Followers

Sunday, July 29, 2012

Entry Ramadhan : Puding Karamel Dengan Telur

Assalamualaikum.

Hye peeps! Salam ramadhan utk semua..9 Ramadhan dah sekarang nih.Cepat, sungguh cepat masa berlalu kan..

Ok,semalam aku sangat excited nk update blog. Tapi line internet macam errr...macam apa ye..? bulan puasa ni tak baik cakap bukan2 kan..Line lembab sangat. Spoiled mood nk berblog nih..hampa -.-
Sekarang ni macam bolehhhhh laaaa..nk kata OK sangat tak jugak.

Ok, hari tu aku ada update blog utk puding caramel tanpa telur. Masa tu guna agar2 jer..tak perlu nak kukus2 bagai.Lagi pon mana ada peralatan kukus2 tu kt umah sewa kan. So, ni aku kongsikan resepi puding karamel dengan telur..Ini yg biasa org dok buat la..hehehe..saja nk share..=))

Bahan-bahan

400cc(400ml) susu segar/susu cair - susu cair pon xpe. F&N tuh.
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

[ KARAMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara - cara

1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api    sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. 

4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

6. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

HASILNYA adalah seperti berikut
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

nanti kalau nk buat cari loyang kecik2 sikit ye..kalau tak, jadi nipis mcam ni la..ini je satu2 loyang kecik kt rumah nih..tu yg jadi nipis.
-
-
-
-
-
-
-
-
 a slice of caramel for..? teettt...hikhik ^_^
oh ya..kalau kt bazar ramadhan size macam ni ada la rm1.50-2.50...Mahal kan? better buat sendiri.

ok la..sekian saja la entry memasak kita utk hari ini..Sesiapa yg nk mencuba, silakan ye.Tapi perlu banyak bersabar time nak hanguskan gula tu.jangan lama2 sangat..agak2 dah perang nk ke coklat cepat2 tutup api and tuang dalam loyang. kalau tak caramel akan jadi pahit dan consider hangus or tak sedap nanti.Pahit!.
Sekian, selamat mencuba!
Adios

p/s : credit to myresepi
notahati:seronok bila tengok org makan air hasil tangan kita =)



Tuesday, July 24, 2012

Entry Ramadhan: Perihal Cuti Raya

Assalamualaikum..

Hye peeps,

Selamat berpuasa utk semua.Masuk 4 hari kita berpuasa hari ni.Sekejap jer kan. Tak lama lagi dah nak raya.Bulan puasa masa berlalu lagi pantas. ye dak? (ye kan je la..)..hehe...

Ok, short entry untuk hari ni. Perihal cuti raya. Apakah? haa..dah nk raya mest la apply cuti kan. Kang tak beraya la jawabnye(tipu2). Raya kt mana2 pon boleh tapi for sure la kpd sesiapa yg ada kampung tu nak balik kampung kan. Sambut raya bersama famili tersayang. 

image: google : gambar tiada kena mengena dengan entry =)

Btw, aku pon dh apply cuti raya last friday. Then semalam my team leader said, dia tak boleh nk approve cuti2 kitorg sebab semua mintak cuti pada hari yg sama. So, x boleh la..Aku dah cuak la kan. Tak kira! nak cuti jugak! So, diorg suruh discuss among us. Then, aku dengan pendirian aku nak cuti jugak on that date yg aku apply tuh. Dan aku kot kampung yg jauh sikit. Discuss punya discuss 2 org colleague aku setuju nak kerja minggu raya tu. Dorg amik cuti sikit je la. hoorayyy! bersorak dalam hati. akhirnya dapat jugak. Tapi team leader aku tak cakap apa2 pon lagi nih..huhuhu.

So, aku assume cuti aku lulus(bajet gile!kalau tak lulus, mati aku -.-) .Hope so la kan..lulus lulus lulus..heheh..saja la nk cakap, aku tetap dengan keputusan aku nak cuti.haha

ok la..bye..selamat berpuasa!


Sunday, July 22, 2012

Entry Ramadhan : Biskut Raya

Assalamualaikum..

Hye peeps..

Macam mana hari kedua puasa? Ada ok? hehe..Apa plan korg2 semua..? Me, myself ada kt kampung, sambut puasa sama family. Nasib baik puasa on weekend. Boleh la balik kampung..ngeee..

Actually macam2 dalam kepala ni fikir nk buat bila balik kampung ni. Maklum la..macam2 event akan berlaku tak lama lagi. Event apa ye? rahsiaaaa..hehehe..

Tapi kan..tapi adik aku sibuk la suruh buat kuih raya. Kebetulan dia balik puasa kt rumah jugak. Aku cakap kt dia, nk buat, beli la barangkan. Sebab, aku memang malas nk keluar beli barang...haha..Ok..setelah aku menggeledah almari mencari dimana resepi2 aku, memang tak jumpa resepi tu..aku main ingat2 lupa je dengan resepi tu plus google la kan..Agak2 la resepi2 tuh..hehehe..

Akhirnya, keputusan dibuat utk membuat Biskut Mazola. Korg tau x? Biskut kacang tuh..Simple je bahan2 dia tapi yg renyahnya dan melambatkan proses adalah utk menggoreng kacang tu sampai masak la kan..lenguh tangan ahkak-.- .

Tapi takpe, sy mmg suka..ahha...so, ini lah hasilnya


fresh dari oven. Abaikan tudung periuk yg sgt cun itu..ekeke

Hasil air tanganku...Siap dah satu bekas kuih raya, Next...kuih apa ye...tungguuu...(if rajin..hikhik)

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Hye peeps,

Salam Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari ramadhan sebelumnya. Semoga kita sama2 dapat mempertingkatkan ibadah kita.


Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday : Duit Baru

Assalamualaikum..



Jakun jp dapat duit baru nih..hehe

notahati:duit baru mesti banyak utk raya tahun ni.syoknya dapat duit raya..(dapat ker?? huhu)

Friday, July 13, 2012

Ceriakan Harimu! It's Friday!!

Assalamualaikum..

hye peeps,

Short entry before start kerja. Salam Jumaat dan Happy Weekend ya! Sila hargai waktu cuti anda!! Plan cuti  anda betul2..jaga diri, jaga keselamatan dan ingatlah yg tersayang.woootttt


notahati:dalam hati ada taman =)

Spontenous Thursday

Assalamualaikum...

Hye peeps,

Selamat Malam semua..

Spontenous Thursday! Tapi dah masuk Friday, camne tuh..? ahakss..ok ok..ape yg spontenous eh? emmm..my job? Arghh..keje mana tak penat..? keje mana tak stress? keje mana tak xde masalah. Semua ada ok.Aduh..aku ni pantang salah sikit, gelabah macam dah nak kena pecat! pada hal boleh je setel pelan2...ishh..perangai tak senonoh betol aku nih. Minggu ni memang tersangat la sibuk. Ada je kejenya..Tadi baru macam boleh bernafas sikit la. Esok menanti dan harap esok semua baik2 je. Jumaat kan.Nak cuti!Nak release stress.Banyak agenda weekend nih

Internet macam siput sedut. Macam mana la aku nk blogwalking. Ok, sekarang dalam kepala aku rajin dok survey blog B2B. Alaa...bride to be..eh, kau dah nk kawin ke nokk? ahaa..mesti ada org tanya. Nak jawab gini boleh tak.. Semua org nak kawin.hahaha..Actually blog2 B2B ni banyak yg menarik and banyak sgt info. Suka la sangat tengok dorg menDIY dorg punya majlis. Dari A-Z ok. memang, memang gigih sape2 yg boleh DIY dari A-Z tu. Preparation mesti mau mula dari awal. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. ye dakk.. Blog pon cantik2..kemas, tersusun rapi. Info pon tersangat la banyak dorg share. Suke tengok kekreatifan dorg menDIY. Dan dorg sume tak kedekut. Siap bg tutorial. Haa..boleh la kalau nk cuba. Dah jadi boleh buat bisnes lak..kehkehkeh..

Ok2, mengarut lebih lak. Tak tau nk update apa. Just teruja tengok blog2 B2B tu...

Adios.

Notahati:whenismyturntobecomeb2b.hehehe

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..



Monday, July 9, 2012

Monday's Blues : Feenaatt

Assalamualaikum..

hye peeps..(masih adakah yg sudi ke blog aku yg berhabuk nih?)

Apa-apa pun selamat malam semua..

Isnin dah hampir melabuhkan tirai dan Selasa dengan selesanya membuka tirai..Baru nk Monday's Bluesss bagai..haha..Dah terlampau banyak idea nk dicoretkan sampai tak tau nk update apa..Btw, today bukan la nk Monday Blues sangat. Sangat feeennatt..Feeenat otak..huhu..

Hari ni sangat la busy even baru hari Isnin. Selalunya takkan nk ada mood buat kerja kan.Biasa la..mood weekend dok melekat lagi. Macam biasa, sampai office awal dan hanya 2 3 kerat yg masuk office awal.  Nak update blog tak sempat jugak.Macam biasa la jugak, Isnin pagi mesti bukak nuffnang dulu lah. Nak tengok ada perkembangan tak. So far, alhamdulillah...bagus2 ajaaa..Bila mau cash?? haa..tunggguuu..Bukan banyak pongggg..ekeke..ok2..selingan saje..

Actually hari ni Team Leader aku tak datang. Dia join training. Masa buka emel tuuuu...tuuuuu diaaa..bersusun2 bertingkat2 segala tiket2 yg perlu diselesaikan. Tiket? alaa..tiket la..yg ada nombor tu. tapi bukan tiket bas or flight la..ni tiket issue. Selesaikan masalah ikot tahap keutamaan tiket tu. Ouh...mood kemalasan masih membuai2 dalam diri tapi bila tengok ada tiket high priority segala macam mood tu diketepikan demi tiket tersebut. Dan dan dan lagi aku tak tahu nak settle kan tiket tu macam mana! hottoke! Team Leader tak ada.Susahnya nk refer. Colleague? Busy jugak dengan tiket2 dia. Hmmmm...tenung la tiket tu selama 8 jam. Cuba la buat..try and error..Ok fine..dah nak balik baru dapat solution.Siap! but! haa..solution tak abis lagi. Dah nak balik sgt nih..Kena betulkan pulak.Damn! 630 pm already!! Ahhh...otak dok ligat fikir nak balik, dalam masa yg sama cuba cari solusi. Fuff...nasib baik dengan bantuan kawan, dapat jugak selesai. Cara kotor? tak laaa..cara tricky jer..biasa la. dah hidup dgn coding memang kena trick2...huhuhu..So, otak aku seharian ligat berfikir dan sangat penat.

Aku tak kesah sape yg baca ni tak paham. Sebab memang susah nk paham. hahaha..sengal nya la aku malam nih..maaf lah..Org nak belanja makan pon aku tolak.kenapa? penat derrr...tak upaya nk ikut. So, sekian utk merapu malam ini. luahan hati utk blog terchenta- iluvu qesahqaseh..

adios

Tuesday, July 3, 2012

Petai Vs Strok

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..

hye peeps,

Petai dan strok? Apakah? Saja nk share pasal petai nih.Kebetulan jumpa kt fb. Apa salahnya share kt sini kan..Makan petai mampu menurunkan 40% risiko kematian akibat strok.! haa..see..khasiat petai.Hebat-hebat. Terliur pulak tengok petai ni. Sambal udang petai lak tu..perghhh..enak enak.. Aku makan petai tp perlu melihat environment dulu. Kt rumah ok la..kt luar kena fikir sepuluh kali jugak la...haha...anda semua fahamkan? ekekekek..

So,khasiat petang tak kurang hebat jugak. Sesiapa yg nk sihat makan lah PETAI! Ulam tuuu...

Ok..da...adios..Ada training,,no more petai2..coding2 lak..peace~~

Oh..Delima Oh Dilema . . .

Assalamualaikum..

Selamat malam semua...

Apakah tajuk yg aku cuba sampaikan itu? Buah delima or Dilema? hahah..see the spelling...DELIMA & DILEMA . Hampir sama kan..? Just change the second letter. ok ok..sila jangan mengarut disini..

Actually, aku dalam DILEMA. Bukan dalam DELIMA tau...Pagi tadi dapat call dari MIDA (Malaysian Investment Development Authority). Sangat terkejut ok. Ingatkan nombor fon mana la call tadi. Just jawab la.Kalau org insuran call memang confirm aku letak balik. So, dipendekkan cerita, aku ada interview hari Rabu ni. Ini bermakna aku dah terpilih or aku telah melepasi ujian bertulis yg telah diadakan pada Mei lalu. hamekkk! skema gila ayat aku..haha...  So,aku punya masa 2hari je untuk berfikir pasal nih. Dah la sekarang tengah training and esok last. So, nk kena cuti la Rabu nanti. Oh man...kerja confirm menimbun2. 

Kenapa aku dalam DILEMA? Kenapa aku tak pergi je interview tu? Jawapannya adalah, aku dah dapat kerja tapi swasta la. Cuma masih dalam probation and insyaAllah, bulan ni last probation. Kalau tak ada apa2, means aku adalah staff permanent la kt tempat kerja sekarang. Ok, berbalik pasal inteview tu..hmmm...perlu/patut tak aku pergi? MIDA tu berkanun aku rasa. Dan jawatan yg aku pohon adalah kelayakan Diploma. Yg sekarang ni Degree. Dan yg paling2 menyesakkan fikiran dan kepala aku adalah, aku telah di BOND!  Bond tau , bukan reBONDing . hahahahaa...tu yg spoilnya...susah aku nk decide.If aku lepas interview tu, dah di offer kerja tu aku kena bayar la bond tu..beriban jugak la..banyak la duit atok aku -.- 

Hmmm..too much information la..Bila difikir2 balik, peluang hanya datang sekali. Kalau kita lepaskan peluang ni mungkin susah nk dapat lagi.

-buah delima-
gambar adalah sekadar hiasan semata-mata.tiada kena mengena dengan entry. 

-bukan ini yg dimaksudkan dalam entry ini.tp DILEMA.

--------------Kadang-kadang kita perlu berkorban utk sesuatu utk mendapatkan sesuatu------------

notahati:semoga semuanya berjalan lancar. Dan mendapat petunjuk dari Allah =)