Followers

Sunday, April 22, 2012

Aku memang tak cantik pong..

Assalamualaikum..

hye peeps,

Selamat berhujung minggu..Actually toooo many things want to share here, but the time is too limited..Agak busy minggu nih..em...berbalik pada topik la ye..

Aku memang tak cantik pong..Ahaa..kenapa tajuk aku macam tu ek..? Biarlah rahsia...haha..
Cantik..? Apa itu cantik..? ermm..cantik itu sangat subjektif. Setiap org punya pandangan masing2 tentang cantik. Citarasa setiap org jugak berbeza... Betol tak..? Dah fitrah manusia sukakan kecantikan dan inginkan kecantikan. Tetapi perlu diingat, bahawa cantik tu jugak adalah suatu ujian..Terlalu cantik kang ramai la pulak lelaki-lelaki mengganggu.Mata-mata liar lelaki nih mana boleh nk tutup.ye dak..?

Sesetengah tu muka cerah, putih, gebu, licin bak kata complete la semua kan, tapi kita tengok tak nampak seri. Sesetengah pulak, kulit gelap, kulit tak berapa licin, jerawat sana sini dan semua biasa je la..tapi bila kita tengok manis jer kn..So, susah nk definisikan cantik dan penilaian setiap individu. 

Tapi kan kalau yg tersayang kata korg tak cantik kn, agak2 korg sentap tak..?ahaa..kalau yg kata tak tu tipu la..at least mesti sentap n speechless sesaat dua kn..hahahaha..jangan tipu..Tapi tu semua biasa la kan..Kita pon tau tahap kita kt manakan. Lagi pon setiap wanita itu ada cantik yg tersendiri kan..Lelaki ni kadang terlalu jujur berkata2.In certain time la kan..Kadang2 apa yg dorg lihat tu betol. Kalau dia kata cantik, mmg cantik la..Kalau dia kata tak cantik, mmg tak cantik la kan...Tapi semua tu terpulang pada individu jgk la kn...Kan setiap pandangan org berbeza2...Lagi satu apa yg korg rasa kalau yg tersayang memuji kecantikan org lain..? Sedikit sebanyak mesti ada sekelumit perasaan cemburu kan..Jangan nk tipu jugak nie..Mesti ada punya..kan kan..hahaha...Meraban dah aku...Biar la apa org nk kata, asal kn aku bahagia..Bahagia ker..? ermm...

Apa yg penting, kerjasama..hihih.Apa yg penting cantik luaran tidak mencerminkan cantik dalaman seseorang. Betol tak..? let say la korg tengok sorg girl ni cantik sangat tapi tiba2 bila dia bercakap keluar pulak segala kata2 yg tak sepatutnya..Carutan yg tak lekang dibibir dia..Mesti kita tengok dia terus jadi tak cantikkn? So, sebagai manusia kita patut bersyukur dengan apa yg adakan kerana semua ini tidak akan kekal selamanya.

 tak secantik lopa

atau erra..

aku adalah aku...hahaha..memang tak dapat nk compare la ngn retis..siapa lah aku...kuang kuang

Apa-apa pon, aku memang tak cantik pong..Aku biasa2 jer..So, terima lah aku yg biasa ni seadanya sebagai insan yg biasa..hahaa..poyonyerrr kan.. 

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum


Thursday, April 12, 2012

KELEBIHAN- KELEBIHAN MEROKOK

Assalamualaikum.... 
Hye peeps..
Hari ni mari kita share kelebihan merokok ye especially utk perokok tegar. 

jom baca..

1. Menjadikan perokok seorang yang penyabar.. Walaupun batuk-batuk dan tersedak sampai jantung rasa macam mau tercabut, tetapi si perokok tetap akan bersabar dengan keadaannya dan meneruskan aktiviti merokok seperti biasa..

2. Tidak membazir duit.. Duit yang dimiliki oleh perokok tidak akan terbazir begitu saja akibat dicuri pencuri kerana banyak daripada duit tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan membeli rokok..

3. Mengawal populasi penduduk dunia.. Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak dengan mati awalnya golongan-golongan perokok..

4. Membuatkan bumi kelihatan hijau.. Tanaman tembakau yang diperlukan untuk membuat rokok dapat menyuburkan lagi bumi dan membuatkan bumi sentiasa kelihatan hijau..

5. Menjadikan perokok awet muda.. Mereka sentiasa akan menjadi muda kerana kebanyakan perokok mati di usia yang muda dan jarang yang hidup sampai ke usia tua..

6. Sikap peramah terbit dalam diri.. Perokok sering merokok di kawasan-kawasan awam dan mereka selalu bersikap peramah dengan memberikan asap rokok percuma kepada semua orang walau pun tidak pernah kenal..

7. Jimat kos ubat nyamuk.. Asap rokok yang dihembuskan boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan ubat nyamuk..

8. Membantu meningkatkan gaji cleaner.. Pakcik-makcik cleaner senang dapat gaji overtime bila sepanjang masa ada saja puntung atau abu rokok yang perlu dibersihkan mereka..

9. Menambah pendapatan para doktor.. Setiap hari pesakit yang disebabkan oleh rokok menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan mereka..

10. Membawa orang sekeliling merasai penderitaan.. Keluarga dan rakan-rakan si perokok dapat merasai penderitaan si perokok melalui asap rokok yang merosakkan kesihatan mereka semua..

11. Tidak perlu menghidu bau-bauan di jamban.. Dengan menghisap rokok, perokok tidak akan terhidu bau tahi sebaliknya mereka hanya akan terhidu bau asap rokok dan ini akan memudahkan lagi kerja mereka..

12. Melepaskan stress perokok.. Orang yang menghisap rokok tau mereka akan mati awal dan sebab itulah mereka kembali tenang kerana bila mereka sudah mati sudah tentu mereka tidak akan stress lagi..

pesanan ringkas : berhentila merokok sebelum rokok berhentikan anda..=)


Wednesday, April 11, 2012

Puding Jagung With Cocktail

Assalamualaikum..

hye hye..
kembali lagi bersiaran.pabila punya mood nk berkarya, non stop la update entry. Takde la non-stop sangat kan..hihi..

Hari ni kita belajar membuat puding jagung ye..Apa yg specialnya..? Sama je dengan puding jagung yg lain kat. Alaa...dah buat ni saja la nk action kt blogku sayang nih..ok, semalam jalan2 kt Selayang Mall sambil cari bahan-bahan utk buat puding lah. Itu tujuan no 2 ke Selayang Mall tu.hihi..

ok ok.bebelan banyak sangat nih..Meh kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya..

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung kastard
  • 12 cawan santan cair (1 kotak kecik)
  • 1 tin jagung krim - lebih pon takpe
  • sedikit garam
  • gula sesedap rasa (7/8 senduk gula)
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 
  • Kacau dengan api kecil hingga likat
  • Masukkan adunan ke dalam bekas
  • Sejukkan dalam peti ais
 Cocktail
  • 2 tin susu cair dimasak bersama 1 cawan air
  • masukkan gula sesedap rasa
  • hidangkan dengan fruit coktail 
- senang je kan..sekejap je boleh siap nih...=)

selamat mencuba!

 ini lah hasilnya...lagi sejuk cocktail lagi sedap tau..cuba jangan tak cuba..hehe


Dah dapat kerja ke..?

Assalamualaikum..

hye peeps,

Selamat hari sabtu eh hari rabu la..terasa macam hari sabtu pulak.Pada hal bagi aku setiap hari adalah.sama je.Al maklumlah pekebun anggur yg sangat maju di abad ini..No wordless wednesday la coz hari terasa nk berkata-kata.hehehe..

Ok..Kembali ke tajuk asal..Dah dapat kerja ke...? err...aku ni dah dapat kerja ke kan..emmm..nampak gayanya belum lagi la kawan-kawan..sobss...rezeki belum ada. Masih berusaha mencari..Doa2 kn sama ye..

Dah tu siapa yg dah dapat kerja nih..? ahaa..yg dah dapat kerja ni adalah anak buah aku yg belajar kt uitm. iye la kan..Uni tengah bercuti sekarang ni..2 bulan lebih kalau tak silap. Masak dengan boring la kalau duduk rumah jer(tp aku dulu duk umah je..huhu). So, semalam aku sebagai makciknya dengan baik hati menemaninya mencari kerja.eh, baik ke..? itu pon dah berkali2 budak tu mintak aku teman..haha..Maaf la ye..sifat kerajinan tak berapa ada tau..dengan keadaan panas terik diluar sana nun. Nak kena naik bas.Jalan kaki jauh.oh...cannot cannot. Tapi ada pulak alternatif lain. Disuruhnya naik motor. Itu je yg ada kan. Haa...motor ok la tapi skuter la pulakkan.Makcik ko ni biasa sangat la naik skuter kan... -.- . Takpe2 ku gagahkn diri, memberanikan diri bawak skuter tu. Hoii..tak biasa mak nonn...Padahal nak pergi dekat je.Selayang Mall jer. Dekat tak dekat la kan..Nk kena jalan2 kt jalan raya yg besar dan sibuk itu.huhu..

Sesampainya kt Selayang Mall tu terus lah menuju misi...eh menuju..? ayat apakah ini...emmm..apa ye the best word..haa..menjalankan misi baru sedap sikit kot..haaha..cari la kerja sana sini.Utk part time la tapi. Tapi mata makcik ko ni melilau tengok SALE sana sini.Sudahnya mesej bakal pakcik ko ajak shopping esoknya...ahhaha...selingan2...^_^..

Ok...finally dapat jugak kerja part time utk ko kuruskan badan yg sedia kering tu ye..Tapi utk seminggu la kan...Kerja kt sushi king. itu pon sebab ada promotion Bonanza apa tah. Seminggu pon seminggu la ye dek non...Tapi adakah selepas ini aku yg harus menemaninya mencari kerja utk seterusnya...? toinkk..Nasib la kamu ye. Kalau rajin makcik kamu ni ok la..Tapi so far, aku pon tak kerja lagi kan.Apa salahnya cuci mata kt luar2 tu.Terasa nk shopping padahal dalam wallet hanya ada seciput wang -.- .

Meraban terlalu banyak nih.Ok la..nak fikirkan next entry pulak.Adios

 sedang mengisi borang kt McDonald. eh tol la ni ank saudaraku.yg sulung.beso dah haa..hihihi

 dok merepek apa tak tau..haha...eh..uols nampak tak sweet corns tu..haa..ada projek tuh..nnt I tunjuk...hihi

 - Sushi King Selayang Mall -
ishh..unfortunately, aku tak bernafsu nak makan kt sushi king ni.Biar la perut sedang menyanyi pon kan..tak buleh terima la tekak aku nih..adakah aku rugi nikmat makan..? hmm...

notakaki : when is my turn to get the job..??

Wednesday, April 4, 2012

Car Fragrance - Limited Stock (Must Grab It)

Assalamualaikum

hye peeps,
Selamat petang, selamat hari rabu..

Cuba try test meniaga..ahaa..no la...Just tolong kawan promote car fragrance or nama melayunya adalah pewangi kereta. kalau tak nak letak dalam kereta letak la kt dalam locker ke, almari ke apa ke..Ikot kreativiti masing2 la ye. Okay, panjang sangat intro nya haa..

Ada sesiapa yg berminat nak beli car fragrance ni tak..? Limited Stock ni..Susah nk dapat wooo..rugi kalau tak grab it!

PRICE
 RM20.00 include postage
RM15.00 C.O.D


pilih2 mana team favorite anda semua!



 okay, kepada sesiapa yg berminat nak beli boleh la email di 

dark_cronicle00@yahoo.com
atau
call no ni : 012-3647277 (mie)
atau
C.O.D (LRT Taman Melati Only and after 6p.m)



Wordless Wednesday

Assalamualaikum . . .


nota hati : moga cepat aku dapat kerja ..huhuhu


Tuesday, April 3, 2012

Last Day Training!

Assalamualaikum..

Hye peep, selamat malam semua...

Macam mana aku nk mulakan cerita ni ek..Ok la..macam ni lah..Disebabkan aku adalah fresh graduate yg belum pon konvo lagi dan bakal konvo bulan 10 ni yg menjadi penganggur berhemat dengan hemat dan cermatnya memilih jalan utk menjebakkan diri dalam training utk org2 macam aku nih.Depends on course la kan.Macam aku ni course IT so, aku join training IT la and to be more specific, J2EE @ Java Training. Kira software la..Ada yg tak paham ke..? err..@.@ .Buat2 paham la ye...tak pun tanya aunty Google..hehehe..

Training ni mengambil masa selama 2 bulan setengah dan aku telah berjaya mengharungi training ni.Cuma yg tak berjaya lagi adalah utk mendapatkan pekerjaan.Actually, this training was sponsored by gov, PSMB; Pembangunan Sumber Manusia Berhad and guarantee to get a permanent job.Sape taknak kan.Gerenti tuh..haha..plus, this training also get monthly allowance. So, kepada sesiapa yg tak nak menganggur lama2 sila2 la join training macam ni. Tapi make sure pilih training yg betol2, takmo ada salah paham dikemudian hari ye. Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa.Pesanan penaja...hehe..

Sekian, melalut memang la no 1 kan. Ok, last day training, we all have to present our project. Haa..project apakah?Ni group project dan masing2 buat tajuk masing2 la kn. Contoh la macam group aku buat project e-Appointment System.K, nk explanation lebih lain entry. hihihi..

So, dalam project ni aku jadi Project Manager aka Leader. Berderau jugak darah nk pegang title tu.Mau taknya, before ni mana pernah kan.Selalu jadi kuli ja..hahah..jahat2...Ni pon nk cita lain entry..Pasal Group Leader.Tiba2 banyak la pulak idea nk update blog nih...hiihi

Dipendekkan cerita, semua pelajar berjaya menyiapkan projek masing-masing dan present depan semua org la kan.Include my group tau.Project paling simple kot. 1 bulan je kot nk buat. Mana nk dan kalau nk buat advanced dgn keadaan aku kurang ilmu pengetahuan dalam programming nih..huhu..

meh la menjamu mata di hari-hari terakhir training ni ..

 ni la group e-appointment system
dari kiri : Aza, Syikin, Ila, Lim, Wanie

 syikin, ila n wanie

 Posing2 b4 tunggu presentation start. Nak hilangkan nervous la konon ni..

 Lega..baru lepas present

 with miss yee a.k.a trainer


 posing2 lagi..Biasa la pantang nampak kamera kan.


pelbagai ragam dan aksi dari rakan-rakan.bukan calang2 org mereka ni.boleh digelar programmer.hebat2..

 the students.

Haa..abis dah menjamu mata kan. Harap terjamu la(ayat ape tah.haha). Honestly, I'll miss this moment. Even sekejap je perkenalan kita, tapi tetap bermakna. Thanks coz being my friend .=))

Sekian, tamat sudah ..

notahati: Sabar dalam mencari kerja..Bumi Allah ini luas.Dimana-mana ada rezeki.ye dak..?

Monday, April 2, 2012

Review Birthday :Birthday's Present!

Assalamualaikum...

Hye peeps..

Hari ni nak show off sket. Present apa yg I dapat dari someone..ce teka ce teka..ahaa...Malam birthday aku, kitorg just keluar makan.Tapi aku tak makan la..Dah kenyang.Rugikan aku..? hehe..Tapi it's ok la..Nanti bertambah montel lak makan tengah2 malam macam tu. Tunggu la situ sampai tepat pukul 12am. Dan dia nyanyikan lagu happy birthday kt aku..aahh..malu kot...(blushing jp ^_^) . Then aku pon ajak balik. Before tu kat kedai makan tadi dia kata aku ada mintak buku dari dia.Puas aku meneka segala jenis buku yg ada. Sebab aku rasa memang aku ada mintak pon.Serius, tak ingat. Then dia suruh amik dekat but kereta.Ok,dalam keadaan si dia yg tak berapa sihat, memang aku sedia maklum la kan, aku pon tolong la buka but kereta tu...Tadaaaa...surprise!! Present! for birthday girl...blushing lagi time tu. Mana taknya, belakang aku ada org kan..So, behave myself la..ngeh ngeh  ^_^ .. 

Makaih..besarnya kotak.berat kot.Dalam kepala ni dok berteka-teki la..Apa la hadiahnya. Dah la tak kasi buka depan dia kn..hehe..So, sabar la jp. Buka kt rumah..

Then, what so suprised bila buka present tuh...Nah.ni dia...


Apa dalam ni yek...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TADAAAAA

Speechless jap time nih ..ekekeke


Tak clear lagikan..buka sikit lah


 Perfume from Victoria Secret !!

close up sikit..

Hah! amik ko..5 botol sekaligus kan..Hari2 boleh tukar bau kan..

thank u thank u..toce2..makasih2 ye si pemberi hadiah nih..Perfume kita memang dah nk abis pon..Lepas ni pulun pakai yg ni pulak la yek..^_^

Pengalaman aku buka hadiah ni..Eh, Victoria Secret. brand ape ni..Macam pernah dengar kan.Tapi kt mana ek..Tapi biar la.Aku tak kesah la brand ape, murah ke mahal ke.Yg penting keikhlasan dalam memberi hadiah tu..FYI, aku ni gadis kampung..Noob sikit barang2 branded ni ha....hahahaha..gelak jahat =D

Sekian sahaja utk entry kali nih.Ni la present yg aku dapat from my love. I really love it!
Ok, nk stop dah..Opss..ada lagi 1 present la...Next entry la..hikhikhik ^_____^