Followers

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum...


Tuesday, June 26, 2012

Tekanan : Insurans Insurans Insurans!

Assalamualaikum..

Hi peeps,

Lama tak update entry blog nih..Jangan merajuk sudah la ye..Memang nk update sesangat pasal tajuk kt atas tu..Nampak tak? nampak tak? Insurans! Insurans! Insurans! 

Haihh...perlu? wajib? mesti? harus? suka? benci? annoying? haaa..all about insurance. Ok ok..memang tak dinafikan insurans tu wajib/perlu/harus/mesti untuk setiap orang. Itu jaminan oleh syarikat2 insurans utk melindungi kita dari sebarang kerugian atau kerosakan utk diri kita atau keluarga. Ok, memang banyak jenis pasal insurans ni yg actually aku tak tau sangat and tak berapa nak faham. Yg fahamnya, kita bayar duit kt dorg, then dorg cover if in case something happen kt kita berdasarkan pakej or plan yg kita pilih. Haihh..nk story banyak, serius tak tau.Kalau punya masa baru reveal pasal jenis2 insurans or what ever. 

The points is, lately and senang cakap since aku start kerja banyak pulak syarikat insurans yg call aku. Mula2 aku layan la.Biasa la..mula2 kan..Beradab la..Layan sopan sesantun santunnya. Aku ni dah la tak reti nak cakap apa kan. Tak biasa la katakan. Org baru kerja, baru nk mula hidup ni.Layan aje...Tapi bila dah 3 4 5 6 7 juta kali dok call aku, argghhh..bosan jugak rasanya. Annoying gila! gila ok! Juta kali ok (tipu2..haha) Tapi memang banyak kali. Kawan aku xde lak dorg nk call. Ce call jugak..fair n lovely la jugak..haha. Colleague aku pon heran kenapa la org insurans tu asyik call aku. Layan punya layan, bila aku cakap tak nak, marah2 la pulak kan. Kata aku tak percaya la apa laa (memang aku x caye pong..haha.) Gila apa, someone call u, strangers, nombor telefon pon tak kenal, then bulat2 kita nk percaya?? hah? sudah la sudah...Aku pernah kot..hampir ditipu dengan cara tu tapi malas nk cerita coz my bad mistakes..hukhuk ..sedih jap...terkenang masa lalu ..=(

Tadi pon ada jugak org insurans call aku. Macam biasa aku akan cakap sape ni? ooo..eh, sape ni? bila dengar insurans terus rasa macam..arghh...plz plz...dont come. Annoying! annoying! Tapi dalam hati je mampu jerit..hihi.. So, in directly aku cakap, im not interested. Haa..sonyap ekau...eh, tak..dia jawab jugak..ok, nanti dalam 2 bulan sy call lagi. Aku? emm...ok2...Tabah jugak budak nih..Nak call aku lagi 2 bulan tu..Tabah betol dorg. memang la nk cari makan kan, tapi kalau aku nk kan insurans or what ever, better aku cari org yg betol2 aku kenal or direct ke company tersebut. Senang, nk berurusan. Dalam telefon je, semua org boleh kelentong beb! Cakap itu ini, bla bla bla..then kita kena tipu..

p/s: kepada blogger or silent reader yg buat insurans macam ni, jangan la marah aku ok..Aku just luahkan pendapat tak berapa sen ni je. The thing is, it's annoying bagi yg tak mendengar kata, yang aku kata aku tak berminat. Yang mendengar kata, it's ok for me. Gives and takes.U dah call, i jawab then, tak minat, letak phone.Easy right..

ah sudahhh..panjang pulak entry aku malam nih..Semua pasal insurans..huhuhu..

jangan tdo bermimpikan insuran sudah..hahaha..NITE all! 



Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday : Istimewanya Wanita

Assalamualaikum..

Morning peeps,

Quite busy lately and macam2 benda jadi, so sempat update entry ni jer...Jom baca keistimewaan wanita =)


notahai:beruntungnya jadi seorang wanita yg punya pelbagai keistimewaan dan bersyukur la wahai wanita2 semua.. =)

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday : Menangis

Assalamualaikum..

Morning peeps..


Monday, June 11, 2012

JJCM - Chatime!

Assalamualaikum..

Entry kali ni pasal chatime pulak. Korg pernah dengar tak? pernah minum? alaa..minuman buble tea tu. Yg ada pearl hitam tu. Macam cool blog jugak la. Tapi lain sikit la ye..

Actually aku pon baru belajar minum benda alah ni dari someone. Dia la yg dok ajar aku minum. Kan dah addict..Sape susah? Ahkak jugakk..hehe..Tak ada la addict sangat. Biasa2 jer..

So, tadi minum la chatime perisa biasa yg pernah beli sebelum ni. Pearl Milk Tea. And 1 more try 1 lagi perisa Red Bean Pearl Milk.Not bad jugak taste tu. Sedap..Actually banyak lagi perisa selain Milk Tea dan perisa2 nya. Contohnya Fruit Tea, Fresh Tea, Smoothie dan banyak lagi. Nak tau lanjut klik sini . 

Dan ketika menaip entry ni, aku pulak terfikir, eh HALAL ke chatime nih? errr.ahh sudah. Tiba2 lak kan..haha..suspen pulak aku nih..of course la halal kan..kalau tak caya terjah sini pulak . Hasil dari google la kn..hehe. fuufff.nasib baik la halal kn..

FYI, actually, aku belom pernah masuk kedai chatime tu. Malas nak beratur. Org yg rajin je tolong beratur kan utk kau. Ahakss... Aku tau minum jer..jahat tak aku? haha..Malas gila nk keluar kereta. Sila jangan contohi perangai aku yg ini..ekeke



it's mine! haha..tak boleh share! sy kedekut! 

notahati:thanks ya tolong beratur utk sy..hikhik ^__^

Sunday, June 10, 2012

JJCM : Kuew Teaw Goreng Pucuk Paku

Assalamualaikum.. 

Hye peeps!! Hollaa..Selamat Malam. Blue's Monday bakal menghantui esok!! Arghhh..Lemau rasanya nak masuk kerja. Rasa lama benar tak masuk office.Khamis Jumaat last week joined training. Sabtu Ahad cuti. Lama la kan. Arghhh..confirm kerja sangat banyak esok -.- . Tabahkan la hatiku nak mengharungi hari esok.. 

Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) . Last night JJCM dekat area2 rumah jer..Itu pon sebab tak tahu nak makan apa.Sebabnya..? Perut masih kenyang. Eh, kenapa eh kenyang? Makan apa ek siang tu..Oh, ye tak ye, siang makan nasi kenduri. Kekenyangan sampai malam. 

So, JJCM dekat area Batu Caves, Selangor. Dekat dengan kuil tu. Orang kata situ sedap. Why not kita cuba kan. Kena beratur ok nk order makanan. No waiter to take your order. Must queue up, waiting for dishes,pay and cari la tempat2 kosong nak duduk. Gerai kecik je tapi line nak queue makin lama makin panjang. Aku cari tempat duduk la kan. Yg sorg lagi tolong order. Ngeh ngeh ngeh..

Disebabkan tempat sgt limited, terpaksa la share meja dengan org lain..-.- . Tak berapa nk privacy sket la kan.Tapi peduli apa kan..Makan aje la..ye dak..


So, let's see our dishes..


For him : Kuew Teaw Goreng Pucuk Paku! 
nyum nyum nyum..very delicious. Thumbs Up! 
must try ya.. Idea menarik jugak kan. Goreng kuew teaw dengan pucuk paku. Ibu-ibu kakak-kakak, boleh la try masak macam ni pulak pas nih..hehehe
- Sedap sangat la tu.interprem tangan die.hikhihik-


For me : Char Kuew Teaw. 
Actually dah lama teringin nak makan char kuew teaw ni. Last month pernah order dekat Ampang Park, tapi tak seperti yg diingini or dihajati. Order char kuew teaw dapat kuew teaw goreng, Myb, term sama tapi meaning yg berlainan. This is nice but a bit salty. 

So, JJCM hanya di kawasan berdekatan. Lepas ni nk cari makan tempat lain la.Dengar cerita burger bakar dekat wangsa maju tu sangat sedap. I'm coming yaaa...hehehe =)


notahati:makan je kejenya..mana la tak naik berat badan..



Wednesday, June 6, 2012

Worldless Wednesday : Free Coffee!

Assalamualaikum..

Free San Francisco Coffee at Citibank Ampang Park!


Monday, June 4, 2012

Monday's Blues: Jakun!

Assalamualaikum..

Morning peeps..

Welcome June, Welcome Monday, Welcome Mid Year!

Tanpa disedari dah sampai pertengahan tahun 2012 kita sekarang. Rasa macam tak percaya jer..Cepat betul masa berlalu kan.. Hari ni pon aku sampai office awal.Pukul 8.10 am. Haa..hamekk..awal tak hengat dan mengantok pon tak hengat. Last weekend aku tidur rumah abg no 2. So, tak biasa naik bas situ keluar awal la.Tapi macam biasa je kalau aku duduk rumah abg no 1 pon. Nampaknya, rumah abg no 2 lagi dekat dengan office. Apakah perlu berpindah? haha..tengok la dulu..

Rindu nk blogwalking tapi kekangan masa sangat2 lah susah nk diatasi. Tambah dengan kekangan2 lain. Oh ya..by the way colleague yg join sama dgn aku tak de la pulak. Join training.Agak bosan la disitu.. alahai..monday's bluessss betollll..

Yeaayyy shopping shopping shopping!

Saja la nk kecoh..Org jakun memang macam nih..haha..jakun apa ek.? err..jakun sebab dah buat ni..

-----
---
---
---
--
--
--
--
--
--

JCard!! haha..Sebab apa jakun..? sebab dapat dua kad..yeaay..pas ni boleh shopping kt JJ..
Takpe2, bulan ni buat kad, bulan depan shopping2..weee..syokkkk..


~Us~
same taste la pulak kad nih.Act ada 4 corak boleh dipilih tapi I pilih nih..tak tau dia pilih ni jugak...ngeh ngeh


it's mine!
July, pls welcome! wanna shopping!!

Ok sekian..jakun tak? jakun kan..Macam apa je. Excited dah ada member card. Bila sale lagi syiok nk shopping..ye dak..? tapi plus ada money money money..hahaha

sekian, kejakunan ku terselah. nak sambung buat kerja..adios..

Friday, June 1, 2012

Berubah Emosi

Assalamualaikum..

hye peeps..Salam Jumaat semua

Jumaat yg sibuk. Terlalu banyak kerja sampai tak tau nk mulakan yg mana dulu. Ok, sekarang nk update pasal berubah emosi..Apakah ini..? Semua tau kan tentang PMS Perut Memulas Sakit.. eh, tak laa..PMS  tu sindrom prahaid. Rasa macam dah buat entry nih..Tapi lain sikit ye..Pengisian yg berbeza. Aku jumpa artikel pasal berubah emosi ketika datang bulan. 

Let's check out!

Perubahan emosi wanita, terutama mood tidak baik, sering dikaitkan dengan kedatangan haid. Sindrom prahaid (PMS) ialah gangguan yang biasa dialami jutaan wanita di seluruh dunia.


Gangguan itu ada kaitan dengan perubahan hormon setiap bulan ketika kitaran haid. Gejala yang biasanya berlaku dua minggu sebelum kedatangan haid itu membabitkan perubahan emosi serta fizikal, dan lazimnya berlaku pada wanita berusia antara 25 hingga 35 tahun.

Gejala berlainan bagi individu itu dialami tujuh hingga 10 hari sebelum haid dan hilang beberapa hari selepas keluar haid.

Gangguan prahaid disforik (PMDD) ialah perubahan emosi dan fizikal yang memberi kesan kepada kehidupan seharian, mempengaruhi kerja dan produktiviti.
Lima atau lebih sindrom prahaid dialami cukup untuk mengganggu kehidupan seharian dengan sekurang-kurangnya satu membabitkan simptom emosi.


Gejala fizikal

  • Kembung perut — sebelum dan ketika haid, anda mengalami ketidakselesaan akibat kembung perut. Perubahan fizikal yang ketara ialah perut sedikit buncit sebelum kedatangan haid
  • Kekejangan perut — hari pertama atau satu hari menjelang kedatangan haid bulan, ramai wanita mengalami kekejangan perut
  • Sakit kepala — rasa pening
  • Lesu — tidak bermaya dan malas melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum ini
  • Sakit sendi dan otot — lenguh badan, terutama di bahagian sendi dan otot
  • Gangguan tidur — tidak nyenyak tidur
  • Nyeri pada buah dada — rasa seperti ditusuk jarum atau buah dada tegang
  • Selera makan bertambah — keinginan mengambil makanan dalam jumlah banyak
  • Mengidam sesuatu — tiba-tiba teringin makan sesuatu, misalnya coklat atau makanan yang tidak pernah dipedulikan sebelum ini
  • Bengkak pada tangan dan kaki

    Gejala emosi
  • Mudah marah — melenting dan marah-marah biarpun perkara remeh
  • Perubahan mood — sukar mengawal emosi, sensitif, mudah tersentuh walaupun menonton cerita sedih di televisyen
  • Dilanda risau atau tertekan — rasa risau tanpa sebab
  • Dihantui rasa bersalah atau merasakan diri tidak berguna
  • Perasaan di luar kawalan — jika anda seorang yang sabar, gangguan PMS atau PMDD boleh menyebabkan perubahan sikap
  • Minat untuk melakukan aktiviti berkurangan dan kurang daya tumpuan

    Lebih 90 peratus wanita pada usia reproduktif akan menderita simptom PMS. Dianggarkan tiga hingga lapan peratus mengalami simptom kelesuan.
    Kira-kira 90 peratus wanita menderita sekurang-kurangnya satu daripada 150 simptom PMS. Dianggarkan hanya lima peratus wanita bebas daripada simptom PMS dan PMDD.


    Pakar dan Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Lim Pei Shan berkata simptom PMS serupa dengan simptom PMDD tetapi lebih teruk sehingga mengganggu kerja, aktiviti sosial dan pergaulan.

    “PMS ialah satu kumpulan simptom yang berkait dengan kitaran haid. PMS membabitkan wanita daripada segenap usia yang didatangi haid tetapi kesannya berbeza bagi setiap wanita.
    “Bagi sesetengah wanita, PMS hanya satu gangguan bulanan. Bagi yang lain, ia mungkin sungguh teruk sehingga sukar menjalani kehidupan seharian.

    “Ramai wanita tidak menyedari mereka tidak perlu menanggung kesan PMS atau PMDD yang melemahkan badan. Kenapa wanita dan orang di sekeliling mereka menderita setiap bulan sedangkan ada rawatan berkesan untuk meringankan simpton PMS?” katanya.

    Beliau membincangkan isu bertajuk Nikmati Kewanitaan Tanpa Isu-isu PMS di Bengkel Media anjuran Bayer Healthcare di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
    Kini, ada pelbagai pilihan bagi membantu wanita yang berdepan PMS. Wanita boleh bebas daripada simptom yang mendatangkan ketidakselesaan ini melalui perbincangan dengan doktor bagi mencari kaedah rawatan terbaik yang bersesuaian dengan mereka.

    Terapi menangani sindrom PMS Pengambilan ubatan:
  • antidepresan (untuk melegakan tekanan) — Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRI)
    Membantu mengurangkan kesan perubahan hormon pada kimia otak dikenali sebagai serotonin. Ia mungkin digunakan setiap hari atau 14 hari sebelum kedatangan haid. Kesan sampingan yang biasa dialami akibat pengambilan SSRI seperti kemurungan, insomnia, loya, menurunkan nafsu seks dan berat badan bertambah
  • diuretik (ubat bagi melancarkan pengaliran air kencing)
  • ubat anti bimbang/cemas seperti benzodiazapine
  • Kontrasepsi oral

    Ubah gaya hidup
  • Senaman aerobik atau olahraga
  • Hadkan makanan tinggi gula, tinggi garam atau daging merah seperti lembu dan kambing, alkohol, kopi, teh, coklat dan minuman berkarbonat
  • Hadkan pengambilan lemak daripada haiwan atau lemak daripada makanan yang digoreng
  • Banyakkan makan sayuran hijau
  • Hadkan pengambilan protein


  • Bukan senang kan jadi perempuan nih..Tiap2 bulan  akan rasa sakit. Tapi yg tak rasa sakit tu kira bertuah jugak la. Memang dah didalam kajian bahawa emosi perempuan yg PMS akan terganggu dan memang sangat terganggu. Bukan kita yg mintak jadi macam ni kan. Dan tak dinafikan jugak hal remeh temeh akan jadi besar. Including me ok..sangat2 sensitif time pms. Macam tak boleh nk elak.Ada je benda yg akan touching lebih..Apa2 pon pms ni akan ok lepas tahap kritikal dah lepas..dan mungkin akan berulang utk bulan2 seterusnya.rutin bulanan sbg seorang perempuan..