bilik jadi akuarium dalam umah lengkap dgn hidupan eksotik... macam-macam hal kn...nk wt camna, dh hobi dia camni..jom baca..



NOTTINGHAM - Tidak ramai yang sanggup menukarkan bilik bawah tanah kediaman mereka menjadi sebuah akuarium besar tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Britain, Jack Heathcote, lapor sebuah akhbar semalam.

Heathcote, 37, membina akuarium persendirian itu dengan kos £5,000 (RM24,603) di rumahnya di sini dan memenuhinya dengan beberapa spesies hidupan air tawar eksotik.

Akuarium gergasi itu yang berukuran 3.8 meter x 3.9 meter x 2.1 meter terletak di bawah ruang tamu kediaman lima biliknya.

"Hobi saya bukan sekadar menguasai hidup saya tetapi ia juga menguasai rumah saya," katanya.

Lelaki itu yang bekerja sebagai guru turut memberitahu, tiada televisyen di rumahnya kerana dia lebih gemar melihat ikan-ikan peliharaannya itu berenang. - Agensi

sumber : kosmo

Friday, March 25, 2011

Sekurang-kurang 25 terbunuh dalam kejadian gempa di Myanmar


YANGON 25 Mac - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila gempa kuat 6.8 skala richter menggoncang Myanmar di kawasan berhampiran sempadan Thailand.

Gegarannya itu dapat dirasakan sehingga ke Bangkok yang terletak hampir 800 kilometer.

Pihak berkuasa Myanmar menyatakan banyak mangsa terkorban di bandar Tarlay iaitu 10 lelaki, seorang kanak-kanak dan 13 orang wanita. - AFP

sumber : utusan malaysia online

Thursday, March 24, 2011

Laluan pejalan kaki unik

LALUAN pejalan kaki yang kelihatan seperti curam di Alicante, Sepanyol.

ALICANTE, Sepanyol - Satu laluan pejalan kaki yang dibina dengan menggunakan bata di bandar tepi pantai di sini memiliki corak kiub yang memberikan kesan tiga dimensi (3D) apabila dipandang, lapor sebuah akhbar semalam.

Laluan itu mencetuskan kontroversi berikutan ilusi 3D tersebut menyebabkan orang ramai berasa gayat apabila melaluinya.

Corak 3D itu menampakkan laluan berkenaan curam dengan susunan bata itu menyerupai anak tangga yang besar walaupun ia sebenarnya rata dan landai. - Agensi

sumber:kosmo

Air di Tokyo tidak selamat untuk bayi

TOKYO – Pihak berkuasa Jepun menasihati agar bayi tidak diberi minum air paip di bandar raya ini ekoran ia mengandungi tahap radiasi yang tinggi.

Menurut pihak berkuasa, air di loji pemprosesan air bersih untuk kegunaan 13 juta penduduk di sini mengandungi bacaan tahap radioaktif berjumlah 210 becquerel iaitu dua kali ganda melebihi tahap selamat untuk bayi.

Pencemaran itu berpunca daripada kebocoran partikel radioaktif dari beberapa reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang meletup selepas gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac lalu.

“Pencemaran ini adalah kesan langsung dari loji nuklear Fukushima Daiichi,” kata seorang pegawai kerajaan di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, penduduk Tokyo termasuk rakyat asing yang bekerja di Jepun berpusu-pusu meninggalkan bandar raya ini sejak hujung minggu lalu ekoran pencemaran radioaktif dalam sumber makanan dan air.

Mereka menaiki kenderaan darat seperti kereta api dan penerbangan menuju ke bandar-bandar di barat Jepun.

Sementara itu angka rasmi mangsa yang maut dalam tragedi tersebut itu setakat ini meningkat kepada 9,199 orang dengan 13,786 lagi masih hilang manakala anggaran kerugian pula mencecah AS$300 bilion (RM907.6 bilion).

Sementara itu, Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (AS) menyatakan ia menghentikan import susu, sayur dan buah-buahan dari empat wilayah di timur laut Jepun yang berada dekat dengan loji nuklear tersebut.

Hong Kong turut mengikut jejak sama dengan mengharamkam import barang tenusu, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging dari lima wilayah dekat loji nuklear tersebut.

Para pekerja di loji nuklear yang membekalkan tenaga elektrik itu bertungkus-lumus untuk membaiki sistem penyejukan yang terletak 250 kilometer dari Tokyo. – Agensi

sumber : kosmo

Kucing duduk seperti manusia


tengok kucing ni...really cute..hehe..kucing pon perlukan rehat tau..."Dia" pon penat cm manusia gk..sayangi lah kucing2 anda...ohh...i miss my cat..



LONDON - Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam.

Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar.

Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia.- Agensi

sumber: kosmo online

Wednesday, March 23, 2011

InshaAllah Lyric



InshaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Tuesday, March 22, 2011

Iktibar dari Tsunami Jepun

salam..hi...cik qaseh jumpa artikel menarik pasal tsunami Jepun ni..nk share sama2 la kn...mari kita hayati dan amik iktibar dari tsunami ni...

11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.

Sebagai mahasiwa yang cakna dengan keadaan semasa, saya tampil untuk rasa bertanggungjawab membawa para pembaca khususnya mahasiswa untuk buka minda, buka mata dan buka hati mengenai isu ini. Pertamanya saya ucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi disana.

Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah. Firman Allah :

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]

Jika satu masa dahulu kita mengambil Jepun sebagai salah satu negara yang mengamalkan sunnah nabi walau tidak beragama namun sekarang jelaslah bahawa betapa pentingnya agama perlu ditekankan dalam sesebuah negara. Penting sekali penghayatan dan pengamalan oleh pemimpin sebuah negara itu sendiri.

Namun, mengapa kita sibuk-sibuk mahu masuk campur hal negara orang lain? Jagalah kain sendiri. Malanglah yang memikirkan perkara sebegini. Dan saya rasa amat sedih dan kecewa sekali bilamana tragedi ini seolah-olah menjadi satu gurauan sesetengan manusia yang tidak empati dengan jiran kita.

Akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Itukah tanda keprihatinan kita? Sehinggakan aksi ini telah disiarkan disiaran di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN. Sungguh menjengkelkan dan memalukan bukti betapa tidak sensifnya kita.

Dalam kesibukan dunia mengenai gempa bumi ini, kerajaan Malaysia amat prihatin sekali di mana, buletin di televisyen berbicara mengenai implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta implikasi kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato' Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.

Tiada kenyataan rasmi Perdana Menteri kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga setia negara matahari terbit itu dari dahulu lagi. Itulah bukti keperihatinan kita. Agungkan?

Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah?

Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :

"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)

Mari kita ambil iktibar atas kekuasaan yang telah ditunjukkan. Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepada-Nya. Jangan khuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.

Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indikator terbaik buat kita semua supaya bisa belajar dan mengambil iktibar daripadanya.

sumber dari iluvislam

Monday, March 21, 2011

Rakyat Malaysia suka bazir air...??


Salam..hi uols..ri ni cik qaseh nk kongsi cite rakyat malaysia yg suka bazir air ni..jalan2 kt iluvislam jumpa artikel ni..saje nk share bersama..ok..mari kita baca..


RAKYAT MALAYSIA PALING TINGGI BAZIR AIR DI ASIA TENGGARA

Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding pengguna negara lain di Asia Tenggara, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, katanya, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura 155 liter dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.

Katanya kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat. "Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Chin berkata mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang. "Kita tidak sedar tindakan kecil seperti membiarkan air paip terus mengalir ketika memberus gigi dan mengabaikan kebocoran paip boleh mengakibatkan jumlah besar pembaziran air yang dirawat," katanya.

Karnival sehari dengan tema '1Hijau 1Komuniti' yang dianjurkan oleh kementerian dan Greentech Malaysia antara lain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup kehijauan serta menonjolkan inisiatif kehijauan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Seramai hampir 4,000 pengunjung menghadiri karnival itu yang menampilkan pelbagai aktiviti termasuk permainan untuk kanak-kanak, konsert mini, bengkel pendidikan dan menukar barangan kitar semula dengan hadiah.

- Kuala Lumpur, 13 Mac 2011


-

-

-

-

-

-

-

-

ha..baca dh kan...tgk, betapa membazirnya rakyat kita ni membazir air...pesanan cik qaseh utk cik qaseh and rakan2 kt luar sana...klu nk gosok gg ke, cuci muka ke tutup la air tu dulu.

jangan membazir k..sayangi la air di bumi kita yg indah ni..heee...peace~~

Saturday, March 19, 2011

BUKIT BENDERA DALAM KENANGAN!


Kereta api Bkt Bendera operasi semula April

Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera dijangka beroperasi semula pada pertengahan bulan depan dengan menggunakan koc baru berhawa dingin buatan Switzerland dan menggunakan kuasa elektrik.

Majlis penyerahan perkhidmatan tersebut kepada Perbadanan Bukit Bendera yang terletak di bawah Perbadanan Pulau Pinang (PDC) dilakukan hari ini.

Kerja menaik taraf perkhidmatan kereta api yang berusia 87 tahun yang selama ini digerakkan dengan kabel dilakukan awal tahun lalu oleh Kementerian Pelancongan dengan kos RM73 juta.

Selepas menaik taraf, ia kini boleh membawa sehingga 50 penumpang serta mengambil masa 10 minit untuk perjalanan sehala.

"Projek menaik taraf kereta api Bukit Bendera merupakan usaha dan sumbangan kerajaan persekutuan kepada penduduk Pulau Pinang,” kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen kepada pemberita selepas majlis penyerahan tersebut.

sumber : kosmo online


yess..pas ni leh la g bukit bendera lg..em..tp terlalu byk kenangan cik qaseh kt sana.

takot cik qaseh xleh nk control feeling pulak..sob sob sob...sedih ooo..

syuhhh..syuhh,,perasaan sedih, sila pergi jauh! cik qaseh

hanya nk gembira je skrg ni....

klu cm tu kena skip dulu la nk g bukit bendera skg ni..pegi tmpt lain yg lg best yg xde

kenangan n create memory indah yg baru..cewah...yoyooo jer..

hehhehe..bukit bendera oh bukit bendera..

Thursday, March 17, 2011

boring + tired = sleepy

hi...salam semua..waa..hari ni mmg sakan cik qaseh cuti..org len stat cuti sok, tp cik qaseh cuti ri ni...best best best..hehe...tp dalam best tu ada x bestnya...selalu time cuti ni cik qaseh rajin la nk mengemas apa yg patut dlm bilik ni..tp disebabkan kaki cik qaseh teramat sakit, x jadi la nk kemas2 bagai..kemas biasa2 je..masalahnya cik qaseh x leh nk diri lama2..sakit mcm mencucuk2 kaki nih..xtau la np.bgn2 tdo da sakit...dugaan...

teet teeet....nfon cik qaseh bunyi..ada SMS la...oh, ada org ajak cik qaseh dating la...siapa kah org itu..lihat disini hanna. ohh..mmg kebetulan...cik qaseh mmg nk keluar g beli barang...sdg mencari kawan utk teman...klu xde pon cik qaseh nk g sorg jer...so, berjanji la cik qaseh dgn si dia td..sorg di utara sorg diselatan..tgn ni dok pulun la taip SMS kt dia..masing2 dok balas SMS..yg kt utara sdg menunggu prebet yg x kunjung tiba..yg di selatan sdg menanti bas yg x nmpk2 batang hidung(bas ada hidung ker...hehe).at last yg diselatan ni dpt nek bas dulu.km dh janji, tunggu kt SANA je la...tup tup bas tu lalu ikut utara.haa..tu dia..cik qaseh nmpk dia..dia pon naik la bas tu...akhirnya sama bas jugak..hehe...sesak2 dalam bas tu..ramai tol org balik kg minggu ni..ada apa ntah..heran cik qaseh(pd hal jeles).

masing2 beli la barang2 yg dihajati.di luar, ujan turun dgn lebatnya..adoi..lapaq plak dah...cari la makan kt kedai2 berdekatan. balik pon dalam ujan yg sgt lebat..oh..bas free itu sungguh lama utk smpi ke destinasi..rasa lama sungguh perjalanannya..mengalahkan nk ke jitra...tp alhamdulillah, sampai jugak akhirnya walaupon lmbt..bak kata pepatah, biar lambat asalkan selamat..hehe...sekian omelan ku yg nth apa2 nih...


Wednesday, March 16, 2011

Kisah di kawasan perkuburan

hi...ari ni cik qaseh nk kongsi tentang kisah seram ...tp x seram mana pon..ok..let's read it...

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Utk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas bersebelahan sebuah tanah perkuburan.

Hati mereka berdebar2 semasa melalui tanah perkuburan itu dan dalam sayup malam, mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan itu.

Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri tanah kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk tukul besi dan pahat.

Dalam keadaan yg agak gelap itu, org tua tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara, "Fuhhh...Terkejut..kami ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut je."

Sambil merapati org tua itu, mereka bertanya "Apa pakcik buat malam2 buta di kubur ni?"

Lelaki tua itu menjawab dengan marah, "Bodoh!!"
Dia org salah eja nama aku!"

Berehat seketika

as salam..
hi sume...hari ni baru ada masa utk cik qaseh update blog nih...smlm dh lepas 2 midsem exam...lega rasanya..resultnya?xtau la...tungguuuu...mmg penat 1 hari 2 paper.rasa nk pengsan je..ni baru midsem..belom final lg..makin risau..

ni yg best ni...esok..cik qaseh xde kelas..kelas sume batal..bagus kn..leh la berehat menenangkan fikiran..hehe...igt nk p jenjalan ngn my sis..xtau la jd ke x..boring lak dok terperuk je lam bilik nih(x sedar keje byk...hehe)..

ish...apa nk tulih ri ni..rasa cm byk je idea..hilang pulak idea2 ku..tolong bg idea tuk cik qaseh merepek disini.......

Monday, March 14, 2011

Kekeliruan melanda diri...


Assalamualaikum semua..
waduh..udah jam 4a.m tp cik qaseh masih belum tidur...actually, cik qaseh dh tdo kejap td tp xleh tdo pon...macam2 reason la..nmpk je cm tdo tp xtdo pon sebenarnya...cuma cik qaseh merehatkan badan yg penat seharian duduk ngadap buku FINANCE..oh...finance lg..??finance finance finance....abis lebam otak cik qaseh ngn finance ni...alhamdulillah, ari ni dh cover last topic kira2 yg masuk exam..tp, baru je nk revise balik, kekeliruan melanda diri ini..skema pulak ayat teman..huhu...tp serius, cik qaseh mmg tgh confuse, terus xde mood nk study..almaklum la..dh lewat malam pon..eh, dh pagi pon...x larat dh otak n badan nk berfungsi...
paper usahawan x study pon hari ni..x sempat la pulak...

td lebih kurang jam 9pm, cik qaseh didatangi kakak cik qaseh...wa..jumpa kakak n anak2nye...rindu gle la...tp yg x bestnye ank sulungnye si sasha tu x ikot la pulak..x dpt la jumpe.kata adik2nye,si kakak g kenduri kawen ikot pakciknye...yg ,makciknye ni x nk jumpa pon..sob sob sob...sedih la..

kenapa depa dtg?suke ati la nk dtg ke x...hehe..xde la...cik qaseh yg suh depa dtg.amik barang2 yg dh melambak kt bilik cik qaseh ni..suh bawak balik kg...ni kn final sem...nnt xde la nk berangkut byk2...dh alang2 depa ada kt aloq staq nih, ceq suh la mai amik...

em..ibunye suh cik qaseh lihat2 la np notebook baru die x detect modem..haishhh...ade notebook baru lg kakakku ini..byk tol..ehehe...tp cik qaseh x dpt nk bantu la..=( ..xtau le ape sebabnye...dh godek2, x leh jgk..em..nasib ler...kne p kedai la suh setting..

dh lewat dgt ni..cik qaseh igt nk out dulu la..cukup2 la utk entry mlm ni..ok..nite.(harapan dpt bgn pg nih...)

Sunday, March 13, 2011

Aktiviti hari nie.





Assalamualaikum semua..
hari ni cik qaseh just nk story aktiviti cik qaseh ari ni...fuhhh...sgt penuh n padat aktiviti tuk hari ni..and sgt penat tp masih punya tenaga utk menulis dlm entry nih..
disebabkan minggu2 ni sarat dgn midsem exam, so, cik qaseh study la kn..buat study grup la..tambahan pulak subjeknya adalah FINANCE...

huh, np la kena blaja finance ni...cik qaseh ni bukan budak bisnes or akaun nk kena blaja finance tp dh disebabkn ia adalah subjek wajib kena la amik jugak..fokus dlm kelas? oh, dari bab 1 smpi la bab 9 sekarang nih, satu apa2 pon ceq x paham aih..(dlm loghat kedah)...cee...kami bajet nk cover 2 topic ari nih, tp harapan je la...dpt cover 1 topic je..dr kul 10 smpi tgh hari mmg tensen la..kira2 je xdpt jawapan..mmg buhsan la kan..apa lg, baek km p isi perot yg da berbunyi tu..p la makan tgh hari kt cafe..after makan2,solat2 dulu la..gosip2 smbl tgk gmbr2 p kuala perlis(next entry) baru la stat kira balik..

s makan ngntok la pulak kn..tp apakan daya, byk lg chapter x cover, tahan ja mata nih...seb bek pas makan ni dapat ja jawapan yg dicari..dh nk last eksesais tu pulak stuck..bermacam rumus nk kena igt..adoi..mmg pening la...cik qaseh mmg respek la kt budak2 yg amik finance or kira2 ni..mmg susah ooo..(sbb cik qaseh x minat sgt..hehe)..uih..dh soreh ni.berkemas2 n beli makan utk malam pulak.just beli bihun sup je..sebab my dear roomate nadia dh tego cik qaseh sbb selalu sgt makan laksa...nk wt camne..pebretku..ehehe

malam ni mmg cik qaseh dh set kn mind ni nk study ASAS KEUSAHAWANAN pulak.
study lg..mmg leh jd best stud ni(poyo glekn..ahah).yes! misi tercapai.abis dh study usahawan cuma x hafal je lg..hehe..manyak benda juga mau igt..seb bek ABC.leh gk main teka2 n guna instinct..kalau finance tu nk guna instinct mmg x dapek la..
lambat la nk update blog ni.intenet sgt lembab..time camni baru leh on9...opss...dah kt kul 2 nih..oh no!kena stop skrg..esok kelas pg..kelas finance pulak tu..okk..see u all ya...(bajet ada org baca...hahaha)..syok sendiri la cik qaseh nih..salam..nite...daa~~ =)


Friday, March 11, 2011

i am qaseh...


Assalamualaikum...
this is my first entry...actually i'm also new in this blogging world...haha..nk cakap omputeh lak cik qaseh ni..actually, xtau la nk merepek apa kt sini...huhuhu
just call me cik qaseh la..im studying in UUM and taking Bachelor in Information Technology in majoring software engineering...cehh...cam gempaq je majoring nih...tp mmg agak tough ooo...tough2 pon dh final sem sekarang nih...pejam celik pejam celik dh last sem...dah nk abis blaja pon kt sini..cm x sangka la pulak..dh banyak dugaan cik qaseh tempuh masa belajar kt sini...ada pahit manis.macam2 dah lalu..cuma kuat ngn x kuat je utk hadapinya...
apa2 pon sbg manusia, cik qaseh nasihat lah,
kita perlu la banyak bersabar dan tabah dalam harungi segala dugaan ni...
jangan terlalu cepat melatah dan berputus asa...
kena pandai pilih kawan dan jangan terlalu memilih kawan sehinggakan ada kawan2 kita yg akan rasa tersisih...
eh...apa dh cik qaseh merepek ni...adoii....luahan perasaan la pulak..eh, silap..bukan luahan perasaan tp ini sume adalah kenyataan..hihihi
apa2 pon memilih kawan yg baik tu mmg sgt penting sbb kawan2 memberi pengaruh yg kuat pd kita kt sini..dah la jauh dr famili kn..kawan2 la yg ada utk meluahkan perasaan, berliburan, berkongsi suka dan duka hidup...jadilah kawan yg susah senang bersama dan jangan pentingkan diri sendiri..ilang dh tulih omputeh..tulih melayu terus..hehehe =)
ok la...nnt cik qaseh sambung tulih entry nih...idea cam banyak je nk dikeluarkan tp x tau bila leh proceed..hehe...ok..nite..