Followers

Tuesday, March 7, 2017

MaryKay Oh MaryKay

Assalamualaikum. Good morning semua.

I tahu blog i ni berhabuk teruk. Perlu di cuci dgn kain basah. :) . Hope ada yg sudi menjejak kaki ke sini lagi ye. Lama sangat dah tak bloggin :).

Oh kenapa tajuk macam itu?

Straight to the point, i am the user of Mary Kay skin care. Just started used and im falling in love with MaryKay.

Actually dah lama tau pasal MaryKay, since di universiti lagi tapi student kan. Mana mampu. sebab agak mahal masa. fikiran masa tu la. Ok je sebenarnya because tahan lama. Bila kita divide semula harga sama je dengan skincare yg kita beli brand biasa yg kita tak tahu ada bahan kimia dalam itu.



Ini antara barang yg i beli dari kak Azrin.. Ok baik sangat dia. hehe :) . I will share the result here.

Ok thanks for reading.



Thursday, January 19, 2017

Happy New Year 2017

Bismillahirrahamnirrahim...

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. rasa masih belum terlambat utk mengucapkan selamat tahun baru 2017.Pejam celik sekejap saja masa berlalu. sudah hampir ke penghujung Januari.

Terlalu lama tak update blog. Update pon di Facebook or instagram. Zaman semakin maju dan canggih dan pantas. Tak terkejar rasanya satu satu.

Perlu ''warm up" dulu untuk start blogging. Sebagai pembuka tirai 2017, sy ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 @ Happy New Year. Moga tahun baru memberi sinar baru dan kejayaan sentiasa datang bersama.




Sunday, January 19, 2014

Product Shaklee

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan dibawah rahmat Allah..

Cuti sempena Thaipusam yg jatuh pada hari Jumaat dan plus weekend (2 hari) menjadikan cuti 3 hari dan cuti kali ni terasa agak lama. So happy la kan...Dan yg buat terasa lama tu sebab, dalam 3 hari cuti ni aku langsung tak ke mana-mana. Duduk di rumah sahaja. Makan, tidur, blogging. Ok, ada juga aktiviti lain. Pengisian rohani diri. Tu lain topik la. 

Berbalik kepada tajuk entry aku adalah Product Shaklee. Ok, sesiapa yg nk tekan butang pangkah. Silakan. Ada mak kesah...kehkehkeh [gurau jer]. Actually aku bukan la pengedar, penjual, agent or pemakan product Shaklee nih. Tapi...mungkin suatu hari ni.. Siapa tahu kan...hihih..Sepanjang cuti ni jgk la aku pulun buat research pasal Shaklee. Punya la ramai org kt Malaysia ni yg makan product ni. Sambil baca testimoni. Buat aku teruja pulak. haha.

Sebelum ni ada lah jugak blogger singgah blog aku ni, nak ajak berShaklee. Tahun lepas punya cerita. Tapi aku ignore jer. Lepas tu, baru2 ni best friend aku pulak dok mengajak makan Shaklee nih. Haishh...Boring betul la...Faham tak, kalau hati dan minda belum terbuka utk sesuatu tu...kita akan rasa macam meluat...haa..gitu...tapi lain pulak cerita sekarang. Tiba2 aku terasa nk berSHAKLEE sebab nak tambah supplemen  badan yg selalu keletihan dan stress nih.Plus utk cantik jgk la..Aku kan perempuan. Perempuan mana taknak cantik kan. Tapi aku masih belum habis fikir lagi. Sama ada nak jadi ahli or makan je. Sebab tujuan utama aku utk sendiri makan jer. Utk bisnes tu, mungkin la kan..mungkin la ada...mungkin...hihihi. Pasal kebaikan-kebaikan produk ni nanti la kita review. Mak pun belum abis research lagi. Tambahan pula, mak belum makan lagi noks..Hanya VCO sahaja yg setia. =)




antara product Shaklee. Banyak lagi produknya. Boleh la ke website http://www.shaklee.com.my/eng/main.asp
p/s: ihsan gambar dr Google

Sekian sahaja utk cerita malam ini. Mungkin mimpi Shaklee malam nih..haha..k Adios. Selamat Malam. Assalamualaikum


notakaki: masih berfikir utk makan shaklee nih. Tunggu bonus jgk sebenarnya.


Saturday, January 18, 2014

Mencari mood dan idea blogging

Assalamualaikum..

Sungguh aku masih mencari mood dan idea utk blogging. Masih tercari-cari mood yg suatu ketika dahulu rajin utk mengupdate blog. Bila dah lama stop blogging ni rasa macam new bie pulak. Kena bertatih balik walau pun dah ada basenya...

Boleh dikatakan setiap hari jugak la aku buka blog tersayang nih, tp itu la...utk update tu rasa liat pulak. Bila ada mood tak ada idea pulak. Bila ada idea tak ada mood pulak. So, terabai la blog ni. 

Sebelum nk update entry ni macam biasa la. Aku akan blogwalking dulu. Baca blog bloggers lain sambil mencari-cari idea dan mood. Dan terjumpa la satu entry ni. Yg mengingatkan aku kepada arwah tunang. Dugaan rakan beliau lebih hebat dari aku. Ya Allah..sedih, tp aku kuatkan semangat utk teruskan pembacaan. Dugaan Dan Ujian : Sehari Lagi Perkahwinan Bakal Pengantin Meninggal Dunia ..
Boleh klik link tu kalau nak tau lebih details.

Aku juga pernah kehilangan tunang tersayang, baru 4 bulan bertunang dan sudah mula membuat persiapan perkahwinan. Dalam keseronokan membuat persiapan dia pergi menghadap Illahi. Siapa aku utk menolak takdir Allah..? Susah utk menerima kenyataan dan amat payah utk hadapi. Aku faham perasaan rakan beliau. Apatah lagi hanya tinggal sehari lagi utk diijabkabul. Pasti, pasti, dan pasti sukar utk beliau terima kenyataan. Kenduri kahwin yg dirancang menjadi kenduri tahlil. Allah...moga beliau tabah dalam menghadapi situasi yg sukar ini. Moga beliau kuat. Pasti ada hikmah disebalik kejadian. Kepada kita yg masih hidup, hidup ini perlu diteruskan jua. Mencari bekalan secukupnya utk ke sana. Kematian itu sgt hampir dgn kita. Tak usah takut dgn kematian kerna walau macam mana pun kita lari dan pergi, kematian tetap akan menjemput kita dgn cara yg sudah ditakdirkan. Semoga dgn perbanyakkan ingat mati, kita lebih berhati-hati dalam setiap perkara yg kita lakukan kerna setiap perkara itu akan dihitung diakhirat kelak, walau ia sebesar zarah. Ingat, kematian bukan la pengakhiran sebuah kehidupan, tetapi ia adalah sebuah permulaan kehidupan yg kekal abadi. 


gambar hiasan dr google

Marilah kita sama- sama sedekah kan Al-Fatihah kepada mereka yg sudah pergi. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan org2 yg soleh. amin

notakaki: rindu pada arwah tak pernah padam. Semoga tenang disana syg....

Wednesday, January 1, 2014

Tahun Baru 2014

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar blogger sekalian? Diharapkan kalian semua sihat hendaknya. Apa azam tahun baru? Azam tahun lepas dah ditunaikan atau belum? Kalau masih belum ditunaikan, mulakan dgn tahun baru ini utk menunaikan azam baru kalian.

Mungkin ditahun baru ni, aku cuba utk blogging semula. Setelah hampir setahun aku menyepi. Ya, hidup masih perlu diteruskan walau apa pun rintangan yg terjadi. Hanya bertawakal kepada Allah. Seperti yg dientry sebelum ini, aku ada nyatakan kenapa aku stop blogging. Sesungguhnya kehilangan org tersayang sgt dirasai dan aku masih cuba menyesuaikan diri dalam keadaan ini.

Mungkin ada perkara baik yg akan berlaku di tahun baru 2014? Mudah mudahan. Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan semoga kita semua tabah utk menghadapi dugaan yg akan datang. Kita tidak akan diuji jika kita tidak mampu utk hadapinya.

Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”


Allah Maha Adil dan Maha Penyayang. Dia tahu apa yg terbaik utk hamba-hambanya. Ada hikmah disebalik kejadian yg menimpa kita. Kepada yg pergi dan tak akan kembali, ku kirimkan doa utk kalian semua. Dan kepada kita yg masih hidup ini, hidup perlu diteruskan. Perjuangan kita belum selesai. Moga kita tergolong dalam golongan yg mati dalam khusnul khatimah. amin.

Hanya disini sahaja utk aku coretkan sbg pembuka bicara dan warm-up utk kembali blogging spt dahulu.

Sekian.

notakaki: Hanya tuhan yg tahu betapa aku rindu padamu syg. al-fatihah.

First entry di tahun baru 2014

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Masihkah ada pembaca blog aku yg picisan ni? hmm...Sudah terlalu lama menyepikan diri dari dunia blogging dan juga dunia luar. Aku cuba mencari kekuatan diri untuk kembali menjadi diri sendiri. Untuk memulakan kehidupan baru setelah beberapa kejadian yg menimpa diri aku. Sesungguhnya setiap kejadian itu adalah ketentuan dari Allah.

First entry di tahun baru. Juga setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia sekeliling baik dialam maya mahupun realiti. Semoga di tahun baru ini segala hasrat dan doa kita akan tercapai. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. 

Bukan tak sudi untuk berkongsi kisah suka duka, dan lebih tepat lagi tika ini adalah kisah duka. Kehilangan org yg sgt dikasihi dalam sekelip mata tersangat lah menguji keimanan dah kesabaran yg tiada tolok bandingnya. Pemulaan tahun baru 2013 iaitu Januari 2013 arwah opah telah menyahut panggilan Illahi. Perginya tak akan kembali. Aku pernah coretkan dalam blog picisan ni. Sedih dan aku redha dgn pemergiannya. Sesugguhnya kematian itu bukan la pengakhiran sebuah kehidupan tetapi ia adalah permulaan sebuah kehidupan yg hakiki. Aku redha dgn ketentuan Allah.

Dua bulan kemudian, aku dikejutkan dgn berita yg sangat menyayat hati. Yg lebih menduga hati dan iman aku yg hanyalah setipis kulit bawang ini. Pemergian tunang tersayang ke rahmatullah.. Terkedu. Kelu lidah seribu bahasa. Hanya mampu meratapi, menangisi menahan hiba. Tiba-tiba aku hilang punca. Dalam keasyikan dan keseronokan membuat persiapan perkahwinan, dia pergi menyahut panggilan Illahi. Allahuakbar. Tak mampu aku ungkapkan perasaanya. Hanya Allah yg tahu perasaan aku ketika itu. Tapi aku sebagai hamba perlu redha dgn ketentuan Allah. Ujian yg aku rasakan amat berat ketika ini. Jatuh terduduk. Terjelepok. Sungguh tak mampu utk aku ungkapkan dgn kata-kata.

Aku tak mampu utk mencoretkan segala duka yg aku lalui selama ini. Cuma aku berharap, kepada pembaca blog yg singgah ke blog aku yg tak seberapa ini, moga kalian sudi sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah berdua. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


Notakaki : Kematian sgt hampir dgn kita. Moga kita sempat utk bertaubat. Sungguh aku rindukan mereka. Terlalu rindu =(

Friday, March 15, 2013

Doa Hilang Stress

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua..

Disini aku nk share doa hilang stress. Jumpa kt FB so apa salahnya kita share ye dak..Sharing is caring =)

Lagipun, lately asyik stress jer..Jom cuba amalkan doa ni. Semoga kita sentiasa tenang dan hilang stressnya



Sunday, March 10, 2013

5th Anniversary Mini GA

Assalamualaikum..

Holla...selamat malam semua..

Yeszaaa...Lama sudah blog ni tak menjoinkan diri dalam GA ni..ISh...lama sungguh rasanya. Tadi baru je blogwalking so terjumpa Mini GA ni. Decided to join lah.

Let's see the conditions below :



1. Terbuka kepada blogger yang duduk menetap di MALAYSIA aje ye...-done
2. Tempek header saya kat entry korang ye..-done
3. Tinggalkan link url entry korang kat kotak komen nih. - kt blog ummi la ye 
4. Tarikh tutup : 31 Mac 2013 (Tamat pukul 11.30 malam) - eh..MY BIRTHDAY tu ..sempat lagi korg nk join

Senangkan cara nak join Mini GA saya nih...Nama pun Mini GA so, hadiah pun tak lah banyak mana kan....Saya cuma nak cari tiga orang pemenang bertuah dan dua orang pemenang saguhati aje....

Hadiah yang bakal dimenangi :

Tempat pertama : Cardigan labuh + Sehelai Tudung 
Tempat kedua : Sehelai tudung + Kerongsang
Tempat ketiga : Inner neck + Kerongsang

3 pemenang saguhati

Kerongsang x 3 orang pemenang


Katanya hadiah tak hebat mana.tapi hebat la tu kan. Sapa nk bagi free..? ye dak..? yg usaha pasti berjaya....poyos ayat aku..hehe..Untung2 menang hadiah besday...sebab tarikh tutup tu on MY BIRTHDAY!..hehe 

Jom join ramai2...klik banner utk join..peaceee yawww

Adios.

Review Pure Marine Collagen : After 3 Weeks

Assalamualaikum..

Holla peeps..

Sekarang baru terasa nk buat review after 3 weeks makan rumpai laut nih. Bukannya tak nak review tp kekangan masa + malas + mood semua bercampur. So dh 3 weeks baru start nk review..hehe..Ok, before tu..aku ada share pasal Pure Marine Collage tu kt SINI kan..So sekarang time utk review pulak la..

First of all..ni pengalaman aku la ye..actually aku dapat rasakan perubahan tu dalam masa seminggu penggunaannya..Aku tak nak itu cuma mainan perasaan kan..Sebab baru makan seminggu.Takkan la cepat sangat dapat kesan. Selalu aku makan la apa pun..susah nk detect kesannya..-__-  . 

Kesan yg aku rasa la kan...kalau org lain tak tahu lah..

1. After pakai mask kulit rasa licin dan lembut je..Black & white head juga berkurangan. Kalau tak..pegang jer hidung ni terasa menggerutu...yakss..tak suka -__- .
Tapi kini tidak lagi..cuma sedang amalkan sekonsisten mungkin.  =)

2. After makan secara konsisten...perubahan ketara adalah...kulit muka kurang berminyak. Nak kata tak berminyak langsung tu tipu la kan...Sekarang ni cuma ada minyak sikit2 la tang hidung. Kt pipi dah smooth..
Ujian dilakukan dgn menggunakan kertas penyerap minyak. Kalau dulu punya la banyak dan penuh kertas tu dgn minyak. Sekarang ada sikit-sikit ja..so puas hati di situ

3. Pemakaian mask collagen berterusan - liang - liang pori muka mengecil. Waaa..so tak percaya lah. Tapi kita boleh perasan perubahan itu sendiri.

4. Kulit juga lebih berseri, cerah gitu....ini org lain yg perasan..hihih ..kalau betol alhamdulillah..

5. Tumit kaki yg kasar pon semakin licin
6. Kulit kulit kulit semakin licin dan lembut..bukan kulit muka je tp keseluruhan badan.

Ok, setakat ni...ini la perubahan yg aku rasa la kan..pada diri aku sendiri. So far berpuas hati dgn rumpai laut ni.Sekarang ni tengah cari utk restock pulak. Dah nak abis aku punya collagen. First trial aku bg sesiapa je makan. Promot gitu..Now kena cari stock lagi..

Adios.





Monday, March 4, 2013

Monday Blues

Assalamualaikum..

Holla peeps,

It's a Monday again...! Monday Blues come again..sigh...Malasnya la nak kerja..huhu... So sleepy. Dengan demam yg sok sek sok sek nih...ohohoho...serius takda mood nk keje.. Tapi apa boleh buat kan..kerja tetap kerja...Hadap la ...-___-



Tuesday, February 19, 2013

Pure Marine Collagen

Assalamualaikum..

Holla peeps...

Lama sudah tak update blog nih. Bukan taknak update tapi kekeringan idea (buleh dak cenggitu? haha) . hari ni nk update pasal Pure Marine Collagen. Pernah dengar tak? Mesti pernah kan? Dah ramai post dan update pasal nih. Aku pon taknak ketinggalan..Cewahh.. Eh nk review mana boleh lagi sebab baru makan..Err..apa yg aku nk update kt sini eh..haha..Google sendiri la? Aci dak..Buh gambar je...aci kan...Sebab nanti baru update kebaikan2 nya..Oh ye..sesiapa yg dah makan leh sharing2 ngn kita ye..nak tengok sejauh mana kehebatan dan keberkesanan pure marine collagen nih..hehe..



ini lah rupanya rumpai laut kering. belum boleh makan lagi nih

ok..adios

Thursday, February 7, 2013

Spontenous Thursday : Lelaki manja ketika sakit . . .

Assalamualaikum

Holla peeps....

Spontenous Thursday utk hari ni. euuuwww..title apakah ini? benarkah ? betol kah? haha.. Betol la agaknya ni ye. Lelaki memang manja ye ketika sakit? manja ke gedixxx? haha .Betol la agaknya ye sbb dorg dah kaji..Manja sungguh mereka. Mintak dilayan seperti anak2 kecik time sakit..opss...yg ni kena tunggu kahwin la baru tau betol ke tidak. Sekarang tak leh nk cakap.. Mungkin masih berselindung? haha

Jom baca ni
-
-
-



Sunday, February 3, 2013

Tangan apa nih?

Assalamualaikum..

Holla peeps..

Lama sungguh tak update blog. Asyik2 wordless kan. baru nk update dah wordless balik. busy kamain nok.. haha..Ok, ternampak pic ni kt fb so nak letak kt sini. Apa la perasaan or pendapat kengkawan. Aku rasa macam tak kelakar je nih. Seram ade la -____-



haishh...idea memang sangat kreatip tapi errr....agak2 dapat bayang tak apa yg aku bayang kan? haha...atau aku jer yg berimaginasi tinggi..LOL


Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday : Silence & Smile


Assalamualaikum..



Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday : Sale

Assalamualaikum..

Holla peeps,


nota hati : sale sale sale...=)

Wednesday, January 16, 2013

Kehilangan selama-lamanya . . .opah tercinta . .

Assalamualaikum..

Hye peeps..

Selamat malam semua..

Aku masih mencari-cari kekuatan utk menulis entry ini. Entah dimana utk aku mulakan. Sedih dan sgt sedih dan perlu tabah hadapi semua ni..

Entry ini agak panjang dan aku menulis hanya sebagai luahan hati seorang cucu terhadap pemergian nenda tercinta.....

Tahun 2013 menjadi tahun yg sentiasa akan diingati kerana pemergian arwah opah yg tersayang ke rahmatullah. Dan dia adalah satu2 opah/nenek yg aku dan kami adik beradik punya. Kesedihan masih menyelubungi diri tapi apakan daya, yg hidup harus teruskan hidup dan moga arwah opah ditempatkan di kalangan org yg beriman.amin..

Hujung tahun 2012 aku kakak,adik dan mak bercuti ke Hatyai. Seharusnya singgah di kampung dulu. Setelah pulang dari bercuti kami hanya duduk di rumah (rumah mak) dan tak pergi melawat arwah opah. Entah kenapa seolah2 kami terlupa yg ada opah di kampung. Buat pengetahuan semua, arwah opah hanya tinggal sendirian di rumahnya. Cuma kami adik beradik selalu melawat arwah di kampungnya. Banyak kali dah diajak utk tinggal bersama -sama emak tp arwah enggan. Dia memang tak suka utk menyusahkan sesiapa termasuk emak, menantunya. Sehingga lah mak dapat call dari arwah yg dia demam. Dia sendiri yg call mak, bagitau demam dan dah 3 hari demam. Aku hanya update cerita dari emak dan adik yg berada di kampung.Puas dipujuk utk ke klinik, akhirnya mengalah dgn adikku. cucu bongsu kan.. Pandai la pujuk. Doktor cuma mengatakan arwah demam panas dan bagi ubat demam. Dan emak membuat keputusan utk suruh opah tinggal dengannya di rumah kami. 

Mulai hari tu opah tinggal dgn mak. Mujur ada adik dan abg di kampung. Dapat jugak la tengok2 kan arwah. Kesihatannya tidak begitu memberangsangkan. Hanya mampu terbaring lesu dikatil Makan bersuap. Mandi pon emak yg mandikan. Sedih. T_T.  Alhamdulillah, yg bagusnya sehingga akhir hayatnya arwah tak nyanyuk. Dia ingat semuanya.Semua ok. Cerita zaman dulu kala pon ingat. Masih mampu bercerita/berborak walaupon dalam keadaan terbaring macam tu. Tapi semua tu hanya sementara. Aku yg sentiasa update cerita opah dr adik dan mak. Dan adik aku menjadi org tengah utk opah. Opah dah start nak jumpa anak cucu dia. Satu persatu disebutnya. Dan mereka di kampung cuba penuhi permintaanya.

Dalam minggu tu jugak aku balik ke kampung jenguk opah. Risau tak berkesempatan T__T. Aku balik dgn abg sulung dan anak2 nya sekali. masa tu adik aku kata opah dah tenat. Pukul 1 pagi kami bergegas ke kampung.Alhamdulillah, masih sempat berjumpa opah. Sempat melihat dia tapi jujurnya, memang tak sampai hati tengok dia macam tu. Sedihnya. Kurus kering dan tak bermaya. Arghh...sedihnya. Aku EL Monday tu. Tak mampu nk balik KL lagi. Kerja tetap kerja kan. Aku balik Monday tu jugak dan aku mmg berniat dan tergerak hati nk balik kampung next weeknya. Tapi entah kenapa aku teragak2 nak balik pagi Sabtu tu. Call mak, mak kata opah nampak sihat dan ceria. Lega rasa hati. Tapi tangan still bbm dgn adik utk update. Dan petang Sabtu tu jugak adik aku dah nangis2 call suruh balik kampung jugak. Opah tenat. Fikiran aku melayang. Kalau boleh dia nak aku sempat jumpa opah sebab opah nak jumpa aku. Nak mintak maaf katanya. Aku suruh adik aku cakap yg opah takde salah dgn aku. Sedih....huhu..Aku dah balik last week tu. At least opah memang dah jumpa aku kan..hohoho..Rushing balik kampung. Yes, aku kena naik bas. Kakak ipar aku call cakap tak muat kereta kalau aku nak tumpang. Then aku decide la nak naik bas kan. Tapi tiba2 pulang encik tunang nak hantar aku ke kampung. Memang serabut tapi dah dia nak hantar aku ikutkan jer. 

Lebih kurang pukul 5 petang baru gerak. Masih bbm dgn adik aku. Dia call cakap semua org dah menangis2..Masa tu opah dah masuk hospital. Mak abang pak cik makcik semua dah menangis. Aku tak tau nak kata apa. Memang sedih dan on the way balik jumpa opah. Tak lama tu adik aku dah stop bbm update pasal opah. Aku rasa tak sedap hati je. Tapi aku biarkan je rasa hati tu. Tapi hati kecik ni macam dapat mengagak apa yg berlaku di hospital. . . Dan memang tepat naluri aku. Adik aku call, bagi tahu opah dah takde.Dah meninggal.Tergamam.Kelu. Kami dah halfway sampai hospital. Baru kt Ipoh. Tapi tak sempat jugak. Al Fatihah...

Sampai di hospital, opah dah diselubungi kain putih. Sudah siap sedia utk bawa pulang ke kampung. Kami jugak balik ke rumah dulu then baru pergi rumah opah. Arwah dikebumikan tengah hari esoknya. Dapat jugak mandikan jenazah arwah walaupun sekejap. Time kafan..Time paling sedih. Aku cium opah. Tak mampu nak tahan air mata. Cepat2 lap.. Suasana sedih kt situ. Sungguh terasa kehilangannya. Aku ikut sampai ke kubur.Dibaca kan talkin. Sampai selesai semuanya. Ya Allah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman....

 arwah opah (tudung putih) - selepas majlis merisik aku

 senyumannya opah . . .

semasa majlis bertunang . Gambar terakhir ketika arwah opah masih sihat. Sedihnya sebab opah tak sempat tengok aku kawen =( 
Hanya sempat tengok cucunya bertunang....


notahati:sedih dan rindu bila teringatkan arwah =(




Monday, January 14, 2013

2012 Year In Review . . .

Assalamualaikum...

Hollaaa peeps...

See the title? 2012? Oh noooo..Masih belom terlambat kan nk buat review utk 2012? Dan masih belom terlambat kan nk ucapkan selamat tahun baru 2013? Masih belom terlambatkan (Angguk kepala cepat)..teehee...

First of all, Selamat Tahun Baru 2013. Semoga azam tahun lepas dah tercapai...Ahaa...yg tak tercapai tu macam biasa la ye...carry forward...ngee..

Alhamdulillah, berakhir sudah tahun 2012. Banyak suka dan duga sepanjang tahun. Dan banyak perkara penting yg berlaku pada diri aku tahun lepas.

First of all, awal tahun 2012, bulan Januari - Mac aku attended Java Training. So, selama 2 bulan 1/2 la aku menghadap training tu. Itu pon tak lama aku mengganggur dirumah lepas abis belajar (Dec 2011).

Habisnya training tu.. aku menganggur selama sebulan..Kira bulan April tu la aku jadi penganggur tegar yg sedang meneroka tanah2 tanaman anggur aku..haa...karut2..sila jgn caye..Ke hulu ke hilir aku cari keje. Banyak jugak la interview yg pergi. Yg tempat training arranged kan pon dah banyak aku pegi tapi takde satu pon sangkut. sedih...wuuuu..sedih sangat. Janji macam2 kan...confirm dapat keje..opss..aku tak sabar ke time tu? oh..tidak..memang patut la kan rasa macam tu. Sebab ramai kawan lain yg dah dapat keje.Last but not least, dalam masa yg sama aku cari keja sendiri. tru job street la kan. apa lagi. banyak jgk la dpt interview dan phone interview. Dan aku dipanggil utk walk in interview. Alhamdulillah...dan dalam masa yg sama aku nekad that's the last interview aku pergi.penat beb menaruh harapan.. So aku pon sungguh2 la study malam sebelum interview. Jiwa kacau. Dan esoknya, pergi la dgn bawak harapan setinggi gunung..teehee...Selang 2, 3 hari lepas tu aku dapat call dari company tu..Yes, dorg nk hire aku..kamaen hepi aku...Alhamdulillah, rezeki aku berkat doa ibu jgk =) >> sampai sekarang aku disitu

After 3 months, aku dah confirm disitu. Lagi satu berita gembira. Behave gila masa dalam probation. Maklum lah..masih mentah kan... Masih baru gitu..

Raya Aidilifitri raya yg bermakna buat aku.Family encik BF (ketika itu) datang berhari raya ke rumah aku...hepi2....raya bukan sekadar raya tapi datang membawa hajat. oyeahh...aku dirisik ^___^ . Masa raya ke 6 ; 24/8/2012 . Nervous? As usual. Aku ni peNervous org nye..haha...Alhamdulillah, diriku di risik oleh si dia..


encik tunang n me - wajah selepas dirisik.hahaha..hepi lettewww ^_^

Bulan September pulak, aku sepatutnya ada trip ke Kota Kinabalu dgn kawan2 universiti a.k.a housemate + roomate + classmate+ coursemate . Tapi terpaksa cancel trip tu. Sebabnya, macam semua tak boleh pergi. Yg 2 org tu ada exam SPA kalau tak silap. Aku? ahaha...tgh kopak time tu..memang takde wangnyaaa...wwuwuwuwuw...sedih lagi T__T

Bulan Oktober pulak, aku ada konvokesyen. Yeayy..dah grad. Dah jadi siswazah.hepi2...Susah jugak nk plan ke Utara Sintok nun jauh di sana sebab aku jauh nun di sini. Tapi alhamdulillah, berjaya jugak plan semuanya dgn jayanya, Thanks kpd sape yg terlibat..eh sape lagi..family aku la kan..teehee..

my mom n me - lepas amik ijazah...panas tauu..hepi2 

me n my family - sebahagian kecik jer nih..gmbr studio

Bulan November pulak, hari pra bersejarah aku. 11 Nov 2012 rombongan pinangan dari keluarga encik tunang (ketika ini ) pon tiba. Eh bukan datang dgn tiba2 la..Dah plan la semua kan..=) . Dan gembira lagi dan syukur ke hadrat Illahi, aku telah dipinang si dia dan insyaAllah tahun ni akan melangsungkan majlis perkahwinan, InsyaAllah ^__^ . Cop..kenapa hari pra bersejarah ? Sebab hari bersejarah tunggu time nikah nanti la kan..hehe...ok, karut2..

me n encik tunang ^_^

Disember pulak...Oh ya..Disember pulak trip aku ke Hatyai! Last minute plan jugak nih..First time aku pegi obersi..haha..jakun gila.. Ok, entry ke hatyai belom buat lagi.ntah bila dapat buat . my bad -__-" .
Disember jugak, opah sakit..sedih =(


Teaser. . . Hatyai!!

Begitu lah suka duka kehidupan. Ada pahit , manis, tawar kelat. Asam garam kehidupan la katakan. Rentetan suka duka hidup aku. Moga tahun 2013 lebih bersinar dalam kehidupanku dan keluargaku. Sentiasa berdoa yg terbaik utk semua..

p/s : entry ni agak panjang. tu pon dah pendek kan..kalau tulis by month mau patah jari...haha..tak kelakar.bye

nota hati : semoga kita tabah hadapi semua ujianNya . . .

Monday, December 17, 2012

Craving For Durian Crepe

Assalamualaikum...

Holla peeps..

Dah lewat malam baru nk update blog. Nak buat macam mana kan..dah time ni mood baru warm up. Memang lambat le tdo malam nih. Macam esok tak keje lak. Nasib la badan. Esok dah la Monday dan seperti biasa Monday Blues yg tak pernah berkesudahan. hehe. 

Last two weeks aku ada post enty pasal Durian Crepe kan...? OH...mission ku tidak berjaya utk mencari durian crepe tu. Apa ke susah sangat la nak dapat kan. Tapi nasib baik la aku dah ada mission lain kalau tak dapat beli durian crepe tu. Kalau dalam programming kita gunakan IF..ELSE statement. hahah...motip ada programming kt sini?? Sila abaikan...

Actually memang aku ada order DC ni. Tapi order tu aku terpaksa cancel sebab time nak amik DC tu delay lama sangat. Time tu aku dh ada kt rumah pun. Nak keluar balik, memang tak la..Lagi pon encik tunang yg hantar balik so takkan nak keluar balik kan. Nak naik ape. Ye dakk..? hehe..So, semuanya terpaksa cancel. Tuan penjual pon dah say sorry sebab dia lewat sangat.Sebabnya, ramai customer yg tambah order. Wow! begitu sekali kan DC ni popular and famous amos...

Dengan semangat dan keazaman yg tinggi utk makan DC tu, aku bernekad utk guna plan B. Iaitu: Do It Yourself (DIY). hahaha...minggu tu jugak, jatuh pada hari jumaat, lepas kerja pergi cari durian dan bahan2. Sebelum tu memang dah google bahan2 dia. So, tinggal nak beli je. Semangat nih. Credit to encik tunang. Thanks bawak sy beli barang2 DC ni walau pon terpaksa bau durian yg sgt ohsem (dia mmg x suka durian) . 

Pesanan ringkas semasa bawak balik durian, "Jangan sesiapa makan durian nih. " hahah..kejam tak pesanan tu. dah la bau harum semerbak boleh tergoda org2 sekeliling. Nasib semua mendengar kata. Risau jugak durian tu hilang dimakan org. haha.



bahan-bahan utk buat DC ni. tak complete. tapi redah aje..=)


hasil air tanganku. OK 2 keping je jadikkk..ahhh stress ok..memang bukan mudah nak buat DC ni. kena sabar melenggang kulit dia. Dan paling stress time putar whipping cream tu. Berair semacam jer. dah la beli peket kecik. mana cukup kan. ohh..kemudian cream tu mencair. Mau mak tak stress -_-" 


Ini dah dipotong. Sedap memang sedap. rasa durian lah. eh, takkan rasa stroberi lak kn,..hewhewhew..
Next time nak buat lagi lah.Yg lagi stress tu my future family in law datang KL dan ingat nak bagi dorg rasa. Tapi sgt frustrated sebab memang tak boleh nak bagi org. Ohh..damn ugly rupa paras DC ku dan memang tak boleh bagi org. Tak comey ah plus dapat buat sikit je. cream abis. next time kalo ada masa boleh la nak try buat lg. semoga aku berjaya.hihi.

So ini je la cerita pasal Durian Crepe yg tengah famous amos nih. Resepi aku google jer.Try n error. Kalau kerajinan tinggi aku tepek resepi tu dalam entry lain, ye la...utk mudah kan pecarian aku jugak nnt kan.Ok,selamat malam. 
Adios

notahati: frustrated dengan dc, then petang tu buat roti jala pulak =) 
puas hati dan super penat. Tido awal..haha


Monday, December 3, 2012

Oh..Keyboard itu...

Assalamualaikum...

Morning peeps!

Selamat Bekerja dalam keadaan Monday's Bluessss...haha..itu aku lah...yg lain2 pon sama kan..? angguk kepala cepat..=)

Entry ni patutnya last week tp sebab tak mampu nak manage buat, jadi la this week punya entry. Eh..macam mana nk menaip dan update blog kalau keyboard jadi sebegini rupa?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


haa..apa dah jadi dgn keyboard laptop nih? 

Sedih memang sedih. Tiada lagi blog update, tiada lagi blogwalking dan tiada lagi surfing2...sobbssss...ini semua angkara budak kecik nih..anak mengasuh kakak ipar aku..ini kerjanya bila dirumah. haha..teringin nak bermain laptop gamaknya..habis dikumpil huruf2 kt keyboard nih.bukan sikit tau..boleh tahan banyaknya. Ok, barang2 aku mmg ada dalam tu..tapi barang study anak buah aku? kamaen banyak oke..

So dgn rasa tanggungjawab sebagai pengguna laptop itu jugak, dan rasa simpati makcik kepada anak saudara dia, aku dengan rela hati menyelesaikan masalah itu. Oh..damn..masa tu sangat penat dan mengantuk tapi kugagahi jua utk menyelesaikan puzzle keyboard tu. 

Satu persatu aku betolkan. Try and error. Berapa lama ntah aku hadap tu..Sejam lebih or dekat 2 jam macam tu la..finally, the result macam nih 
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Fufff..akhirnya aku berjaya menyiapkan puzzle keyboard nih.terer x aku? ada bakat terpendam gitu...haha.
ok la.dah dapat keje.urgent lak tu.
adios

Sunday, December 2, 2012

Perkara memalukan pabila mengidam Durian Crepe

Assalamualaikum..

Hye hye..

Arghh..malu dah aku. Semua pasal durian crepe! aisehhh...apa la nak jadi nih. mengidam sampai memalukan diri sendiri. Nasib tak kenal.haha..

Al kisahnya, mencari2 org yg jual durian crepe. Kt situ ada provide phone no. Dengan excitednya aku pon mesej no tu. Lebih kurang sejam dia reply."Siapa ni ye". Aku membalas sejujurnya lah siapa aku. Then dia reply balik, "Maaf awak salah org kot. Sy x jual durian" . arghhh...damn!! Ape yg berlaku nih? aku cek balik inbox. ok fine. my mistake.aku yg salah no.No penjual durian crepe 019-344XXXX dan aku telah menghantar ke no 019-334 XXXX. arggghh...ok ok ok fine..malu gilaaa -____-  Ouhh..nasib la dlm mesej jer. kalau face to face tak ke malu? hmmm

Then lepas pada tu, aku msg ke no yg sebetolnya..haa..cepat dan pantas je die reply. Ni baru betol. Dia msg lebih kurang macam nih la..1 pek 4pcs RM10. ari rabu ada dc... ok, gumbira rasa hati sbb dh dpt reply dr org tu. tp aku musykil di situ. perkataan dc tu..apa tu..? berlegar2 dlm kepala aku.dc tu apa..tak dapat nk digest lah. bbm encik tunang. tny dc tu ape...hahahaaa..die jawab dc tu durian crepe lah takkan disconnect lak. haihhh...memang kepala aku dok digest disconnect!! damn!! malu lagi.huh -______________- . Mana la tahu short form sgt. fine pas ni keep in mind DC = DURIAN CREPE. ok, bye. adios




Semua kerana kamu durian crepe. Memalukan. Blur gara2 mengidamkan durian crepe. 


notahati:ok, dh ode. tunggu review ye..ape la rasanye yekkk..=)